CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9463|Reply: 39

[CONTEST] MISI RAYA ADWA AFIFA~TamaT 29/7/16~

[Copy link]
Post time 15-7-2016 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sellie003 at 29-7-2016 12:07 AM
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri buat semua...muah, muah kesayangan semua...windu kat korang...

Maaf dipinta, sekiranya diri ini menyepi tanpa khabar... bukan menyepi terus...ada gak jengah2 kat sini tapi...sekejapan cuma...nak kerap jenguk CARI ni tak macm dulu2... tapi apa pun...memang rindu nak menulis kat sini...ada gak mengarang manuskrip...cuma tak tepek kat BRP ni jek...tengah nak jdikan karya sendiri jd buku...teringin sangat nak ada naskah sendiri...apakan daya belum ada rezeki...sbb tumpu menda yg lebih penting tika ini...

Bg nak memenuhi contest raya kali ni...baru rasa nak bertanding...bukan serius pun...saja suka2...idea tgh datang tetiba dgn penuh ceria dan bermakna...

So...terimalah karya Cerpen Novelaku....




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-7-2016 11:36 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 15-7-2016 07:09 PM

Satu: Dihatiku Ada Dia


Adwa Afifa enak berangan atas katil usai balik dari menunaikan Solat Terawih di masjid berdekatan rumah keluarganya. Tersenyum-senyum memikirkan saat berterawih di surau tadi. Habis menelentang, dia menyiarap pula. Otaknya tak lekang dari mengingati seraut wajah tenang dan memikat hatinya ini.

Lelaki itu, sama-sama berterawih di masjid. Mana sangka rumah lelaki itu juga berada di sekitar taman perumahan tempat tinggalnya. Cuma, tidak tahu taman belah mana. Di taman perumahan ini ada 11 taman mengikut nama-nama bunga berserta nombor jalan. Kawasan dia dinamakan Taman Mawar Jalan 8.

“Rumah dia...area mana ya?” Adwa Afifa bertanya sendiri.

Kalau sebelum ini, tidak pernah terlintas memikirkan hal lelaki. Namun, hatinya berubah semenjak bertemu si dia itu. Perkenalan berlangsung apabila si jejaka order kuih raya dengannya di pejabat tempatnya bekerja.

Di awal sebelum masuk Ramadhan, Adwa Afifa sudah war-warkan kepada pelanggan-pelanggan tetap dalam whats app group membuat tempahan kuih raya. Dia akan memastikan kuih raya yang ditempah para pelanggan disiapkan sebelum sepuluh malam-malam terakhir Ramadhan. Dia mahu menumpukan perhatian pada sepuluh malam terakhir itu untuk beribadah sepenuhnya.

Para pelanggannya maklum akan hal itu. Lepas pada itu, orang nak merayu dia buat kuih raya pada saat-saat akhir, jangan harap dia nak layan. Dia ada prinsip dan takkan sekali-kali merugikan diri sendiri untuk mengejar malam Lailatul Qadar.

Tuk, tuk...ketukan dipintu mengejutkan Adwa Afifa dari anganan. Dia bingkas bangun bila mendengar suara ibu di luar bilik.

“Ada apa umi?”
“Kamu tak tidur lagi nak?”

Puan Fatma menjenguk si anak perempuan pun disebabkan lampu masih terpasang di celah-celah bawah pintu bilik tidur Adwa Afifa.

“Nak tidurlah ni umi. Umi tu, kenapa tak tidur lagi?” Adwa Afifa tersenyum kecil. Pandai uminya bertanya dia yang masih tak tidur lagi, sedangkan uminya...

“Umi nak ke dapur minum kejap. Dah, pergi tidur. Karang lambat bangun sahur.”
“Okey umi. Selamat Malam.”

Adwa Afifa mencium kedua pipi Puan Fatma. Kemudian, perlahan-lahan pintu bilik di tutup rapat. Adwa Afifa menarik nafas dalam. Salah dia juga dok berangan anak teruna orang.

Haish lah... Ifa...kau dah mula gatal ye sekarang. Huhu...malunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 11:36 AM | Show all posts
Dua: Biskut Coklat Moist Buat Si Dia

“Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Dub, dab, dub, dab semacam nii...fuhh...” Adwa Afifa mengipas-ngipas dirinya. Sebelah tangan kanannya memeluk erat balang biskut raya Coklat Moist yang dibuatnya.

Biskut Coklat Moist itu yang ditempah ‘boss’ baru di tempatnya bekerja. Hatinya tidak kuat untuk menyerahkan biskut tempahan tersebut yang dah pun disiapkan minggu lepas. Takut dan segan menular di jiwa Adwa Afifa yang mula berputik buat boss baru itu. Jejaka yang sama-sama terawih di masjid dua malam lepas.


Imbas, 1 Ramadhan...

“Okey, Kak Ati nak dua balang tat nenas.” Adwa Afifa mencatit pada buku log tempahan kuih raya para pelanggan melalui whats app.

Adwa Afifa menguis pada skrin phone jenama Lenovo. Melihat-lihat kot-kot ada tempahan yang tertinggal. Sedang asyik dia melakukan kerja-kerja luar dari bidang, dia ditegur seseorang.

“Dah lama ke awak buat kerja-kerja luar dari bidang tugas ni. Baik buka kedai kek atau biskut. Tak perlu bekerja di sini.”

Erkk...terhenti Adwa Afifa menulis. Suara itu seakan seperti suara boss baru yang baru juga masuk kerja hari ini.

Ballpen perlahan-lahan diletak pada celahan buku log dan di tutup. Lambat-lambat dia mengangkat muka. Terkedip-kedip Adwa Afifa menatap wajah serius di hadapannya sekarang ini.

“Ma...maaf Encik Irsyad. Saya...” Tak terluah Adwa Afifa meluah kata. Tergamam melihat wajah tanpa riak itu. Takut... Adwa Afifa lantas menunduk. Nak nangis dah ni.

Bukan selalu pun dia buat kerja-kerja tempahan ni. Sebulan sekali. Ini pun time rehat. Celah mana dia buat semakan tempahan waktu kerja. Boss yang dulu pun tak ada kisah. Ah, silapnya juga. Macam tak boleh buat kat rumah. Hai, kantoi sudah.

“Hmm...banyak ke tempahan?”
Huh? Dalam memerli tadi dia tanya tempahan aku? Pelik ni?
“Ermm...bolehlah tahan.”

Adwa Afifa menjawab perlahan tanda masih ada hormat kat boss baru ini. Nak kutuk lebih-lebih pun tengah bulan puasa. Habis pula pahala dia. Ikutkan mengutuk pun tak perlu tunggu bulan puasa. Bulan-bulan lain pun hati perlu dijaga dari sifat-sifat mazmumah.

Sabar sajalah Ifa woi, tak rugi pun. Diri sendiri juga yang salah. Nak samakan boss lama yang sporting dengan boss baru...memanglah tak kena. Yang lama sebab lama kenal. Yang baru ni...mana nak tau perangai sebenar dia.

“Memandangkan time ni time rehat...saya maafkan. Tapi ingat. Waktu kerja kena kerja.”
“Maaf boss...eh...Encik Irsyad.”

Ketika boss baru ini diperkenalkan kepada staf-staf, lelaki ini meminta mereka memanggilnya Encik Irsyad.

“Okey, so...boleh tempah lagi ke ni?”
“Hah?”


Kini, 20 Ramadhan

Ohhh...Ifa...kau kena juga bagi biskut raya ni kat Encik Irsyad. Buatnya dia mengamuk...langsung tak bagi buat tempahan tahun depan. Nak ke macam tu.

Adwa Afifa berbelah bagi saat ini. Nak terus terjah bilik dia atau tunggu sampai dia sendiri datang kat tempatnya. Boleh ke pelanggan cari dia? Sedangkan pelanggan-pelanggan lain yang menempah biskut raya daripadanya, bukan satu pejabat. Tahan dia naik, turun lif hantar sendiri tempahan.

Adwa Afifa menggaru-garu kepala disebalik tudung yang dipakai.

“Cik Adwa?”
Cik Adwa? Adwa mana ek? Macam pernah dengar nama tu...

“Helloo...Cik Adwa. Awak terbang ke mana ni? Bulan puasa pun kuat berangan.”

Irsyad memetik jari di depan muka Adwa Afifa yang terpegun diam tidak berkutik macam sedang berkhayal sahaja.

“Hah? Encik Irsyad buat apa kat sini?”
“Aik, saya yang patut tanya awak?”

Adwa Afifa sekali lagi tergamam. Sangkakan mamat ni terperuk dalam bilik pejabat. Keluar rupanya.

Mata Irsyad terpandang balang biskut dalam dakapan Adwa Afifa. Kemudian, dia tersenyum lebar membuatkan Adwa Afifa terkebil-kebil hairan.

Jangan-jangan... Adwa Afifa semakin erat mendakap balang biskut menghadang pandangan nakal Irsyad di bahagian dada yang berlitup tudung. Ishh...encik ni... Adwa Afifa jadi malu tak bertepi.

“Biskut saya ke tu?”
“Huh?” Biskut?...Laa...aku ingat dia pandang apalah tadi. Suka sangat judge orang tanpa usul periksa.

“Ermmm...ya...biskut encik. Minggu lepas lagi dah siap dah.”

Tanpa berselindung, Adwa Afifa terlepas kata.

“Minggu lepas awak siapkan...baru ni bagi saya...”

Balang biskut yang dihulur Adwa Afifa bertukar tangan. Naik memerah muka Adwa Afifa tak fasal-fasal.

“Cik Adwa? Awak tak apa-apa ke?”

Adwa Afifa seakan tidak mendengar lelaki itu menyoal. Dia tersipu-sipu di situ.

“Cik Adwa. Are you still with me?”
“Ya encik...cakap dengan siapa encik?”
“Awaklah Cik Adwa...siapa lagi selain awak kat sini...”
“Ohh...sorry. Tapi, siapa Cik Adwa tu?”

Kalut Adwa Afifa. Biasanya kaum keluarga dan teman-teman sepejabat memanggilnya ‘Ifa’. Dah terbiasa dipanggil dengan nama ringkas tetapi mesra itu, membuatkan Adwa Afifa lupa nama pangkal sendiri. Ayakk...

“Nama awak Adwa kan?...atau...saya yang silap?”

Irsyad sedikit cuak. Kot-kot dia tersalah memanggil nama gadis itu. Tidak hairanlah kalau gadis ini seperti tidak menyahut. Sah-sah dia salah...tapi...nama unik itu...setahunya yang paling dia ingat...gerangan inilah empunya nama indah itu. Adwa...atau Cahaya...
“Ya Allah...” Adwa Afifa menepuk dahi sendiri.
“Maafkan saya banyak-banyak Encik Irsyad. Nama tu jarang orang panggil. Tu yang...blur sikit. Sorry.”

Adwa Afifa menyusun sepuluh jari mohon ampun. Irsyad mengorak senyum lalu, meletus tawa.

Kelakar betul awek ni. Nama sendiri boleh lupa. Banyak sangat kot makan semut.

Heee...dia ni. Ketawa pulak. Adwa Afifa cemberut.

“Anyways, thanks for the biscuit. Nampak sedap ni. Tentu anak saya suka.”

Irsyad membelek-belek balang melihat susunan biskut-biskut yang kelihatan sedap itu. Biskut kesukaannya juga. Yang ada coklat enak di dalamnya.

Hah? Anak? Anak siapa? Anak dia ke? Tapi...tapi...

“Maaf encik. Ada banyak kerja saya nak kena buat ni. Duit biskut yang encik transfer ke akaun saya...saya dah terima...okey bye...”

Adwa Afifa meluru melangkah pergi. Terasa sakit dada, sesak nafas pula tiba-tiba. Baru nak berangan ala-ala future husband wanna be...dah berpunya rupanya. Waaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 11:36 AM | Show all posts
Tiga: Lagi Biskut Coklat Moist Untuk Dia...Haishh...

Adwa Afifa tekun menaip minit mesyuarat semalam sehingga tidak sedar dia didatangi seseorang dikubikelnya.

Lelaki itu serba-salah mahu membuka mulut. Apatah lagi mahu mengganggu gadis itu bekerja. Namun, dia tidak boleh diam sahaja. Dia sudah berjanji dan janji harus dicapati...eh ditepati. Janji seorang bapa kepada si anak bukan janji kosong...tetapi janji seia sekata.

Lelaki itu tetap tidak berganjak dari situ. Dia resah sehinggakan jari-jemarinya menari-nari tabla dikubikel Adwa Afifa, sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi kerja gadis itu.

“Ada apa ye Encik Irsyad?”
“Ermm...”

Adwa Afifa menanti dengan penuh menahan sabar. Hai lah, bulan puasa macam ni lagi mencabar kesabaran sungguh. Cepat saja nak naik angin. Hari-hari lain tu, tak pula kan.

“Kalau Encik Irsyad tak ada benda nak cakap. Baik kembali kat dalam bilik encik. Karang, ada pula yang hilang pahala kejap lagi.”

“Oh, maaf. Err...masuk bilik sayalah...senang cerita.”

Irsyad meninggalkan kubikel tanpa sempat Adwa Afifa bertanya lanjut. Malas nak fikir panjang, Adwa Afifa melangkah jua ke bilik Irsyad.

“Ada apa ni encik? Banyak kerja saya nak kena settle. Lagi setengah jam saya nak balik ni. Saya masuk pukul 7.30, balik pukul 4 tau Encik Irsyad.”

“Ya Cik Adwa saya tau. Apa-apa pun duduk dulu. Takkan nak berdiri kot. Sila kan.”

Irsyad mempelawa Adwa Afifa duduk atas sofa. Terjungkit kening Adwa Afifa. Tak pernah-pernahlah dia duduk sofa walaupun dengan boss lama dulu. Tempat tu untuk tetamu VIP saja kot. Bukan tak ada kerusi kat depan meja boss tu.

“Dah Cik Adwa. Jangan buat muka pelik bin ajaib. Sofa tu tak makan orang. Duduk saja.”

Adwa Afifa tak jadi membantah. Dia melabuhkan punggung mengadap Irsyad.

“Err...macam ni Cik Adwa. Saya sebenarnya nak tempah lagi biskut Coklat Moist Cik Adwa tu.”

“Hah?” Adwa Afifa tak terkata. Dia beriya nak jumpa aku sebab ini.

“Eh, bukan ke encik tempah sebalang saja kan. Dah tau nak lebih, kenapa tak tempah dua balang terus. Saya dah tak ambil tempahan dah. Sepuluh Ramadhan terakhir memang saya stop. Maaflah encik. Saya beredar dulu.”
“Cik Adwa.”
“Hei...” Meleking Adwa Afifa saat tangan mulusnya di sentuh Irsyad. Uh, how dare him. Jadi menyampah pula dengan mamat ni. Nasib hatinya belum parah untuk terus jatuh cinta dengan dia ni. Kalau tak, merana badan. Silap hari bulan, body pun boleh tergadai. Ya Allah, minta-minta dijauhkanlah.

“Maaf Cik Adwa. Saya tak sengaja. Sebenarnya...biskut tu dah habis sebalang. Tu sebablah...”
“Hah? Habis dah sebalang? Biar betul. 100 biji kot. Lagipun baru 2 hari dapat. Takkan cepat sangat habisnya.”
“Err...saya dan...eh...anak...anak saya suka betul dengan biskut tu. Sedap sangat katanya.”

Adwa Afifa mula berpeluk tubuh. Nampak benar riak muka tak mengaku salah. Budak kalau paling koman pun taklah satu balang habis. Dalam masa dua hari pulak tu.

“Ini encik ke anak encik yang habiskan. Hermmm...”
“Saya...eh anak saya. Betul. Bulan puasa tak baik tipu.”
“Baguslah, tipu seksa masuk neraka.” Selamba Adwa Afifa mengungkap begitu.

Irsyad menyengih sendiri. Neraka pun nerakalah. Janji mesti ditepati. Apa nak buat, dah sedap sangat biskut Coklat Moist buatan cik adik manis depan dia ni. Bukan tak ada jual biskut tu. Mana-mana ada. Tetapi, rasa biskut tu tak sama langsung yang dibuat gadis ini. Sedapnya lain macam. Lebih-lebih lagi, tang coklat mencair dingin, hangat dalam mulut. Itu yang buat dia ketagih meratah biskut-biskut itu sebalang.

Sampai si anak pun tak puas merasa biskut tu. Kali ni, dia nak dua balang terus. Bukan untuk hari raya, tetapi buat meratah dua beranak. Aci tak.

“Maaf ya encik. Saya nak berkemas lepas tu balik. Biskut tu ada saja jual kat mana-mana. Melambak. Beli sajalah ya. Atau...nak saya belikan pun tak apa. Esok saya carikan. Assalamualaikum.”

“Err...Cik Adwa. Nantilah dulu.”

Irsyad menghalang laluan Adwa Afifa.

“Cakap saja berapa awak nak. Saya sanggup bayar. Asalkan biskut dari air tangan awak. Biskut macam tu memang melambak. Tapi, rasanya takkan sama dengan yang Cik Adwa buat. Boleh ya. Please.”

Irsyad merapatkan kedua telapak tangan seakan merayu sambil buat muka...camtu...

Oh my...he so cute. Tak boleh, tak boleh Ifa. Kena kuatkan pendirian walaupun dia boss. Ever and never.

“Encik...janganlah macam ni. Saya betul-betul tak boleh terima dah. Saya nak juga kejar 1000 malam terakhir. Dah tau encik suka patut tempahlah lebih. Maaf ya encik. So sorry.”

Aiseh. Kecewa sungguh riak wajah Irsyad.

“Okey Cik Adwa saya faham. Tapi...please demi anak saya. Dia suka benar dengan biskut tu. Semalam pun, puas saya pujuk dia. Saya kata akan beli kat pasaraya. Tapi dia tak nak. Nak juga Cik Adwa yang buat. Tolong Cik Adwa. Kali ni saja. Tahun depan, saya akan tempah banyak-banyak lepas ni.”

Sehabis lunak dia merayu Adwa Afifa, dengan harapan hati gadis itu mencair. Kalau tak cair juga...hmmm...

“Encik...saya...”
“Cik Adwa. Demi anak yang tiada ibu...katanya...biskut itu buat dia teringat akan arwah ibunya. Takkan...tiada sekelumit pun perasaan belas Cik Adwa.”

Oh...dia anak yatim ke? Sah-sah depan dia ni duda anak satu. Ada can tak?

Agak lama berjeda, akhirnya Adwa Afifa akur. Demi anak yang tiada ibu itu...atau...ishh Ifa...niat kena ikhlas okey. Besar pahala gembirakan anak yang tiada ibu. Kalau rasa nak jadi ibu segera anak tu, kenalah tackle bapanya dulu. Ye tak?

“Baiklah, demi anak encik. Tapi, tak perlu bayar lebih. Harganya tetap sama.”
“Kira jadilah ni ya?”
“Ye, Inn Sha Allah.”

Adwa Afifa menuju ke muka pintu. Sebelum tombol ditarik, pangkal namanya dipanggil. Rasanya, tiada orang lain memanggilnya dengan nama itu. Mamat nilah satu-satunya. Suka sangat kot nama tu. Ahaks, perasan kau Ifa.

“Making two, please.”
“Hah? Maksud encik...dua balang?” Hai, nak kena buat sorang satu ke?
“Yes. Saya suka...eh...anak saya suka...satu balang tu buat ratah. You know what I mean, right?”
“O...okey. Dua balang Biskut Coklat Moist. I get it.”

Satu untuk meratah, satu buat untuk raya. Faham dah. Macam orang lain tak pernah buat...pelanggan aku pun ada yang minta lebih buat ratah anak beranak. Macamlah aku baru meniaga.

Yes, satu balang untuk aku...sebalang lagi untuk Hilman. Untuk raya...aku dah siap beli kerepek-kerepek, kekacang dan muruku. Orang sekarang mana makan dah biskut-biskut ni. Ahaks.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 12:13 PM | Show all posts
sellie003 replied at 15-7-2016 11:36 AM
Tiga: Lagi Biskut Coklat Moist Untuk Dia...Haishh...

Adwa Afifa tekun menaip minit mesyuarat sema ...

Wow! Menarik... Welcome back cik @sellie003... Entry yg tak pernah mengecewakan... Chaiyok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2016 04:33 PM | Show all posts
Empat: Misi Pikat Hati Dia? Tak kot...

“Amboi Ifa, kata nak stop buat kuih. Ni apa hal ada lagi tempahan saat akhir pulak ni.”

Puan Fatma melihat si anak lambakkan barangan buat kuih atas meja yang baru dibeli di pasaraya TESCO.

“Boss Ifa tu umi, kuih yang dia tempah sebelum ni habis di makan sebalang. Dah tu, anak dia nak lagi biskut tu. Terpaksa buat umi. Kesian, tak ada ibu pulak tu.”
“Oh ya ke? Bila nak buat ni?”
“Sekarang umi. Dah order sampai 2 balang. Nak tak nak terpaksalah.”
“Lah, nak umi tolong ke ni?”
“Heee...kalau sudi.”
“Hmmm...nanti umi panggilkan adik kamu. Sama-sama tolong cepatlah siap.”
“Thanks umi. Love you so much.”

Adwa Afifa memeluk sayang si ibu. Tanda menghargai pertolongan si ibu.

“Ishh...bukan selalu pun. Kamu siapkan bahan-bahannya, umi kejutkan adik kamu. Membuta saja kerjanya.”


3 jam kemudian,

Aroma biskut Coklat Moist menusuk hidung apabila siap dibakar dalam ketuhar. Dibiarkan sejuk. Kemudian, baru disusun masuk dalam balang. Siap juga 200 biji untuk dua balang biskut Coklat Moist.

“Kak Ifa ni, tak pernah-pernah buat biskut last minute. Apa kes ni? Nak pikat hati boss ke?”

Ternaik-naik kedua-dua kening adiknya Arfan. Sengaja menggiat si kakak.

“Mana ada lah. Akak buat semua ni untuk anak dia. Jangan nak serkap jarang ek.”
“Mana tau...kot-kot akak ada hati kat...”
“Hei...memandai ye mulut tu...”

Adwa Afifa merenjis cebisan tepung pada si adik.

“Mengaku sajalah kak. Koman-koman dapat bakal suami...walaupun duda anak satu. Elok sangatlah tu. Akak pun umur dah banyak.”
“Arfan! Kamu nak kena yea...”

Arfan berlarian keluar dari dapur. Suka sangat adik lelakinya menyakatnya tentang jodoh. Pernah sekali, dengan mat bangla pun adiknya nakal mengusik nak kenenkan...yuk...ingat dia tak ada taste ke sampai terdesak nak bersuami yang bukan-bukan. Melampau tau.

“Ifa, kenapa tadi tu? Riuh semacam umi dengar dari luar lagi.”

Umi ke dapur, usai mengangkat pakaian di ampaian tadi.

“Tak ada umi. Macam tak tau perangai Arfan. Suka sangat usik Ifa ni.”
“Jangan layan perangai gila-gila adik kamu tu sangat. Macam mana biskut kamu. Dah siap semua?”
“Dah umi. Tunggu yang last ni, bila sejuk karang masuk dalam balang. Lega bila dah siap semua.”
“Asar dah masuk ni kamu solat dulu. Biar umi kemaskan dapur ni.”
“Tak apa ke umi?”
“Tak apa. Kamu pun penat tu. Setakat kemas dapur ni taklah susah dari buat kuih.”
“Terima kasih umi. Ifa ke bilik dulu.”

Adwa Afifa naik ke bilik tidur. Mahu mandi kemudian solat Asar. Melengas rasa tubuh apabila membakar kuih tadi. Cuaca sekarang, panasnya bukan main lagi.

************************

Adwa Afifa berlenggang ke bilik pejabat PA Irsyad. Awal pagi lagi dia bertandang ke pejabat. Takut jugakan kalau-kalau ada mata-mata lain yang memandang. Dia juga yang tetapkan. Tempahan takkan di terima 10 Ramadhan terakhir.

Kalau mereka-mereka nampak balang ni. Harus dia dikecam para pelanggannya. Kan ke susah dia.

“Assalamualaikum Zaza.”
“Wa’alaikum salam Ifa. Awal sampai. Nak jumpa Encik Irsyad ke?”
“Ha’ah, dia ada? Nak hantar dua balang biskut kat dia ni.”
“Dia belum masuk lagilah Ifa.”
“Oh ya? Aku sebenarnya tak naklah orang nampak. Dengan boss baru boleh pula buat biskut last minute. Kalau boss lama aku pun tak bagi muka kan. Sebab kesian kat anak dia tu...macam mana ni Zaza?”
“Oh...kau buat untuk anak dia ke? Ada canlah kau ya. Aku ni dah ada suami...kalau tak, nak jugalah masuk jarum.”
“Amboi, amboi Zaza...suami kau tu apa kurangnya. Kang ada yang masuk jarum tackle laki kau baru tau.”
“Choii...janganlah doa macam tu. Okey, macam ni sajalah. Biskut ni aku simpankan dulu. Bila Encik Irsyad masuk, aku bagi kat dia.”
“Zaza...kau memang best. Tolong ya. Terima kasih.”
“Sama-sama.”
“Aku balik tempat aku tau. Bye.”

Adwa Afifa kembali ke kubikalnya. Lega apabila hasrat murninya terlaksana dengan sempurna.

Aku buat ni untuk anak dia okey. Tapi...kalau dia suka kat aku...bonus tu. Hee...jangan nak berangan lebih-lebih Ifa oii...buatnya dia dah berpunya ke kan. Diri ini juga yang memendam rasa. Baik aku selesaikan kerja-kerja aku sebelum cuti raya. Itu lebih baik.

*******************************

“Assalamualikum Cik Adwa.”

Adwa Afifa tercari-cari gerangan yang memberi salam dari belakang.

“Oh encik ni. Buat terkejut saya jek. Wa’alaikum salam.”

Lelaki itu tersengih-sengih di sisinya.

“Awak nak balik dah ke?”
“Dah waktu balik kan. Haruslah...”
“Ermm...” Irsyad menggosok-gosok belakang kepala.

Naik pelik Adwa Afifa melihat bossnya ini. Ada menda nak cakap, cakap ajelah. Dah kenapa macam serba tak kena aje ni.

“Encik, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Err...nanti kejap Cik Adwa.”

Belum setapak melangkah, Irsyad menghalang. Teragak-agak Adwa Afifa nak teruskan langkah. Suka benar bossnya ni halang-halang dia.

“Encik, jangan beritahu saya yang dua balang biskut dah habis. Saya takkan buat walaupun encik pecat saya okey.”

Hah kan, marah ni. Adoi...tak pernah-pernah dia naik angin macam ni.

“Bukan...bukan sebab tu lah.”
“Habis tu apa? Saya nak cepat balik ni encik. Hari pun nak gelap ni. Saya nak masak lagi kat rumah. Tolonglah encik.”
“Boleh awak dengar tak apa saya nak cakap ni. Jangan marah-marah, hilang pahala puasa awak nanti.”

Adwa Afifa mula bertenang. Cuba bagi ruang lelaki itu bercakap. Kot-kot hal penting ke kan.

“I’m listening Encik Irsyad.”
“That’s good. Macam ni...saya nak ajak awak berbuka dengan saya boleh?”
“What?”

Adwa Afifa menunding jari kat diri-sendiri. Betul ke ni?

“Ya Cik Adwa. Berbuka kat rumah saya malam esok. Okey tak?”
“Ber...berbuka di rumah encik...malam esok? Seriously?”
“Saya tak main-main ni. Lagipun, rumah kita tak jauh sangat kan. Please.”
“Encik tau ke rumah saya kat mana?”
“Taulah. Kitakan pernah berjemaah kat masjid baru-baru ni. Sempatlah saya berkenalan dengan ayah Cik Adwa. Rupanya, ayah awak kenalan ayah saya.”
“Ohh...”

Berkerut dahi Adwa Afifa mengingatkan ayahnya Encik Rahman pernah berborak dengan lelaki ini usai jemaah terawih di masjid. Di waktu itu dia dan uminya sedang menanti Encik Rahman diperkarangan masjid.

“Saya sorang saja ke?”
“Nak ajak parents awak pun it’s okay. Bukan orang lain pun. Sesama jiran. Tak salah kan.”
“Err...taklah juga.”

Adwa Afifa sedikit pelik. Dia seorang ke jiran yang rapat? Apa-apalah Ifa oii...terima ajelah. Mana tau ada can seperti yang kau doa dan angankan. Kot-kot ada jodoh di hari raya.

“Nanti saya bincang dengan my parents dulu, boleh?”
“Tak apa...esok saya tunggu jawapan Cik Adwa atau...ada phone?”
“Phone saya?”
“Yup, bak sini.”
“Ermm...” Dalam serba tak kena, Adwa Afifa hulurkan jua phone miliknya ke tangan Irsyad. Laju sahaja Irsyad mendail nombornya. Kemudian dia buat panggilan pada phone Adwa Afifa.

Deringan alunan ‘Mungkinkah Terjadi’ terbit dari phone milik Irsyad. Membulat mata Adwa Afifa mendengar bait lagu itu yang penuh makna.

“I got your number. Thanks.”
“Hah, yeah. Welcome.” Lambat-lambat Adwa Afifa masukkan phone dalam beg tangan. Macam ada yang tak kena sahaja.

Lelaki itu terus beredar sambil bersiul-siul lagu ‘Mungkinkah Terjadi’. Adwa Afifa mencebik.

Mana boleh bersiul time puasa. Hish...pelik betullah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2016 01:01 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 19-7-2016 08:35 PM

LIMA: Agenda Aku Atau Dia...?

Hai, nampak gaya aku ajelah yang pergi berbuka rumah dia. Umi dan ayah tak dapat join. Ada majlis tahlil pulak kat rumah jiran sebelah. Ajak Arfan, budak tu pun dah janji dengan kawan-kawan ajak berbuka kat luar.

Hmmm...macam mana ni, segan aku kat parents dia. Aduh...

Adwa Afifa terpacak di halaman luar rumah Irsyad. Di tangannya sedang menatang semangkuk lauk yang dimasaknya dari rumah. Takkan nak pergi tangan kosong. Kenalah ada buah tangan.

Sejam sebelum berbuka,

“Jangan risau Cik Adwa. Bukan saya sorang. Mama dan papa saya ada sama ni. Diorang pun nak kenal juga dengan Cik Adwa. Diorang kata pernah nampak dari jauh saja. Bolehlah berkenal-kenalan lebih rapat.”

“Tapi encik. Saya segan sangat. Saya sorang macam tak sesuai pula. Lain kali tak boleh ke? Bila ibubapa saya free ke?”

“Tak bolehlah macam tu Cik Adwa, saya dah bagitau mama dan papa saya ni yang saya ada tetamu. Datanglah, nanti-nanti...saya pulak datang rumah Cik Adwa.”

Heh? Apa kes dia nak bertandang rumah aku pulak?

Adwa Afifa melihat skrin phone miliknya yang tertera nama ‘Boss Coklat Moist’. Semakin Adwa Afifa tidak mengerti atau...adakah boss barunya itu ada hati dengannya?

Takkanlah. Kami kenal tak sampai sebulan pun. Nak kata kenal-mengenal...setakat urusan pejabat tak pula dia lebih-lebih. Nampak ada jurang majikan dengan pekerja. Tak faham, tak faham.

“Hello Cik Adwa. Are you there?”
“Hah? Ye saya...okey encik. Saya datang dalam pukul 7.”

Adwa Afifa menekan punat merah. Lalu dia mula bersiap dan mahu melihat lauk di dapur apa yang nak dibawa ke rumah Irsyad.

Dan kini...dia sudah pun menjadi penunggu depan perkarangan Rumah Irsyad.

Pin, Pin... Hampir terlepas mangkuk ditangan.

Gerangan yang meng-hon tadi menurunkan cermin kereta.

“Lahh... Cik Adwa. Kenapa tak masuk? Mama dan papa saya ada kat dalam. Saya ke bazar tadi beli kuih-muih sikit.”

Irsyad keluar dari perut kereta. Kemudian, dia membuka pintu kereta penumpang hadapan. Seorang anak kecil keluar dari situ.

“Man, bawa kakak cantik tu masuk tau. Babah nak bawa masuk kereta kat dalam, okey.”
“Okey.”

Anak kecil berusia empat tahun mendekati Adwa Afifa. Tangan kanan gadis itu dicapai. Manakala tangan kiri sedang memeluk kemas mangkuk berisi lauk.

“Jom kakak cantik.”

Huik? Kakak cantik? Aduh malunya...tapi aku suka.

Memerah muka Adwa Afifa saat ini. Elok sahaja Irsyad tersenyum melihat dirinya yang tersipu malu begitu.

Like father like son. Dua-dua nakal. Oh, macam mana nak handle mereka berdua ni? Tentu seronok hidup aku.

“Eh, Abang dah...”

Terhenti langkah Adwa Afifa, hampir bertembung dengan gadis ini yang tiba-tiba muncul di ruang tamu.

“Eh, siapa kau ni? Mana Abang Irsyad?”

Abang Irsyad? Siapa pula gadis ni? Tergedik semacam.

“Hilman, mana babah...tadi akak dengar kereta dia? Mana dia?”

Terkebil-kebil anak kecil itu disoal agak garang begitu.

“Ehermm...maafkan saya. Babah dia ada kat luar. Dan cik, tak boleh ke tanya baik-baik sikit. Budak kecil kot.”

“Yang awak ni siapa? Tak ada kena-mengena kot. Apa tujuan kau datang sini?”

Amboi bahasa. Tadi elok ber ‘awak’ lepas tu... Ber ‘kau’ pulak. Ingat aku ni apa...tetamu yang dijemput okey.

“Saya ni dijemput oleh tuan rumah ini untuk berbuka puasa kat sini...merangkap pekerja Encik Irsyad aka jiran tetangga. Salah ke?”

Selunak mungkin Adwa Afifa berbahasa. Rumah orang, takkan nak buat perangai. Elok umi dan ayah ajar dia beradab di rumah orang, lebih-lebih lagi sesama jiran.

“Betul tu Kiah, Cik Adwa ni tetamu abang. Abang yang jemput dia datang ke rumah.”

Kiah? Umm... Sedapnya nama...huhu...

Tersenyum simpul Adwa Afifa cuba untuk tidak ketara rasa lucunya. Ishh...tak baik ketawakan nama orang. Mentang-mentang nama dia cantik pemberian umi dan ayah. Nama penuh dia mungkin Rokiah atau Zakiah...kan ke cantik nama tu.

Kiah perasan riak muka Adwa Afifa yang menahan kelucuan. Sempat dia melihat atas bawah gadis itu. Huh, saingan aku.

Lihat sahaja penampilan Adwa Afifa yang muslimah tetapi nampak elegen, sedikit sebanyak menggugat dirinya yang tidak bertudung. Bulan puasa ni sahaja dia berbaju kurung. Kalau bulan-bulan lain, dia lebih suka berpakaian ranggi dan agak seksi.

“Abang ni, janganlah panggil nama tu. Panggillah Hanum.”

Kiah menempel cukup rapat di sisi Irsyad. Membuatkan lelaki itu naik rimas dan mula segan kepada Adwa Afifa dan anaknya Hilman yang melihat sahaja ulah mereka berdua.

“Baiklah Kiah Hanum. Kita ke dapur. Nak waktu berbuka ni.”

Irsyad cepat-cepat berkalih berada di sisi anaknya Hilman. Tangan kecil si anak ditarik lekas. Adwa Afifa juga terdorong menuruti langkah mereka dua beranak. Melihat mereka bertiga berjalan beriringan membuatkan hati Kiah Hanum bertambah bengkak dengan cemburu. Dah macam satu keluarga melihat mereka begitu.

Kiah Hanum berpeluk tubuh, geram.

Dah kenapa Abang Irsyad bawa perempuan ntah sapa-sapa kat rumah ni? Eee...sakit hati aku.

****************************

Adwa Afifa terasa dirinya dilayan bagai menantu atau isteri? Dia benar-benar keliru sekarang ini.

Ibu bapa Irsyad memuji-muji ayam masak lemak cili api hasil air tangannya. Malah, Irsyad juga tidak ketinggalan, bertambuh dua, tiga pinggan. Sedap sangat ke aku masak?

Bukan itu saja. Lauk yang dimasak Hajah Khalida, ibu Irsyad sendiri letakkan dalam pinggannya, suruh dia rasa. Oh, baiknya mak mertuaku...eh...ke situ pulak kau jauh berangan Ifa oii...

“Jangan malu-malu Cik Adwa, rasalah masakan mama saya. Special dia buatkan untuk awak.”
“Untuk saya? Allah, malu saya macam ni mak cik.”
“Nak malu apanya Adwa. Kami kenal umi dan ayah kamu lama dah. Mungkin Adwa tak kenal lagi anak kedua mak cik ni. Dulu dia belajar kat asrama...habis belajar terus masuk universiti kat UK.”

Anak kedua? Ada berapa adik beradik Encik Irsyad ni? Hmm...aku pun bukan kenal sangat. Jenis terperuk bilik aku ni. Jarang nak kenal mana-mana jiran kat perumahan ni. Umi dan ayah tau kot.

“Mak cik pun...” Adwa Afifa menyenduk lauk masakannya di letak tepi pinggan Puan Khalida.
“Tambahlah lagi. Encik Irsyad, pak cik dan...”

Serba salah Adwa Afifa nak mempelawa tetamu yang seorang lagi. Nampak benar gadis itu tidak menyenangi kehadirannya di kalangan keluarga ini.

“Hilman...suka tak ayam pedas aunty ni?”

Adwa Afifa mengambil jalan selamat. Baik dilayan anak kecil yang comel lagi petah ini. Handsome pula tu macam babah dia.  

“Sedap aunty masak.”
“Iya? Nanti aunty masak lagi sedap. Hilman suka makan apa?”
“Mmm...biskut Coklat Moist. Sedap sangat. Babah pun suka...sampai habis babah makan.”

“Huk, huk, huk...” Tersedak Irsyad dibuatnya. Lekas-lekas Hajah Khalida menuang air sunquick dalam gelas sambil membebel, lalu disua kepada Irsyad.

Berkerut Adwa Afifa melihat kerakusan Irsyad meneguk sunquick. Namun, dia mula tersenyum kecil.

Haaa...kan dah tertangkap. Rupanya, dialah tukang melantak biskut-biskut tu. Ceh, tak nak mengaku. Kalah budak kecik.

“Makan tu lain kali perlahan-lahan. Taulah Adwa masak sedap. Gelojoh sangat tu kenapa?”

Hajah Khalida tidak menyedari punca anaknya tersedak bagai.

Bukan gelojoh tapi...dah terkantoi dengan Cik Adwa kita ni mama. Malu Irsyad lepas ni nak order kuih kat dia.

Kiah Hanum sedari tadi melihat babak keluarga bahagia di hadapan mata makin menjeling-jeling meluat. Kedatangannya seakan tidak wujud. Tak pernah dia dilayan mesra seperti gadis itu. Sedangkan dia lebih lama kenal keluarga Irsyad. Ye ke lama? Dia kenal keluarga Irsyad pun melalui Irsyad juga. Sama-sama belajar di UK. Tetapi waktu itu Irsyad di tahun akhir, dia di tahun kedua semester.

Selepas dia tamat pengajian, dia terus menjejaki lelaki ini. Lama juga dia mencari lelaki ini...sehinggalah mereka bertemu di HKL. Itupun secara kebetulan, dia melawat rakannya yang kemalangan.

“Haa...Kiah, kenapa tak luak pun nasi tu? Makanlah, nanti boleh kita sama-sama terawih kat masjid.”

Haji Ihsan menegur seorang lagi tetamu anaknya ini. Sedikit sebanyak, hati tuanya tertanya-tanya. Siapa gadis ini dalam hidup Irsyad? Tapi...kenapa Irsyad pelawa anak gadis Rahman ni berbuka di sini?

Kiah Hanum tersenyum pahit. Nasi yang dimakan tak tertelan. Dia benar-benar makan hati melihatkan Irsyad lebih mesra melayan perempuan itu daripada dirinya. Ikutkan sebelum ini pun, Irsyad layan dia acuh tak acuh juga.

Disebabkan cinta, dia sanggup tebalkan muka mendekati dan menempel di sisi lelaki itu. Walaupun dirinya tidak diendahkan, dia tak kisah. Lama-lama nanti, lelaki itu akan terimanya juga.

Namun tika ini, dia rasa goyah. Gadis di depannya ini boleh tahan juga. Yang paling dia rasa sakit hati, gadis ini pandai mengambil hati seluruh keluarga Irsyad. Dengan Hilman pun dia kurang mesra. Tetapi gadis itu, seakan tak kisah antara Hilman dan Irsyad.

Perlu ke dia bersaing mengambil hati Hilman demi Irsyad?

****************************

“Terima kasih encik sebab sudi jemput saya berbuka sama.”
“Lain kali datanglah lagi.”
“Yang itu, saya kena pastikan umi dan ayah datang sekali. Segan saya datang seorang macam ni. Ini pun sebab dah janji dengan encik.”
“Alah Cik Adwa, awak datang sorang pun apa salahnya. Rumah saya ni terbuka buat awak. Hilman pun macam...suka kat awak. Pandai awak layan dia.”
“Hilman budak baik encik. Tak susah layan dia. Lagipun...dia tak banyak karenah. Pandai encik asuh dia.”

Tertunduk malu Adwa Afifa menyatakannya.

“Kalau seseorang itu...sudi jadi ibu Hilman. Saya bersyukur sangat.”

Berderau darah Adwa Afifa apabila dibisikkan kata penuh makna itu di telinga.

“Sa...saya...balik dulu encik. Kirim salam dan terima kasih saya kat mama dan papa encik. Oh ya..Hilman juga. Assalamualaikum.”

Cepat-cepat Adwa Afifa melangkah pergi. Dah berapa tebal kulit mukanya saat ini. Tak tau nak letak mana dah.

Irsyad tersenyum-senyum melihat langkah makin jauh Adwa Afifa. Namun, di sebalik pintu... Kiah Hanum melihat cerekarama sebabak yang menyakitkan mata dan hatinya kala ini. Sebal sungguh dirasakan.

Paling dia tidak sangka. Apa tujuan Irsyad menjemput perempuan ntah sapa-sapa itu berbuka sama. Nak tunjuk kat dia ke yang lelaki itu sudah ada pilihan hati sendiri. Tak mungkin. Dia takkan sekali mengaku kalah. Irsyad miliknya dan akan jadi bakal suaminya suatu hari nanti. Dia yakin dan pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:28 AM | Show all posts
sellie003 replied at 16-7-2016 01:01 PM
LIMA: Agenda Aku Atau Dia...?

Hai, nampak gaya aku ajelah yang pergi berbuka rumah dia. Umi dan a ...

nice... tak sabar nak tau kisah seterusnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 10:02 AM | Show all posts
wah..adakah misi itu ....nak nikah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 10:33 AM | Show all posts
sellie003 replied at 16-7-2016 01:01 PM
LIMA: Agenda Aku Atau Dia...?

Hai, nampak gaya aku ajelah yang pergi berbuka rumah dia. Umi dan a ...

nama anak Nay yang no 3

Adwa Kaisara
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 10:39 AM | Show all posts
walau pun ku tak berapa bkenan cite pompuan tgedik2 ni tp ku nak next juga lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 10:00 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 18-7-2016 07:28 AM
nice... tak sabar nak tau kisah seterusnya...

sorry, lambat reply...sabar ye...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 10:01 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-7-2016 10:02 AM
wah..adakah misi itu ....nak nikah?

...adakah? adakah....?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 10:09 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 18-7-2016 10:33 AM
nama anak Nay yang no 3

Adwa Kaisara

wah...indah nama tuh...Afifa pula maksudnya jujur, tulus... kira Cahaya Tulus or Cahaya Jujur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 10:10 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 19-7-2016 10:39 AM
walau pun ku tak berapa bkenan cite pompuan tgedik2 ni tp ku nak next juga lah

Thanks sudi baca walaupn meluat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2016 10:13 PM | Show all posts
ENAM: Rahsia Hati Dia.

Adwa Afifa benar-benar bingung. Bingung memikirkan si dia ini. Apa taknya, semakin kerap dan galak pula lelaki itu mengajaknya berbuka di rumah beliau. Dalam pada itu, gadis yang bernama Kiah, pasti akan menempel.

Apa tujuan lelaki itu? Dan apa tujuan gadis itu sering berada di rumah lelaki itu? Dia sendiri, apa tujuan menerima pelawaan lelaki itu pula?

Haish Ifa...sendiri cari penyakit. Dah rasa terjebak dengan cinta tiga segi pula.

Adwa Afifa termenung sendirian.

***************

Selesai sahaja berterawih dan berwitir, tanpa menunggu lama, Adwa Afifa meninggalkan perkarangan masjid. Terlihat kelibat si dia, mana mungkin Adwa Afifa mampu berhadapan dengan lelaki itu saat ini.

Imbas kejadian siang tadi,

“Kau kena sedar ya. Aku kenal dia dulu berbanding kau. Kalau setakat kerani cabuk macam kau ni...takat manalah kelulusan kau berbanding kami. Kami sama-sama belajar di UK. So, kalau rasa tak boleh berdiri sama tinggi tu...faham-faham sendirilah ya. Tak naklah kau kata aku mulut jahat pula.”

Hei, secabuk-cabuk aku pun...ada degree okey. Cuma rezeki tak berpihak pada aku. Apa pun, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, aku ada kerjaya tanpa perlu susahkan umi dan ayah nak tanggung aku.

Diam tak diam, aku ada kereta sendiri. Senang untuk aku nak ke mana-mana. Rumah pun ada. Aku beli kat kampung siap renovate jadi 4 bilik lagi, dapat pula corner lot. Itu pun sebab umi dan ayah kerap balik kampung. Senang bila ada rumah sendiri. Taklah berhimpit dengan saudara-mara bila semuanya pakat balik berkampung di rumah nenek dengan atuk.

Rumah itu pun perancangan aku masa hadapan jika dah pencen nanti. Umi dan ayah pun boleh duduk selesa kat rumah tu. Ingat apa?

Adwa Afifa hanya bermonolog dalam hati. Malaslah nak cerita hal dia kat perempuan ni.

Macamlah aku ni hadap sangat kat Encik Irsyad. Kalau rasa lelaki itu kau punya, ajaklah kahwin. Yang cari aku siapa suruh.

“Diam pun kau kan? Itu tandanya kau sedar diri.”

Adwa Afifa tertawa kecil membuatkan Kiah Hanum bengang. Sangkakan gadis itu termakan kata-kata sindirannya itu.

“Orang selalu kata, diam tanda setuju. Tapi, fakta macam tu dah lapuk sangat dah. Diam bukan maksud mengalah tetapi lebih pada diam tanda tidak mahu cari masalah. Begini sajalah ya Cik Kiah...kalau dah rasa cinta dan sayang kat seseorang...apa yang perlu Cik Kiah buat ialah ambil hati dia. Tengokkan apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Kadang-kadang itulah kelebihan dan kelemahan dia. Selami dan fahamkan perasaan dia. Jangan jadikan sikap cemburu Cik memakan diri sendiri.

Lagipun, Encik Irsyad belum lagi jadi suami kepada sesiapa kan. Tak salah jugakan kalau saya expose diri saya untuk dia menilai sendiri. Layak ke tak diri ini, sama-sama level menjalani sehidup semati dengannya. Okeylah, saya gerak dulu. See ya.”

Ingat dia diam dia kalah. Sorry ya, dia cuma tunggu point nak bercakap.


Kini,

“Cik Adwa, Cik Adwa...”

Mendengar akan suara itu sesegera mungkin Adwa Afifa melajukan langkah. Dia tidak mahu bersemuka dengan lelaki itu bukan sebab Kiah Hanum, tetapi lebih kepada taktik. Taktik uji hati dia. Kelas kan.

Tak perlu nak gedik sangat. Buat-buat jual mahal. Main tarik tali. Sambil-sambil tu, hehe... Hilman adalah satu-satunya kelemahan dan kelebihan buat lelaki itu. Perancangan musti padu beb. Bukan takat redah macam tu saja.

“Cik Adwa...” Tersenyum lebar lelaki itu apabila berjaya mendapatkan Adwa Afifa. Tergedik suka seketika hati Adwa Afifa. Senyuman si dia yang satu itu, tidak pernah terukir buat Kiah Hanum, minah perasan gedik itu...hahahha...

Adwa Afifa mula buat-buat tergamam.

“Ada apa encik? Saya nak cepat ni.”
“Err...tak boleh tunggu kejap ke?”

Adwa Afifa melihat jam ditangan konon-konon ada hal, pada hal tak ada apa-apa agenda pun. Cuma balik rumah karang, terus tidur. Ahaks.

“Okey, saya boleh tunggu. Ada apa ya Encik Irsyad?”

Irsyad mengaru-garu kepala seperti orang keresahan. Naik cuak pula Adwa Afifa. Mustahak sangat ke dia nak jumpa aku ni?

“Err...awak ada hal ke Cik Adwa? Kalau ada hal, tak apalah.”

Eh, pulak. Tadi macam penting benar lagaknya.

“Tak mengapa Encik Irsyad. Hal saya tu besok-besok boleh settle. Kot-kotlah hal Encik Irsyad lagi mustahak.”
“Betul ke?”
“Haa...betullah. Apa yang tak betulnya?”
“Yes, teman saya belikan baju raya Hilman.”
“Hah? Encik biar betul. Lagi dua hari nak raya baru nak beli baju Hilman?”
“Tu pasallah. Hilman pun dah merengek-rengek nak baju raya, kasut raya. Saya ni terlampau sibuk, sampai tak sempat beli apa-apa. Diri sendiri pun tak beli apa lagi ni.”
“Dahlah encik. Cakap banyak pun tak ada hasil. Jomlah saya teman encik.”
“Tak apa ke ni? Tak menyusahkan ke? Yelah, dah malam-malam macam ni...”
“Tak jadi hallah. Malam-malam shopping yang best, taklah bersesak dan berpanas bagai. Kita pergi uptown saja encik. Bawa Hilman sekali.”
“Kena bawa dia ke? Kan dah malam ni.”
“Encik Irsyad, encik tau ke saiz baju dan kasut dia?”

Irsyad tersengih sambil menggeleng.

“Dahtu, buat apa fikir lagi? Encik datang ambil saya kat rumah okey.”

Tanpa berlengah, Adwa Afifa beredar diikuti Irsyad pulang ke rumah masing-masing terlebih dahulu untuk bersiap.

****************
Uptown, here we come.

Hilman bukan main seronok berjalan sambil ditemani babah dan ibu...amboi-amboi statment...mintak-mintak kabullah di Bulan Ramadhan Yang Sangat Dimuliakan Ini. Aminn...

Adwa Afifa sempat lagi tu bermain-main kata dalam hati. Mana taknya, dah terasa macam satu keluarga bahagia membeli-belah bersama gayanya.
Adwa Afifa sempat mereling akan diri Irsyad. Kacaknyalah Encik Irsyad malam ini. T-shirt berkolar dipadankan dengan denim biru gelap. Santai tetapi, aura bergaya mampu membuatkan minah-minah yang lalu-lalang menoleh ke arahnya. Namun, dia pun tak kalah dengan gayanya. Ada jugalah mamat-mamat lalu-lalang terpegun dan terpaku melihatnya.

Sekali-sekala, Encik Irsyad seperti merapatkan diri ke sisinya. Cemburu ke? Caranya semacam beri amaran. Gadis ini isteri saya? Atau tunang? Kekasih? Tetapi, bila melihatkan Hilman bersama mereka dan ditambah kemesraan antara mereka. Dah boleh nampak kan apa yang ada difikiran mereka jika tidak kenal mereka? Huhu...so sweet korang.

“Sayang, tudung ni cantik.”

Hah? Adwa Afifa terpegun saat Irsyad menyarung tudung di kepala. Namun, bukan itu saja. Panggilan sayang itu yang buatkan degupan jantung Adwa Afifa semakin tidak tentu hala.

“Sayang, awak okey tak ni. Merah sangat muka tu kenapa?”

Oh Encik Irsyad, awak tak tau ke muka saya jadi begini sebab encik? Dahlah saya ni putih melepak. Bukan memuji diri sendiri...hakikatnya itulah....huuu...

Dalam kalut, Adwa Afifa mencapai baju melayu yang kebetulan serona warna tudung yang dipakaikan Irsyad tadi.

“Errr...baju melayu...baju melayu ni sesuai untuk abang...”

Opp...abangg...? Waaa...Ifa...kenapa dengan kau ni. Mentang-mentang dia panggil kau sayang. Yang kau panggil dia abang tu kenapa?

“Ehem, bila kita boleh jadi macam ni?”

Hangat telinga Adwa Afifa mendengar suara garau mendayu lelaki itu menyatakan begitu.

Tiada kata yang terluah. Sebaliknya...degupan jantung semakin berdendang rancak. Lemah rasanya kepala lutut. Nak demam pun ada ni.

“Babah, ibu...nak kasut ni.”

A...apa? I...ibu...? Adwa Afifa Zafwan...aku sedang bermimpi ke...? Aku...betul-betul bermimpi ke ni?

Adwa Afifa menghentak-hentakkan kakinya. Eh, aku masih berpijak dibumi nyata.

“Sayang, kenapa hentak-hentak kaki tu? Nak menari tango ke?”

Irsyad dan Hilman sama-sama mentertawakannya. Apa yang lucu entah. Tak lucu okey. Aku tengah test diri sendiri kot-kot mereng ke aku sekarang ni.

************************

“Terima kasih Cik Adwa sebab sudi teman kan kami.”
“Tak ada apalah encik. Kan kita ni sesama jiran. Haruslah kan...”
“Itulah, tapi sekarang ni...saya rasa macam...”

Irsyad berjeda sejenak membuatkan Adwa Afifa mula rasa tak senang.

Macam? Macam apanya?

“Boleh tak kalau tak panggil saya pangkal ‘encik’ tu? Macam dalam office walaupun kita ni berjiran. Tak gitu?”

Lah, kalau tak panggil ‘encik’ nak panggil apa pula?

“Tapi encik...”
“Hah, hah, hah...kan saya kata tadi, buang pangkal ‘encik’ tu. Nak lebih mesra, panggil saja Irsyad...atau, nak panggil Abang Irsyad pun tak ada masalah kat saya. Saya suka.”

Haaa...err..malulah...lainlah kalau dia suami...

“Oh ya, hari dah larut ni. Esok saya pagi-pagi nak berkemas...balik kampung. Kita jumpa seminggu lepas tu. Assalamualaikum dan Selamat Malam. Err...kirim salam peluk, cium saya kat Hilman ya.”

“Eh, untuk saya tak ada ke...peluk? Cium?...”
“Hahahah...(Gelak tak lawas), encik memang pandai bergurau. Bye.”

Cepat sahaja Adwa Afifa keluar dari perut kereta. Sempat juga dia melambai kepada Irsyad dan tubuh kecil yang sedang enak tidur di tempat duduk belakang.

Irsyad tergelak-gelak melihatkan tingkah Adwa Afifa. Makin tertarik dia dengan perlakuan spontan gadis itu. Kemudian, tawanya terhenti. Dia memusingkan tubuhnya melihat wajah polos Hilman yang lena.

“Man, akhirnya...babah dah temui apa yang babah cari selama ini.”

Irsyad mengusap sayang rambut Hilman yang hitam pekat itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2016 10:30 PM | Show all posts
TUJUH: Di Sebalik Misi Adwa Afifa

1 Syawal...

Takbir raya, memuja-memuji Pada Yang Esa. Berkumandang di corong pembesar suara surau di kampung nan permai. Menitis pilu airmata Adwa Afifa mendengarnya. Dia bersama keluarga tersayang, sama-sama bersolat raya berjemaah seperti tahun-tahun sudah.

Rasa syukur Adwa Afifa kerana mereka masih sama-sama menyambut Ramadhan sehingga Syawal pada tahun ini. Walaupun berlaku pergolakan negara-negara Islam di luar sana yang cukup hebat namun, umat Islam di Malaysia masih lagi berada dalam keadaan aman dan harmoni. Moga-moga keharmonian ini berkekalan sehingga tibanya hari penghabisan. Itulah doa yang selalu Adwa Afifa titipkan tiap-tiap solat.

Dalam diam, sepanjang bulan Ramadhan itu dia banyak mengamalkan sedekah dan juga wakaf. Hasil tempahan kuih-muih banyak disalurkan ke arah usaha murni itu. Itulah misi utama Adwa Afifa.

Dia bersama keluarga sudah lama merancang mahu menjalankan misi murni itu. Semenjak dia mula sedar betapa umat Islam di sekeliling makin tertekan akibat kezaliman dan penindasan.

Gara-gara tidak tahan melihat penindasan demi penindasan saudara-saudara seagama, dia mula berpakat dengan ibubapanya, Encik Rahman dan Puan Fatma  serta adik lelakinya, Arfan. Arfan antara penyumbang utama kerana giat menjalankan misi kemanusian di falkuti tempatnya belajar. Dia seramai 100 anggota, terbahagi kepada 10 kumpulan kerahan tenaga muda.

Antaranya kumpulan yang membuat jualan, pungutan derma, wakaf Al-Quran dan peralatan solat. Mengumpul buku-buku ilmiah untuk warga remaja yang tidak berkemampuan, membersihkan surau dan masjid. Serta banyak lagi aktiviti kumpulan demi mempromosikan misi kemanusian mereka dengan membantu insan-insan yang tidak bernasib baik dengan berkunjung ke rumah anak-anak yatim, insan kurang upaya dan warga emas.

Tidak ketinggalan, misi mereka juga membantu saudara-saudara Islam dalam pelarian di tanah arab dan seluruh umat Islam di Asia yang sedang bergolak.

Usaha di kala Ramadhan begitu menakjubkan. Rata-rata rakyat Malaysia masih berjiwa murni dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan. Kelebihan Adwa Afifa pulang bekerja seawal jam 4.00 petang, membolehkan Adwa Afifa memantau dan sama-sama turun padang membantu.

Dan yang paling dia tidak percaya, Encik Irsyad pun turut melibatkan diri atas usaha itu. Puas jugalah Adwa Afifa sembunyikan diri. Namun, kalau dah nama kerjasama, lambat laun akan ketahuan jua.

*********************

Di tepian pantai, sempoi-sempoi angin berbahasa...

“Alhamdulillah kak. Misi Raya Semua Rasa Gembira dah pun berjaya.”

Berkerut Adwa Afifa mendengar ‘title’ misi si Arfan ni. Ada-ada saja. Tak lama, Adwa Afifa mula ketawa riang.

“Apalah Kak Ifa ni. Okey apa tema misi kita tu. Walaupun mereka menyambut raya serba kekurangan, tetapi...misi kita tu mampu ubatkan hati mereka. Mereka yang terima bantuan kita, semua doakan kita kak.”

“Ye, ye...akak taulah. Nak ketawa pun tak boleh. Tapi tulah, doa mereka lebih besar berbanding usaha kita yang tak seberapa tu.”

“Kak, janganlah cakap macam tu. Yang tak seberapalah tulah mereka rasa syukur sangat.”

“Kamulah yang paling berjasa Arfan. Syabas.” Adwa Afifa tepuk mesra bahu Arfan.

“Ish, apa pulak. Usaha kita semua. Termasuk...pujaan hati akak tulah. Dia pun banyak sumbangkan wang dan tenaga. Akak patut bangga tau.”

“Eh, eh...akak bukan isteri dia okey. Tak ada makna nak bangga sangat. Akak ni bla...bla...bla...”

Terasa bahu Arfan dicuit orang. Dia berpaling dan...yang mencuit meletak jari telunjuk ke bibir. Arfan faham isyarat itu dan perlahan-lahan berundur tanpa disedari Adwa Afifa yang tak habis lagi bebelannya.

“Kamu dengar tak ni Arfan...akak...eh...?”
Adwa Afifa menoleh mencari-cari susuk Arfan. Asal kena bebel hilangkan diri.

“Oh...” Adwa Afifa terkaku. Terasa tubuhnya didakap erat dari belakang. Wajah Adwa Afifa mulai pucat lesi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:11 AM | Show all posts
sellie003 replied at 19-7-2016 10:09 PM
wah...indah nama tuh...Afifa pula maksudnya jujur, tulus... kira Cahaya Tulus or Cahaya Jujur...

terima kasih..


mula2 terfikir nama Kaisara saja
tapi lepas tu my sis tambah Adwa
maksud dia Cahaya Permaisuri
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 01:46 PM | Show all posts
sellie003 replied at 19-7-2016 10:30 PM
TUJUH: Di Sebalik Misi Adwa Afifa

1 Syawal...

nice... saya suka... sambung lg ya TT...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 12:43 PM | Show all posts
Cik Sellie...
sila sambung b4 tkh xpired!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087420 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list