CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3300|Reply: 2

BAWANG PENAMBAH RASA DAN AROMA

[Copy link]
Post time 19-7-2016 11:46 AM | Show all posts |Read mode


Bawang adalah bahan ramuan yang sering digunakan dalam masakan harian. Ia mempunyai rasa dan keunikan tersendiri yang menambah rasa dan juga menaikkan aroma masakan. Terdapat pelbagai jenis bawang yang berbeza dari segi saiz, warna dan bau. Tiga jenis bawang yang sering digunakan iaitu bawang kuning, bawang merah dan juga bawang putih.

Bawang putih
Bawang putih bukan saja digunakan dalam bentuk segar atau mentah, ia juga dikeringkan dan diproses dalam bentuk serbuk. Ia sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan hidangan. Sedikit sahaja penggunaan bawang putih dapat menaikkan aroma dan juga rasa masakan. Disebabkan itu ia menjadi bahan yang peting dalam sesuatu resepi atau masakan di pelbagai negara.

Bawang kuning
Bawang kuning juga dikenali sebagai bawang holland. Ia juga digunakan untuk menambah rasa yang sedap dalam masakan. Rasa bawang besar bergantung kepada kepelbagaiannya, ada yang ‘pedas’ dan ‘kuat’ tetapi ada juga ada yang ‘sederhana’ dan ‘manis’. Bawang kuning bukan sahaja menambah rasa tetapi juga keenakkan dan tekstur masakan.

Bawang merah
Selain bawang putih dan bawang kuning, kita banyak juga menggunakan bawang merah dalam masakan. Ia mempunyai rasa yang lembut dan manis berbanding dengan bawang kuning. Terdapat dua saiz bawang merah iaitu bawang merah besar dan bawang merah kecil. Bawang merah kecil mempunyai saiz yang lebih kecil dan berbentuk bujur berbanding bawang merah besar. Rasanya pula lebih lembut dan manis.


SUMBER: SAJIONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 10:14 PM | Show all posts
Betul. Bawang goreng makan dengan apa pun sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2016 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup betol. Iols kalau mkn daging masak cili mesti makan dgn bawang merah yg raw punya. Mmg sodap bak hang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067970 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list