CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6694|Reply: 20

[Contest] PABILA MALAM RAYA MENJELANG (TAMAT)

[Copy link]
Post time 13-7-2016 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nicki_Meow at 14-7-2016 05:58 PM

Salam.

Sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk warga bod writers

Untuk menyahut seruan Mod dan memeriahkan lagi Bod ini, maka iols pun join lah contest cerpen ramadhan raya.

Niat hati nak sambung DBA, tapi apsal tah... otak jam pulak. Makan ketupat palas banyak sangat agaknya. Terus jadi malas

Okaylah. Ini cerpen iols. Moga terhibur.




Attention Mod:
Kalau rasa cerita ni tak sesuai untuk contest, I iz rela cerita ini di disqualified kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2016 03:41 PM | Show all posts
WAKTU sudah pun melepasi pukul 12:30 malam. Letupan meriam meraikan kemeriahan sambutan Aidilfitri telah hilang. Segalanya menjadi senyap-sunyi. Beberapa rumah berhampiran sudah bergelap, menandakan penghuninya telah melelapkan mata. Anak muda pelepak tegar juga memendekkan masa bersidai di simpang jalan di mana, ini bukanlah kebiasaan. Selalunya, mereka melepak sehinggalah embun menitis di dedaunan, barulah kaki melangkah pulang.
        
Matanya memandang kereta yang tersadai tidak jauh dari tempat dia berdiri. Enjin tidak dapat dihidupkan lagi. Dalam hati, dia mengharapkan ada insan yang baik hati datang membantu. Mahu menumpang sehingga sampai ke rumah. Tapi setakat ini, belum ada lagi insan baik hati, sudi memberi tumpang. Tiga buah kereta melepasi, tiada satu pun yang berhenti. Rengusan kasar dihembus keluar dari bibir.  Mati kutu. Malas menunggu lebih lama, Arif berjalan meninggalkan tempat itu. Apalah malang nasibnya. Kena menapak pula pada malam raya.
        
Keheningan telah mencengkam suasana di Felda Air Hitam ini. Hati Arif dihambat rasa gerun. Kisah urban legend tentang Saga BLM Putih kini memenuhi minda. Kononnya, pada lima tahun dulu, ada sebuah kereta Saga BLM berwarna putih telah terbabas lalu melanggar pokok kelapa sawit. Akibat kemalangan itu, pemandunya tercampak keluar dan mati serta-merta dalam keadaan ngeri. Semenjak itu, kisah Saga BLM Putih berlegar-legar di dalam kawasan Felda Ayer Hitam telah menjadi buah mulut. Pelbagai versi di dengari.
        
Cerita si polan kepada si polan, pernah ternampak kereta itu bergerak tanpa pemandu. Ada yang beritahu, jika terserempak dengan Saga BLM Putih itu, lebih baik lari. Ini kerana kereta itu akan berhenti pada pejalan kaki dan pintu akan terbuka sendiri. Jika tidak dinaiki, Saga BLM Putih akan mengejar dan melanggar sehingga cedera. Kisah lain, jika ternampak Saga BLM Putih berhenti di tengah laman, adalah lebih baik membaca Yassin atau ayat Qursi sekuat hati sehingga kereta itu ghaib. Kalau tak pandai mengaji, mainkan di telefon bimbit. Ini kerana, pemandu Saga BLM Putih tersebut, akan mengetuk pintu rumah dan mula meminta makanan. Munculnya pula nanti, dengan wajah yang Ya Rabbi, menakutkan!
        
Cerita seram yang macam-macam. Kesahihan cerita pula, belum ada yang tampil beri pengesahan kerana semuanya didengari dari mulut ‘anak kepada kawan’, ‘mak tiri sepupunya jiran’ atau ‘pak sedara suami hujung kampung sebelah’. Walaupun urban legend tersebut hanyalah sekadar cerita, Arif tetap gelisah. Malam-malam buta begini, banyak benda boleh jadi.  
        
Sebuah kereta lagi melepasinya dan terus berlalu. Arif menyumpah sedikit. Langsung tak prihatin. Tapi, sangkaan Arif meleset. Kereta itu berhenti tiba-tiba lebih kurang dua kaki dari tempat dia berdiri. Dan kemudian, perlahan-lahan kereta itu berundur ke belakang. Arif menarik nafas lega namun, kelegaan itu hanya sementara. Nafasnya jadi tersekat tiba-tiba.
        
Kereta yang berhenti di hadapannya ini adalah Saga BLM Putih.   
        
Arif pegun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2016 05:20 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 13-7-2016 05:23 PM

Arif terus memandang kereta putih itu tanpa berbuat apa-apa. Kereta itu berhenti dengan enjin masih hidup. Jadi jam otak Arif, tak tahu apa yang patut dibuat. Perlukah dia lari?
        
Kelihatan tingkap kereta di turunkan. Arif terus terpaku.
        
“Arif?”
        
Namanya di sebut. Suara yang didengari begitu lembut menusuk kalbu. Arif tunduk di tingkap, memandang kepada si pemandu.
        
“Awak kenal saya ke?” Soal Arif kembali, kehairanan.
        
“Arif tak kenal ke? Ini Lailalah.”
        
Suara ceria Laila memberi ketenangan. Arif merenung lebih lama, membuat pengecaman. Kemudian, Arif tersenyum setelah sah itu adalah Laila, anak Pakcik Samad yang tinggal di hujung lorong Anggerik. Memang dia kenal.  Cuma, sudah lama tak bertemu.
        
“Kenapa jalan sorang-sorang ni? Malam-malam buta pulak tu…” Soal Laila.
        
“Kereta rosak.”
        
“Tak kan tak boleh call sesapa mintak tolong?”
        
Arif mengeluarkan telefon pintar dari poket seluar. “Bateri kong habis.”
        
Laila tergeleng kecil.
        
“Nak tumpang ke?”

Arif angguk.
        
“Naiklah.” Ajak Laila.
        
Penuh tapak tangan, tapak kaki Arif tadahkan. Segera, dia menggapai pintu kereta dan dibuka. Arif masuk, menghenyak punggung pada tempat duduk dan terus menutup pintu. Dia menoleh pada Laila.
        
“Terima kasih, Laila.”
        
Laila angguk bersama senyuman. Saga BLM Putih berlalu perlahan meninggalkan kawasan itu.
        
Arif memandang ke depan. Persekitaran begitu sunyi. Kiri kanan dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa sawit. Mereka perlu menempuh ladang ini lebih kurang dua kilometer sebelum sampai ke kawasan perumahan. Sesekali, Arif menjeling Laila di sebelah. Walaupun suasana agak malap, rupa Laila dapat dilihat dengan jelas. Dengan rambut mayang mengurai hitam lebat, alis lentik terbentuk dan bibir bak delima merekah, wajah Laila persis Fazura   Berdua-duaan begini dengan gadis sejelita itu membuatkan dia jadi tak menentu.
        
“Ala… Arif ni. Janganlah tengok Laila macam tu.”   
        
Manja suara Laila menikam gegendang telinga. Arif terus pandang depan. Segan pula ditegur begitu. Dari ekor mata, lakaran senyum semanis madu terpamer di bibir Laila.
        
“Dah lama tak jumpa Laila. Makin cantik awak sekarang…” Pujian ikhlas Arif beri. Senyuman Laila makin lebar.
        
“Dulu tak cantik?”
        
Mahu saja Arif jawab ‘tak berapa’ tapi demi mahu menjaga hati, Arif balas dengan senyum bersahaja.
        
“Kenapa Laila balik malam-malam macam ni?” Arif menembak soalan.
        
“Banyak kerja. Laila baru kerja tempat baru. Cuti pun tak banyak. Nak tak nak, kenalah balik lepas habis kerja. Jalan jam pulak tu, ni yang sampai lambat…” Terang Laila, panjang lebar.
        
“Laila kerja mana sekarang?”
        
“KL.”
        
Arif angguk.
        
“Arif kerja mana?”
        
Belum sempat Arif menjawab, terus Laila memotong katanya.
        
“Laila tahu. Arif pun kerja kat KL kan?”
        
“Mana Laila tahu?”
        
“Ala…tengok gaya pun dah tahu.”
        
“Dahsyat Laila ni. Tengok gaya pun boleh tahu kerja kat mana. Ada bela hantu raya ke?” Arif sedar, lawaknya hambar. Tapi, apabila Laila ketawa manja, Arif merasakan, lawaknya boleh tahan lucu juga.
         
“Jangan sebut-sebut Hantu Raya. Nanti dia muncul betul-betul, baru tahu.” Balas Laila dengan sisa senyuman.
        
“Ala. Biarlah dia nak muncul pun. Nama pun hari raya, hantu raya pun nak beraya juga.”
        
“Arif tak takut ke kalau hantu raya muncul?”
        
“Taklah.” Arif jawab dengan begitu yakin sekali.
        
“Kalau hantu lain yang muncul?”
        
“Hantu apa?”
        
“Langsuir ke, Pontianak ke, Pocong ke…”
        
“Muncullah. Sekali saya lesing, berterabur semua lari.” Betapa bongkaknya Arif menjawab.
        
“Jangan celupar sangat, Arif.” Ujar Laila dengan senyuman. Jika sebentar tadi, senyuman Laila semanis madu. Kali ini, Arif merasakan senyuman Laila lain macam. Sedikit menakutkan.
        
Laila seolah-olah hilang mood untuk berbicara. Arif pula, tiada modal hendak berbual. Maka, kedua-duanya berjeda dalam suasana yang suram. Janggal dengan keadaan itu, Arif memecah sunyi.
        
“Sunyinya. On radiolah. Malam-malam raya ni, syok jugak dengar lagu raya.” Pinta Arif.
        
“Radio Laila dah rosak.” Jawab Laila sambil menekan-nekan punat radio. Bibirnya muncung.
        
“Oh… ye ke?” Arif mengangguk Cuma. “Tak apalah.”
        
“Tapi, Laila boleh nyanyi.” Suara Laila ceria semula.
        
“Nyanyi?” Kening Arif berkerut.
        
“Haaaa. Nyanyi. Laila pandai nyanyi tau.” Laila tersengih-sengih.
        
“Arif nak dengar lagu apa?”
        
“Aaaa…” Arif terkebil-kebil. “Tak payahlah, Laila. Kita borak-borak aje. Lagi best.”
        
“Tak sudi dengar Laila nyanyi ke?” Wajah Laila bertukar sedih. Serba-salah Arif dibuatnya.
        
“Kalau tak sudi, tak apalah.” Tiba-tiba, Laila menangis tersedu-sedu, mendayu-dayu. Lengkap dengan air mata mengalir ke pipi.
        
“Laila. Aduh. Janganlah macam ni. Kenapa tiba-tiba Laila menangis ni?”
        
“Arif tak sudi dengar Laila nyanyi. Uhuuu….huuuu….”
        
“Okay…okay. Laila nyanyi. Saya dengar.” Arif berkata dengan niat memujuk. Panik sebenarnya dengan tingkah Laila yang begitu.
        
“Betul?” Tangisan Laila berhenti. Senyuman kembali menghiasi bibir.
        
“Be…betul. Nyanyilah.” Arif cuba berlagak tenang dengan keanehan sikap Laila.
        
“Yeay…” Laila tergelak suka.
        
‘Sewel ke Minah ni...’  Hati Arif berdetik.
        
Sskkkreeeettttttttt.
        
Kereta di break tiba-tiba. Kerana tidak memakai talipinggang keselamatan, Arif terhumban ke depan. Mujur sempat menahan tangan pada dashboard. Kalau tidak, pasti dahi terhantuk.
        
“Laila. Tak. Sewel.” Suara Laila bergema. Arif menoleh ke sebelah. Mata pemilik wajah persis Fazura itu sedang merenungnya dengan terbeliak tajam.
        
Arif menelan liur.
        
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2016 06:15 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 13-7-2016 05:20 PM
Arif terus memandang kereta putih itu tanpa berbuat apa-apa. Kereta itu berhenti dengan enjin masih  ...

ni orang ke hantu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 02:24 PM | Show all posts

berdasarkan tajuk....

kemungkinan besar hantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 03:39 PM | Show all posts
baca dlu baru komen


Nicki sayam..kalo komen xmemuji gitu  ko boleh terima x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2016 04:38 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 14-7-2016 02:24 PM
berdasarkan tajuk....

kemungkinan besar hantu

creepy pulak @Nicki_Meow punya cerita raya ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 05:13 PM | Show all posts

Awan sayam...

Boleh aje kritik. Takde hal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2016 05:19 PM | Show all posts
“Laila…sss...sorry.” Mohon Arif. Mata Laila mengecil.
        
“Saya janji, tak buat lagi.”
        
“Jangan cakap macam tu lagi. Laila tak suka.”
        
“Okay.” Arif angguk perlahan.
        
Kereta bergerak semula, menyusur dengan kelajuan sederhana. Arif memilih untuk mendiamkan diri sambil membuang pandang ke luar. Sejujurnya, dalam keadaan gelap sebegitu, tiada apa yang menarik untuk di lihat. Tapi, itu lebih baik dari memandang Laila yang entahkan waras, entahkan tidak. Udara yang menerjah masuk melalui tingkap tidak mampu mengurangkan rasa gelabut.
        
Arif merasakan, kereta yang dipandu Laila menjadi semakin perlahan. Dengan kening berkerut, Arif menoleh pada Laila.
        
“Tu…tengok depan.”
        
Belum sempat berkata-kata, Laila terlebih dulu bersuara. Walaupun pelik, suruhan Laila dituruti. Mata Arif menghala ke depan. Ada seseorang sedang gigih mengayuh basikal di tengah-tengah jalan.
        
“Apahal pulak dia ni? Malam-malam buta kayuh basikal tengah-tengah jalan?” Arif membebel sendiri. Tanpa dapat di duga, Laila menekan hon. Ianya berbunyi kuat dan panjang. Bingit.
        
“Tepilah si tua kutuk! Menyusahkan orang! Kau dah kenapa bawak basikal tengah-tengah jalan?”
        
Sekali lagi, Laila bertindak luar dugaan. Jeritan Laila yang nyaring memecah segala kesunyian. Jauh lebih bingit dari hon yang di tekan tadi. Biadab dan kurang ajar pulak tu…
        
“Tepilah!”
        
PIN! PIN! PIN!
        
Arif hanya mampu melihat tindak-tanduk Laila tanpa bersuara. Walaubagaimanapun, tindakan Laila itu berhasil. Si pengayuh basikal mulai beralih ke tepi, terus berhenti.
        
“Pandai pun. Lain kali, dah tau lembab, bawaklah ke tepi sikit.” Jerit Laila lagi.        Saat kereta melepasi si pengayuh basikal, Arif memandang. Terasa meremang seluruh badan apabila menyedari muka si pengayuh basikal itu kosong. Tiada mata, kening, mulut, mahupun hidung. Rata kesemuanya.
        
Arif kaku. Perlahan-lahan, dia menoleh ke arah Laila. Wajah Laila begitu selamba, seolah-olah tidak terkesan dengan situasi itu. Tak mungkin Laila tidak menyedari, keanehan yang ada pada si pengayuh basikal itu? Atau Laila sedar, tapi buat tak endah?
        
Ada satu senyuman tergarit di bibir Laila. Entah pada siapa senyuman itu ditujukan, Arif tak tahu. Dan dia tidak mahu tahu…
        
Kesunyian kembali menemani perjalanan mereka. Laila memecut kereta dengan laju walaupun keadaan begitu gelap. Ingin saja Arif menegur tapi entah kenapa, lidahnya kelu. Bertambah pelik kerana merasakan, perjalanan mereka terlalu jauh menuju ke kawasan perumahan.
        
Seketika kemudian, Laila mulai menyanyi. Perlahan pada mulanya tapi semakin lama, semakin kuat. Menjiwai lirik dengan penuh emosi.
        
        Sayaaaangggg….
        Aku kau lupaaaaa
        Aku kau lukaaaaaa
        Tanpa kau sedar
        Sayaaaangggg….
        Selamat tinggal
        Aku kan pergi
        Tuk selamanyaaaaaa….

                 
Arif semakin tidak senang dengan keadaan ini. Kesewelan Laila menjadi-jadi. Cubaan Arif untuk menarik perhatian Laila, tidak di endahkan. Dia berterusan menyanyi sambil memandu semakin laju.
        
“Laila!”
        
Jeritan Arif menyebabkan Laila terdiam. Laila memberhentikan kereta serta-merta. Sekali lagi, Arif terhumban ke depan.
        
“Aduh.” Arif menggosok-gosok bahunya yang terlanggar dashboard.
        
“Kau ni dah kenapa?” Suara Arif meninggi. Sikap gentlemen terus hilang. Geram dengan sikap Laila yang melulu sebegitu.
        
“Err….Laila…” Panggil Arif lagi apabila Laila tidak menyahut panggilan. Sebaliknya, gadis itu menunduk dengan rambut panjang mengurainya menutupi hampir keseluruhan muka.
        
“Lai…la?”
        
“Kenapa kacau Laila nyanyi?” Laila membalas panggilan Arif dengan pertanyaan. Suaranya dalam, menderam.
        
Arif terkebil-kebil.
        
“Laila tak suka kena ganggu, masa Laila sedang nyanyi.”
        
“Err…tapi….Laila…saya…”
        
“Hihihihi….hihihihi…” Laila ketawa. Terhinggut-hinggut bahunya.
        
Mulut Arif terasa kering. “Laila…”
        
Laila berpaling pada Arif. Terus, Arif menggeletar. Wajah Laila masih persis Fazura. Bezanya, ada dua taring panjang menghiasi mulutnya. Mata Laila juga menjadi jauh lebih besar dari biasa. Merah menyala.
        
“Hihihihihihihihihihiiiiiiiiiii……..” Tawa Laila bertukar menjadi hilaian. Terlalu kuat sehingga seluruh kawasan ladang ini bergema dengan bunyi mengilai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 05:51 PM | Show all posts
“Sudahlah woi! Apa kau ingat, suara kau tu best sangat?”
        
Suara Arif mematikan hilaian Laila. Mulut Laila terkatup. Diam.
        
“Penat dah aku ni ikut rentak kau berlakon. Nak jadi Fazura konon. Phuuiiiiii!”
        
“Ah…biarlah!” Laila mencebik.
        
“Dah…dah. Pulangkan balik kete aku. Dari awal puasa sampai sekarang, bagai nak rak kau lenjan. Pulangkan balik!” Suara Arif meninggi.
         
“Ala…rileklah. Bukan selalu aku pinjam.” Laila tersengih-sengih memandang pada si Puaka Saga BLM Putih itu.
        
“Langsuir tak sedar diri kau ni, kan? Dah miskin, buat cara miskin. Tak mampu pakai kereta, buat cara tak mampu. Jangan nak berlagak!”
        
“Hekelleh! Kedekut! Taik idung masin!” Marah Laila semula.
        
“Macamlah kau pernah rasa taik idung aku.” Tempelak Arif.
         
“Huh!” Laila merengus geram.
        
“Hah. Tunggu apa lagi? Keluarlah. Aku nak balik kete ni.”
        
Laila kekal berpeluk tubuh.
        
“KE-LU-AR!”
        
“Dasar puaka kedekut!” Marah Laila dan terus keluar menembusi pintu kereta.
        
“Aku tak heranlah dengan keta buruk kau ni!” Jerit Laila, menjuihkan bibir melepaskan geram.
        
“Whateveeerrrrr….” Balas si Puaka Saga BLM Putih.
        
Geram Laila bertambah. Tapi, dia tidak berbuat apa-apa untuk membalas kata-kata Arif. Seketika kemudian, dia terbang lalu hinggap di atas pokok kelapa sawit paling tinggi.
        
Arif si Puaka Saga BLM Putih tersengih mengejek melihat ulah Laila Langsuir. Nak memujuk, memang tidaklah. Tak kuasa…
        
“Mereputlah kau atas sana.” Arif ketawa sendiri. Radio dipandang. Serta-merta, radio itu berbunyi sendiri.
        
“Bengong punya Langsuir. Radio tak rosak, di katanya rosak. Sajalah tu, nak show-off suara. Macamlah sedap sangat.” Rungut Arif.
        
        Nun menghijau gunung ladang dan rimba
        Langit nan tinggi bertambah birunya
        Deru angin turut sama berlagu
        Semuanya bagaikan turut gembira
        Balik kampung… oh oh oh
        Balik kampung oh oh oh
        Balik kampung
        Hati girang….

        
Arif turut menyanyi riang sambil memikirkan, rumah mana yang hendak di tandang sebentar nanti.

~TAMAT~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 05:53 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 14-7-2016 04:38 PM
creepy pulak @Nicki_Meow punya cerita raya ni....

Tak creepylah Zam. Citer mengarut semua ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2016 05:53 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 14-7-2016 02:24 PM
berdasarkan tajuk....

kemungkinan besar hantu

Semua pun hantu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2016 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Berhantunya raya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 09:07 AM | Show all posts

Jiwa tengah kacau...

Tu yang antu setan semua keluar
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 09:38 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 14-7-2016 05:51 PM
“Sudahlah woi! Apa kau ingat, suara kau tu best sangat?”
        
Suara Arif mematikan hilaian L ...

hahahahaha... hantu rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 10:48 AM | Show all posts

Bukan! Ini namanya hantu beraya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 12:42 PM | Show all posts
MOD @NaylaArisha

sila tabur dedak di sini, di sini....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 11:46 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 21-7-2016 12:42 PM
MOD @NaylaArisha

sila tabur dedak di sini, di sini....

Lupa.......
Terima kasih kerana kasi ingat sama Momod


Ingatkan cerita mengarut ni dah kena disqualified


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 11:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 29-7-2016 11:46 AM
Lupa.......
Terima kasih kerana kasi ingat sama Momod

dun mention it. iols kan perasan super mod gitu?


btw, ok jek pd iols cite ni.... lain dr yg lain. Hantu pun nak beraya what? Kan sebulan kena kurung
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:34 PM | Show all posts
hantu punya hantu.. rupanya dia yang hantu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.132584 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list