CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4767|Reply: 92

[Dunia] Ada 28 Juta Warga Miskin Indonesia, Paling Banyak di Jawa

 Close [Copy link]
Post time 18-7-2016 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Ada 28 Juta Warga Miskin Indonesia, Paling Banyak di Jawa
Maikel Jefriando - detikfinance

Senin, 18/07/2016 12:10 WIB


Foto: Rengga Sancaya

Jakarta -Badan Pusat Statistik (BPS) mengumumkan angka kemiskinan pada Maret 2015 sebesar 10,86% atau 28,01 juta orang. Jumlah paling banyak ada di pulau Jawa.

Jumlah orang miskin di Jawa adalah 14,97 juta orang, yang terbagi atas wilayah perkotaan 6,90 juta orang dan perdesaan 8,07 juta orang.

"Secara jumlah, paling besar kemiskinan ada di Jawa dengan 14,97 juta orang," ungkap Kepala BPS Suryamin dalam konferensi pers, Senin (18/7/2016).

Sumatera tercatat sebesar 6,28 juta orang meliputi perkotaan 2,06 juta orang dan perdesaan 4,22 juta orang.

Bali dan Nusa Tenggara sebesar 2,14 juta orang meliputi 0,60 juta orang di perkotaan dan 1,54 juta orang di perdesaan.

Kalimantan sebesar 0,97 juta orang yang terdiri atas 0,28 juta orang di perkotaan dan 0,69 di perdesaan.

Sulawesi memiliki orang miskin sebanyak 2,11 juta orang, meliputi 0,38 juta orang di perkotaan dan 1,73 juta orang di perdesaan.

Maluku dan Papua, terdapat orang miskin sebanyak 1,54 juta orang, terdiri atas perkotaan sebanyak 0,12 juta orang dan perdesaan 1,42 juta orang.
(mkl/ang)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 04:56 PM | Show all posts
cash la untuk indon
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 04:58 PM | Show all posts
@kecimpret

nasib leluhur berhijrah ratusan tahun dulu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:02 PM | Show all posts
"28 juta itu hanya 10% daripada 280 juta populasi Indonesia, masih kecil"

Yg benar

Hailon
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Peterpan17 at 18-7-2016 05:17 PM

Statistik ni mgkn valid pd Pulau Jawa saja. Mcm mana dgn penduduk di Sumatera, Maluku, Sulawesi, Kalimantan, Flores? Punyalah miskin smp letrik & air pun takde. Jln pun tanah merah punya jln. Yg lbh sesuai tajuk ni, 28 juta yg kaya. Sekebihnya rakyat miskin
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
1juta dah menyemak kt sini....klu tak ada 29juta....

Tu pun tak sedar diri...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2016 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 18-7-2016 05:18 PM
1juta dah menyemak kt sini....klu tak ada 29juta....

Tu pun tak sedar diri...

Lb dr 1 juta menyemak kat sini. Ada censor terbaru.  Cuba chk thread yg lepas lepas. Aku suspek 2-3 juta yg menyemak kat sini. Itu blm kira berjuta lg kat Arab Saudi, Taiwan & HongKong
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 18-7-2016 05:22 PM
Lb dr 1 juta menyemak kat sini. Ada censor terbaru.  Cuba chk thread yg lepas lepas. Aku suspek 2- ...

Sini diorang ada lebih sejuta kan. Beranak pinak kat sino dong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nenasketum replied at 18-7-2016 05:53 PM
Sini diorang ada lebih sejuta kan. Beranak pinak kat sino dong

Derang ni mcm tikus mondok beranak by2 tp hasil nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:03 PM | Show all posts
Awas!! Kemiskinan ini semua akan hilang sebaik sahaja LRT 6km dan Disneyland Bogor siap dibina!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:33 PM | Show all posts
KADAR KEMISKINAN ORANG ASLI JAUH LEBIH TINGGI DARI ANGKA PBB'

Laporan berkaitan kadar kemiskinan melibatkan Orang Asli yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah jauh lebih rendah dari jumlah terkini.
Penyelars Kampung Orang Asli Pahang Shafie Deris berkata kadar kemiskinan tersebut bukanlah 34 peratus isi rumah Orang Asli, sebaliknya ia mencecah 70 peratus.
“Bagi saya laporan yang PBB keluarkan, jumlahnya lebih rendah, sebenarnya jumlah peratus kemiskinan lebih tinggi mengikut kadar yang sebenarnya.
"Saya ingat dalam 70 peratus kemiskinan di kalangan Orang Asli,” katanya yang merujuk kajian dari Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Sebelum ini, laporan PBB menyebut, walaupun kadar kemiskinan turun secara menyeluruh di Malaysia, kaum tertentu adalah amat ketara dalam statistik kemiskinan.
Data dalam laporan itu menunjukkan sebanyak 34 peratus isi rumah Orang Asli adalah miskin.
Pada 2010, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kerajaan telah meluluskan Dasar Pembangunan dan Pemberimilikan Tanah Kepada Orang Asli (DPPTOA).
Di bawah dasar tersebut, hanya seluas 4,000 kaki persegi tapak rumah, dua ekar hingga enam ekar tanah ladang yang diberi kepada Orang Asli mengikut kemampuan negeri, manakala lebihan tanah tidak boleh dituntut di mahkamah.
Mengulas lanjut, Shafie berkata, kerajaan hendaklah mempertimbangkan gesaan pihak yang memperjuangkan hak-hak Orang Asli, terutamanya berkaitan inkuiri hak tanah Orang Asli.
Menurutnya tindakan kerajaan mengecilkan jumlah pemberian tanah kurang daripada enam ekar kepada mereka, hanya akan memiskinkan Orang Asli berikutan setiap keluarga masyarakat itu memiliki sekurang-kurangnya sepuluh ekar tanah.
“Kita sedang berusaha berbincang dengan kerajaan yang ingin mengisytiharkan tanah Orang Asli, sebab apabila kerajaan beri dua, tiga ekar dan paling banyak adalah enam ekar, ia dilihat hanya memiskinkan Orang Asli.
“Orang Asli banyak tanah dan paling sedikit yang mereka ada adalah sepuluh ekar, jadi apabila jumlahnya dikecilkan, mereka akan jadi lebih miskin.
“Kalau kerajaan meneruskan dasar pemilikan tanah ini, maksudnya lebih ramai lagi Orang Asli yang miskin dan yang kaya akan miskin kerana dulu Orang Asli memiliki tanah paling sedikit sepuluh ekar,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 06:34 PM | Show all posts
http://www.mtuc.org.my/MS/bm-kad ... benar-kata-laporan/

Kadar kemiskinan Malaysia tidak tunjuk realiti sebenar, kata laporan

Adakah kadar kemiskinan benar-benar menurun di Malaysia? Ia bergantung kepada kaedah sebenar pengiraan itu dilakukan, dan, Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 menunjukkan kaedah yang digunakan kerajaan untuk bergantung kepada data kemiskinan tidak menunjukkan realiti sebenarnya.

Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar minimum tetap, kata laporan yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Laporan itu berkata, menggunakan kemiskinan relatif – di mana kadar pendapatan separuh daripada median pendapatan kebangsaan dan termasuklah pendapatan isi rumah yang lain – jumlah rakyat Malaysia dalam kategori ini meningkat sejak 2007, dengan satu daripada lima isi rumah dianggap miskin, kata laporan itu.

Miskin tegar, dalam erti kata lainnya diukur berdasarkan pengisytiharan garisan kemiskinan antara kadar tetap kerajaan RM762 bagi semenanjung, RM912 bagi Sarawak, dan RM1,048 bagi Sabah.

Sebaliknya, kadar garisan kemiskinan pada 2012 adalah pada RM1,813, atau separuh daripada pendapatan median daripada RM3,626.

Pada 2007, 17.4% rakyat Malaysia berada pada paras miskin, dan ianya meningkat kepada 19.3% pada 2009 dan 20% pada 2012, kata laporan oleh penyelidik Malaysia yang dikeluarkan minggu lalu.

Angka itu meningkat sedangkan kerajaan sering berkata mereka berjaya membasmi kadar miskin tegar kepada 1.7% pada 2012 berbanding 49.3% pada 1970.

Ketika Putrajaya menggunakan trend penurunan kadar miskin tegar sebagai bukti polisi ekonomi memanfaatkan rakyat, laporan itu berkata, kadar mudah miskin “adalah pendekatan terbaik untuk inklusif.”

“Miskin tegar menurun tetapi mudah miskin berkembang dan menjadi kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata laporan UNDP dalam kenyataannya pada Selasa lepas.

“Mudah miskin, yang mengukur jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada garisan median, adalah langkah terbaik untuk menangani inklusif berbanding miskin tegar, yang diukur menggunakan jumlah pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan.

“Jika kemiskinan diukur menggunakan kadar mudah miskin (kurang daripada separuh median pendapatan) seperti dicadangkan Model Ekonomi Baru (NEP), 20% isi rumah rakyat Malaysia dianggap miskin,” kata laporan itu.

Ini bukan kali pertama kadar garisan kemiskinan dicadangkan oleh penyelidik Malaysia. Penyelidik kemiskinan, Jayanath Appadurai yang menjalankan penyelidikan untuk Centre for Policy Initiatives, berkata kepada The Malaysian Insider pada 2010, garis kemiskinan pada kadar RM1,886 adalah lebih tepat.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menaikkan kadar kemiskinan di negeri itu kepada RM1,500 ekoran peningkatan kos sara hidup.

Pengumuman di buat ketika pengumuman Bajet 2015 negeri itu, akan menyaksikan 30% rakyat Selangor diklasifikasikan sebagai miskin.

Lebih banyak gambaran kemiskinan

Laporan Pembangunan Kemanusiaan Malaysia 2013 mensasarkan situasi semasa negara untuk pembaharuan polisi bagi memastikan perkembangan yang inklusif.
Ia menunjukkan antara kumpulan etnik, mudah miskin turut meningkat sejak 1989, dengan kaum Melayu mengatasi kaum-kaum lain pada kadar 19.1%, diikuti Cina 17.9%, berdasarkan laporan itu.

Sementara itu, kadar mudah miskin di kawasan bandar dan luar bandar kekal tidak berubah sejak 1989.

“Ini bertentangan dengan konvensi normal mengukur kemiskinan, data rasmi menunjukkan kadar kemiskinan menurun bagi setiap etnik, termasuk bandar dan luar bandar,” kata laporan itu.

Laporan itu berkata, memperluas konsep kemiskinan dan meletakkan keutamaan kepada mudah miskin akan lebih “membuahkan hasil.”

Ia berkata, kadar kemiskinan tegar di Malaysia berbanding negara lain yang berpendapatan tinggi dan tahap kesamarataan yang rendah menimbulkan persoalan berkenaan kesesuaian garisan kemiskinan Malaysia.

“Menyusun pengukuran (kemiskinan) untuk norma antarabangsa akan meningkatkan garisan kemiskinan dan kadar kemiskinan,” kata laporan itu.

Isu lain yang dibangkitkan dengan “konvesi normal” mengukus kemiskinan yang digunakan kerajaan adalah tidak menyatakan perbezaan kadar kemiskinan antara kumpulan etnik, kata laporan itu.

“Contohnya, walaupun miskin) tegar bagi Bumiputera pada 2009 adalah 5.3%, kadar kemiskinan bagi Kadazan Dusun dan Murut di Sabah adalah empat kali lebih tinggi pada 25%.”

Malah, termasuk negeri, perbezaan kadar miskin tegar menunjukkan perbezaan, kata laporan itu.

Di Sabah, kadar miskin tegar 8.1% sangat tinggi berbanding Melaka, yang mempunyai kadar 0.1%, kata laporan itu.

Laporan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih, profesor Pembangunan dan Ekonomi di Universiti Malaya (UM); Dr Lee Hwok Aun, daripada Jabatan Kajian Pembangunan UM; dan Dr Muhammad Khalid daripada Khazanah Research Institute.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih si hailon.. Orang asli tu tetap dapat elektrik dan bekalan air bersih melalu paip nok.. Indon??
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dari world bank.. Average 28.6 jota tu pendapatan 100 sebulan.. Orang asli kat malaysia tu, kalo mohon bantuan JKM.. Busuk2 dapat rm300.. Kalo moslim, boleh mintak zakat lagi..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:55 PM | Show all posts
orang asli sekarang siap ada Astro lagi bulan  bulandpt beras free ,,,
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 07:55 PM | Show all posts
rakyat meleysie pun mengakui sendiri world bank dan kerajaan malon  tidak tunjuk data yang sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2016 07:58 PM | Show all posts
negara kecil dan gagal , manage sebelah putera jaya pun gagal

Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik

BANGI: Tak patut! Itulah ungkapan yang keluar daripada mulut apabila berada di kawasan perkampungan di Dengkil yang bersempadanan dengan Putrajaya.
Ini kerana, kawasan berkenaan yang penduduknya terdiri daripada Orang Asal dan sedikit orang Melayu masih lagi belum menikmati kemudahan asas iaitu bekalan elektrik dan air bersih.
Meskipun terletak di negeri paling maju di Malaysia serta jarak dalam radius lima kilometer dari pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, kawasan berkenaan tidak sempurna dan terdapat beberapa kampung masih dalam keadaan daif.
Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil.
Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan.
Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India.
Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.
Kampung Orang Asal Bukit Tunggul yang dibahagikan kepada tiga blok adalah yang paling daif, di mana kemudahan asas hampir tiada termasuk bekalan air bersih selain tiada sistem perparitan sempurna.
Kebanyakan tandas atau bilik air penduduk kampung terbabit terletak di luar rumah dan berdindingkan kain kanvas.
Penduduknya pula hidup dalam serba kekurangan dan bekerja sebagai buruh di sekitar Bangi, Kajang, Dengkil dan Putrajaya.
Tinjauan ke kawasan tiada bekalan elektrik atau air sejak negara ini merdeka turut mendapati beberapa menara bangunan Kerajaan Persekutuan di Presint 4, jelas kelihatan daripada kampung Orang Asal itu.
Perkara itu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung komuniti Orang Asal yang tinggal bersempadanan dengan Putrajaya, yang mana jelas tercicir daripada arus pembangunan.


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:00 PM | Show all posts
dasar negara kecil gagal kalau negaranya besar patut ini cuma sejengkal je masih gagal , kalau negaranya luas banyak pegunungan dan terpisah lautan masih masuk diakal

PETALING JAYA: Lebih 50% masyarakat Orang Asal di seluruh negara akan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.Naib Presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon membuat rumusan itu berdasarkan keluhan yang dibuat kebanyakan masyarakat Orang Asal apabila banyak janji yang ditabur kerajaan BN gagal ditunaikan

Perkara itu diburukkan lagi dengan pelbagai dakwaan skandal serta rasuah yang dihadapi kepemimpinan kerajaan ketika ini sehingga memaksa rakyat menanggungnya.

“Orang Asal akan tolak UMNO dan BN, saya yakin walaupun bukan 100% tetapi 50 hingga 60% akan menolak dan tidak menyokong kerajaan sedia ada pada PRU-14.

“Antara sebab lain mereka hilang kepercayaan kepada kerajaan ialah banyak janji tidak ditunaikan dan nasib mereka tidak terbela, antaranya tiada elektrik, air, hak tanah serta pendidikan,” katanya kepada FMT, di sini, semalam.

Mangulas isu Orang Asal tiada bekalan elektrik dan air di Dengkil yang bersempadanan Putarajaya, beliau berkata, banyak lagi masyarakat Orang Asal menerima nasib yang sama.

“Banyak lagi, contoh, di Bera, Pahang, di Kelantan dan lain-lain. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak pernah mahu mendengar suara Orang Asal.

“Banyak kawasan Orang Asal diambil oleh pihak tertentu untuk aktiviti pembangunan sehingga terpaksa lari mencari tempat baharu. Kalau kerajaan mengutamakan Orang Asal mereka seharusnya mendidik Orang Asal, bukannya menindas dan menghalau begitu sahaja,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:04 PM | Show all posts
Edited by heylon1 at 18-7-2016 08:05 PM

akhir sekali salam dicolonized indon



Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 pun 28.6 jota indon berpebdapatan 100 dan kebawah.. Terima la hakikat tu..
Bantuan JKM kat malaysia ni sebulan 300.. Tu xmasuk kalo dapat zakat etc.. Xmasuk BRIM broommm brammm lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.112990 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list