CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2491|Reply: 6

3 Kesilapan Mencuci Seluar Jeans Dan Pakaian Lain Yang Sering Dilakukan

[Copy link]
Post time 20-7-2016 12:37 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nak cepat, nak mudah pastilah menggunakan mesin basuh. Tetapi, dalam pada kita mencampakkan kesemua baju atau pakaian kotor ke dalam mesin, pernah terfikir tak kesilapan yang sering dilakukan?



Kadang-kadang malas nak ambil tahu, yang penting baju pakaian kotor siap dibasuh. Ha, 'lazy' sangat kalau ada yang seperti ini.  

Ikut tips di bawah untuk mengelakkan seluar jeans atau pakaian anda rosak:



1. Tidak terbalikkan Jeans

Sebaiknya anda perlu cuci bahagian dalam ke luar kerana kaedah ini membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut. Lagi satu, pastikan anda zip dan butang semua sebelum meletakkan ke dalam mesin basuh, ok?

2. Sumbat selagi boleh

Jangan sumbat baju kotor anda dalam mesin basuh dengan banyak. Lagi banyak baju yang disumbat, lagi sukar mesin nak cuci pakaian anda itu. Bila mesin terlalu penuh, zip mudah rosak dan jahitan benang juga akan tertanggal kerana tiada ruang yang secukupnya untuk baju tersebut berpusing di dalam mesin itu.



3. Guna mesin pengering terlalu lama

Kini ramai yang menggunakan alat pengering untuk mengeringkan baju-baju yang sudah dicuci. Tapi tahukah anda jeans anda boleh mengecut apabila ditinggalkan di dalam mesin pengering terlalu lama. Sebaiknya jangan keringkan jeans atau pakaian lain terlalu lama.

Paling selamat, biarkan pakaian yang masih lembab itu di ampaian dan biarkan ia kering dengan sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2016 01:46 PM | Show all posts
mcm aku seluar jean RM50 je mmg campak je dlm mesin tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 04:53 PM | Show all posts
Kita pun main campak je semua dalam mesin basuh tu, selagi muat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 05:38 PM | Show all posts
seluar jeans kan tahan lasak..
tapi jeans sekarang tak selasak jeans dulu..
material pun tak setebal dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2016 11:54 PM | Show all posts
kalau pure jeans maybe levis
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:10 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 03:56 PM | Show all posts
Betul tu kalau sumbat banyak sangat dalam mesin basuh mana nak bersih basuhan tu nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054757 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list