CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2767|Reply: 27

[Tempatan] Edisi I Lap Sambal Tempoyak:Heng Eksport Durian Berjuta Ringgit

[Copy link]
Post time 1-7-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BANDAR BARU: Minat terhadap raja buah-buahan menyebabkan seorang jurutera mekanikal Heng Wee On, 58, dan keluarganya muncul sebagai pengusaha durian terkenal di daerah Kulim.

Melalui syarikat keluarga Serene Orchard Sdn Bhd, Heng berjaya mengeksport isi durian klon "Duri Hitam" dan "Musang King" dalam bentuk sejuk beku ke China dan Hong Kong selain klon Musang King.

Nilai eksport Durian Hitam sahaja pada 2015 mencecah RM1 juta, belum lagi dihitung nilai eksport Musang King.

Wee On yang ditemui Bernama baru-baru ini pada Program Jom Makan Durian anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu di ladang duriannya di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bagan Samak, di sini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Exco Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kawasan Bandar Baharu iaitu Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Ketua Pergerakan Puteri Negeri Kedah Datin Hashimah Tajuddin.

BERKAT USAHA KELUARGA

Menceritakan kejayaan keluarganya itu, Heng berkata ianya bukanlah datang secara bergolek.

Dusun durian yang dilihat hari ini sebenarnya adalah tanah milik keluarga yang pada asalnya ditanam dengan getah.

"Hanya mulai 1991 kami memulakan tanaman limau madu diselang seli dengan durian termasuklah beberapa jenis klon durian seperti D24, D197, D175, D185 dan durian tempatan pilihan.

Bagaimanapun, didapati tanaman limau madunya merosot dan lagipun ia mudah diserang penyakit.

Menurut Heng, pada tahun 2000 pokok limau madu ditebang dan digantikan dengan durian klon baharu berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai yang dikenali sebagai "Duri Hitam".

Menurutnya lagi, pada 2009 kerja-kerja mencantum baka untuk menghasilkan klon ini menggunakan kaedah "Cantuman Pokok Dewasa" dipraktik menggunakan kemahiran bapanya Bak Kee.

Melalui kaedah ini pokok-pokok Durian Hitam ini yang dihasilkan mampu berbuah dalam tempoh antara dua dan tiga tahun.

"Pada tahun 2013 sebanyak 2,800 pokok durian daripada kaedah cantuman itu mula berbuah. Pada tahun itu isi durian Durian Hitam mula dieksport bersama isi durian Musang King dengan nilai eksport mencecah RM4 juta.

"Sementara pada tahun 2014 pula pihaknya mengeksport durian bernilai RM2 juta dengan nilai eksport tahunan itu bergantung kepada pengeluaran," tambah Heng lagi.

LEBIH BANYAK POKOK DURIAN

Kini atas usaha gigih, tanah seluas 37.5 hektar di kawasan lebih dikenali sebagai Bukit Bak Kee (nama bapa Heng) atau Bukit 80 Relong di Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Mukim Bagan Samak di sini, telah siap ditanam dengan 5,500 batang pokok durian klon Duri Hitam.

Kawasan berbukit terletak di ketinggian 257 meter dari paras laut menjadi tumpuan peminat durian yang sanggup membayar antara RM40 dan RM50 sekilogram bagi durian Duri Hitam dan Musang King.

Sementara itu, Norsabrina pula berkata selain Kampung Relau yang juga kawasan pengeluar durian di daerah ini, lokasi baharu ini di puncak bukit akan muncul pula tempat pengeluar durian yang berharga tinggi jadi tumpuan umum.

"Ramai pelancong tempatan dari negeri-negeri di Utara dan Selatan juga berkunjung ke ladang durian ini setiap musim durian," kata beliau merujuk kepada Bukit Bak Kee.
PENGIKTIRAFAN BAGI HENG

Pegawai Pertanian Daerah Bandar Baharu, Awang Iffaizul Awang Mohd Sapuani pula mahu lebih ramai pemilik dusun durian di daerah ini dan berdekatan mengambil inisiatif menanam durian menggunakan klon Duri Hitam.

Mereka juga perlu mengikut kaedah "Cantuman Pokok Dewasa" yang bukan sahaja dapat menghasilkan kualiti buah durian bermutu tetapi juga berbuah dalam tempoh yang cepat.

Menurut Awang Iffaizul lagi Jabatan Pertanian telah menganugerahkan Sijil Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) pada 25 April 2013 kepada syarikat keluarga Heng.

Beliau yang turut hadir pada program itu menjelaskan bahawa syarikat berkenaan adalah syarikat ladang buah-buahan pertama di daerah Bandar Baharu yang mendapat sijil itu.

"SALM adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berkonsepkan mesra alam sekitar, selain menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja" tambah Awang Iffaizul. -- Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 12:25 PM | Show all posts
kapir harbi mendunia lagi....cuma dijek yang masih gigit jari menjilat jadi macai nak dapatkan secebis makanan anjin
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus nye Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kulim ini.

Btw Melayu suka keje gomen....kalau jadi engineer nk jadi engineer gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Otak cina, ada tanah dia fikir nak tanam apa lagi, otak melayu menoreh getah x sudah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu iols sllu g melawat ladang mr heng. Sebab iols bekas staff pej pertanian.. Salute dgn this guy sebab dia ada usaha nak majukan ladang ni sampai tahap eksport.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 03:36 PM | Show all posts
Majulah durian and tempoyak utk negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2016 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Husna replied at 1-7-2016 03:01 PM
Dulu iols sllu g melawat ladang mr heng. Sebab iols bekas staff pej pertanian.. Salute dgn this guy  ...

So, ape perancangan akak dlm hidup akak seterusnye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 03:46 PM | Show all posts
tak mustahil durian yg ditanam kapir harbi ni pernah dimakan melayu harbi spt dizzek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2016 03:52 PM | Show all posts
alhamdulillah.aku tau kalo orang cina memang bijak n otak bisnin sebab tu orang cina tiada yang miskin kerna mereka rajin dan pandai..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:01 PM | Show all posts
itu bezanya orang yg ada degree. dgn org kg biasa.  Tapi orang kita sibuk duk pertikai, buat uni byk byk watpe. Graduan kluar beribu takde kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:21 PM | Show all posts
hebat... tahniah............ i envy him...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 04:22 PM | Show all posts
durian harbi
haram dimakan

dizzek
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:56 PM | Show all posts
bit replied at 30-6-2016 09:05 PM
Otak cina, ada tanah dia fikir nak tanam apa lagi, otak melayu menoreh getah x sudah


otak melayu asal ada tanah jer mesti nak jual pada cina!

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2016 11:56 PM | Show all posts

Harap harap tak lama lagi sampai ke USA
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 1-7-2016 12:25 PM
kapir harbi mendunia lagi....cuma dijek yang masih gigit jari menjilat jadi macai nak dapatkan seceb ...

Tak hebat pun... org jual jubah kat malaya pn dpt juta2 RM  
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 1-7-2016 03:46 PM
tak mustahil durian yg ditanam kapir harbi ni pernah dimakan melayu harbi spt dizzek

Baja taik babi... agenda yahudi nak sesatkan ummah foreskin  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2016 05:17 AM | Show all posts
mengeksport isi durian klon "Duri Hitam" dan "Musang King" dalam bentuk sejuk beku ke China dan Hong Kong selain klon Musang King.
patut la kawan segame kat NY pernah tanya
memang kulit durian tu lembik ke? tak keras pun duri-duri nya
dah ler rega mahal
tak sodap .. pahit
rupa-rupa nya d sejuk beku .. ntah berapa lama
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Husna replied at 1-7-2016 03:01 PM
Dulu iols sllu g melawat ladang mr heng. Sebab iols bekas staff pej pertanian.. Salute dgn this guy  ...

Akak syak kat fb pun heshe ada iklan kot? Rasa mcm pernah nsmpsk
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 05:47 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 2-7-2016 05:17 AM
patut la kawan segame kat NY pernah tanya
memang kulit durian tu lembik ke? tak keras pun duri-duri ...

Setengah durian mmg ada rasa pahit pun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2016 06:06 AM | Show all posts
Changa replied at 2-7-2016 05:47 AM
Setengah durian mmg ada rasa pahit pun kan?
ha`ah ada terangkan kat dia ..
kalau rasa pahit skit tu memang ada durian jenis gtu
he said .. sangat pahit

tak rasa .. so tak tau tahap kepahitan tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.145642 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list