CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2864|Reply: 2

Perancis Mara Ke Final Euro2016 Selepas Membenamkan Jerman 2-0

[Copy link]
Post time 8-7-2016 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/




sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/



Awal pagi tadi, pertembungan dua gergasi bola sepak Eropah iaitu Perancis dan Jerman menyaksikan aksi menarik sejak sepak mula apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan corak permainan pantas.


Perancis akhirnya berjaya menghancurkan impian Jerman untuk mara ke perlawanan akhir Euro 2016 menerusi dua gol  Antoine Griezmann di Stade Velodrome.


Meskipun Jerman memiliki lebih banyak peluang untuk membuka tirai jaringan menerusi percubaan Thomas Muller dan Emre Can, pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan pada waktu kecederaan separuh masa pertama.


Kesilapan kapten Jerman, Bastian Schweinsteiger menampan bola menggunakan tangan menyebabkan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Griezmann.


Babak kedua menyaksikan Jerman melancarkan serangan bertali-arus untuk mencari gol penyamaan tetapi Griezmann sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-72 selepas barisan pertahanan lawan melakukan kesilapan.


Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Perancis akan bertemu Portugal di perlawanan akhir pada 11 Julai ini.- CARI



sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/






sumber : www.dailymail.co.uk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalah jugak france dengan portugal yg bernasib baik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2016 01:28 AM | Show all posts
visit here gr898.com thank you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.466886 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list