View: 19713|Reply: 203
|
[Jenayah]
Suami Hanat Bogelkan Isteri Depan Rumah.Fefeeling Hellboy Kah?
[Copy link]
|
|
SEMASA
Isteri berhadapan detik mengerikan dibogel suami baran
ADILA SHARINNI WAHID13 Julai 2016
Isteri berhadapan detik mengerikan dibogel suami baran
KOTA BHARU – Azab buat seorang wanita bersuamikan lelaki baran apabila terpaksa menanggung malu selepas dibogelkan di hadapan rumah hingga menjadi tatapan jiran tetangga dalam kejadian di Ketereh, di sini.
Terbaru, mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mengalami lebam pada paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi kerana dipukul suami yang berusia 50 tahun itu pada jam 5.30 petang, 24 Jun lalu.
Ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu berkata, kejadian dia dibogelkan itu berlaku pada awal Jun lalu.
Katanya, ketika itu, dia baru selesai mandi dan suaminya tiba-tiba berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang.
“Ketika itu saya bergantung (memeluk) pada kakinya, menyembahnya, merayu, namun dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan memalukan begitu. Saya dibiarkan begitu kira-kira 15 minit,” katanya.
Menurutnya, ada jiran tetangga dan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah melihat diri serta maruahnya ‘dihina’ sedemikian. Terdapat juga jiran yang melihat kejadian itu dari dalam rumah, namun mereka takut untuk membantu.
Katanya, sebelum ini dia kerap kali dipukul suami sejak mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu sehingga berasakan bingung serta trauma dengan penyeksaan itu.
“Terbaru, saya dipukul teruk sekali hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja. Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis bimbang perkara lebih buruk berlaku,” katanya.
Katanya, suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah serta menyayangi anaknya, cuma panas baran lelaki itu bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.
“Saya sedar diri hanya seorang suri rumah, tidak berpelajaran, tidak berharta, orang susah selain hidup sebatang kara, namun, tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.
“Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, kemudian suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hinggakan saat ini saya berasa trauma dengan kejadian yang menimpa diri,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
http://www.sinarharian.com.my/mo ... uami-baran-1.540987
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-7-2016 12:59 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Hellboy x pukul pompuan tau dek |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian berlaku di serambi Mekah di mana disebut2 ahli2 syurga yg mendiaminya... sibuk suruh org tino bertudung, laki gampang perangai lagi huduh dari babi masih lagi berkeliaran. |
|
|
|
|
|
|
|
apa ke babi sangat perangai laki dia
kawen 4 taun, selalu kena pukul baru skang reti nak report tu pon lepas dapat malu camni..kalau tak kena bogel tu tak buat report lagi gamak nya..duk bertahan lagi kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 13-7-2016 09:27 AM
Jenis community apa that lady tinggal sehinnga tiada yang membantu ? Unless semua perempuan tinggal di kawasan beliau dan what kind of women biar di dera oleh suami. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki bila gagah dari wanita ini lah jadinya. Jadi kaki balun. Dasar laki tak guna. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki belah sana mmg ramai tak berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
ai heran 10-20 orang wanita x mampu pukul 1 org suami jahat
sepatutnya kena ada pasukan gengster wanita 100 orang berjemaah utk pukul suami jahat |
|
|
|
|
|
|
|
menjadi tatapan jiran tetangga is gross |
|
|
|
|
|
|
|
SERAMBI MOKAH............................APA NAK HERAN. |
|
|
|
|
|
|
|
... dia nak jadikan bininya salah sirang calon 72 bidadari surga tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiiiii mak bida apa pun aku tabekk ko sbb selepas sepolohhh tahun baru ko berani ambik keputusan utk menceraikan ex laki ko yg bewakk hidopp tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasi potong je tonet suami tu. Kawin dua konon!
|
|
|
|
|
|
|
|
Suami lima puluh,isteri tiga puluh satu,kahwin satu lagi.wow!..laki lobaikah: |
|
|
|
|
|
|
|
Babi jugak dipersalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
bidacool replied at 14-7-2016 01:03 AM
Kejadian berlaku di serambi Mekah di mana disebut2 ahli2 syurga yg mendiaminya... sibuk suruh org ti ...
@peynoLegend kentol kontot kata orang situ islam syumul
klu lelaki JDT jentik bini habis di carut 7keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
sabar kak.. nk masok syurga bukan senang. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 14-7-2016 02:14 AM
ai heran 10-20 orang wanita x mampu pukul 1 org suami jahat
sepatutnya kena ada pasukan gengster wa ...
mne bleh isteri pukol suami.harommmmm! dosa besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Baca artikel ni ..
terasa seperti sesuatu ja tak betul
kalau betul.. baik tinggalkan sahaja lelaki yang tak guna macam tu
Katanya, ketika itu, dia baru selesai mandi dan suaminya tiba-tiba berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang. rasa pelik ..
serangan berlaku secara tiba-tiba
|
|
|
|
|
|
|
| |
|