CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1743|Reply: 4

[Tempatan] Keputusan Tuntutan Laut China Selatan : Filipina vs China

[Copy link]
Post time 11-7-2016 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Keputusan tuntutan Laut China Selatan esok



THE HAGUE: Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di sini – tribunal timbang tara antarabangsa tertua di dunia akan mengeluarkan keputusan bertulis pada petang esok selepas Filipina mencabar tuntutan China terhadap laluan air strategik, Laut China Selatan.
Manila memfailkan tuntutan menentang Beijing pada 2013, menyatakan selepas 17 tahun rundingan itu sudah menggunakan semua jalan politik dan diplomatik.
Berang dengan tindakan itu, Beijing enggan menyertainya, dan berkata ia tidak akan mematuhi keputusan tribunal berkenaan yang dianggap “tidak berbidang kuasa” terhadap isu itu.
Pakar perundangan bersetuju selepas tiga tahun perbincangan, dua perbicaraan dan hampir 4,000 muka surat bukti, mahkamah di The Hague itu mungkin akan berpihak kepada Manila – dalam keputusan yang bakal memberi kesan besar berkenaan.
Tetapi mereka berkata jika China enggan mematuhinya, tribunal itu tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan.

Penghakiman itu dibuat berlatarbelakangkan pertembungan ketenteraan yang kerap berlaku antara China dan negara jirannya Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan, berhubung perairan itu yang dipercayai menyimpan rizab minyak dan gas.
Presiden Filipina yang baru dilantik Rodrigo Duterte berkata beliau optimistik dengan keputusan itu, tetapi menawarkan untuk mengadakan perbincangan pendamai dengan China. Dan beliau berjanji akan menghormati sebarang keputusan.
Bagaimanapun, media China pada Jumaat berkata Beijing tidak akan “berganjak walau setapak” daripada laluan air itu.
Beijing mendakwa kebanyakan Laut China Selatan, malah perairan berhampiran negara jiran, ialah wilayah berdaulatnya.
Ketegangan secara terbuka antara China dan negara jirannya di kawasan laut itu berlaku beberapa kali termasuk pada 1988 apabila Vietnam dan China terbabit dalam pertempuran laut di Johnson Reef di Kepulauan Spratly yang mengorbankan 70 rakyat Vietnam.
Laluan kapal di laut itu menghubungkan Asia Timur dengan Eropah dan Timur Tengah, dengan nilai perdagangan lebih AS$5 trilion setiap tahun.


Single Polls, Total 4 Users voted
0.00% (0)
100.00% (4)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2016 11:56 AM | Show all posts
dah lah pinoy
asyik menculik di sabah je
ptui
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo batu besar kelapa atas laut pon kena tuntut
Asalkan boleh....
Tanah darat pon berebut
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan apa ya China mendakwa Laut China Selatan adalah kedaulatannya?
Sangat tak logic.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2016 01:51 PM | Show all posts
China nak pegang keseluruhan Laut China Selatan.
Tapi kenapa laut itu dinamakan sempena nama China.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.552615 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list