CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 1

Tak Pandai Bersiul? Ini Cara Betul Keluarkan Siulan Dengan Kuat

[Copy link]
Post time 21-7-2016 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Bab bersiul biasanya serahkan kepada kaum lelaki. Kenapa? Sebab biasanya lelaki yang biasa bersiul, al-maklumlah nak mengorat perempuan pun senang. Betul ke?   

Anda pandai bersiul menggunakan tangan di mulut? Tak semua lelaki pandai melakukannya. Bunyi yang dikeluarkan dengan cara ini lagi kuat berbanding siulan biasa. Selalunya orang guna kalau nak panggil supaya orang berkumpul atau pun nak tarik perhatian sesuatu sebab bunyinya sangat kuat.



Jadi, jika selama ini anda pernah buat tapi asyik tak berbunyi, cuba ikut turutan cara yang betul ini. Pasti menjadi selepas ini.



1. Membentuk huruf 'A' dengan telunjuk dan jari tengah, baki jari yang lain bergulung seolah-olah membentuk genggaman.



2. Masukkan bibir dalam sedikit, dan gulung keliling gigi.  Ia mungkin mengambil masa beberapa percubaan untuk betul-betul ketatkan bibir.



3. Sekarang anda perlu untuk menggerakkan lidah anda ke dalam kedudukan yang betul. Menggunakan jari anda, tekan lidah ke dalam mulut anda, dan perlahan-lahan tekan hujung ke bawah. Pastikan 'curve' terbentuk daripada lidah anda. Jari anda hendaklah tidak lebih daripada kira-kira satu perempat di dalam mulut anda.



4. Tarik nafas keluar melalui laluan udara yang terbentuk di dalam mulut anda. Kalau rasa macam udara lalu di bibir bawah maka anda telah melakukannya dengan betul. Tapi kalau ada udara lalu di bibir atas maksudnya kena kurangkan saiz laluan udara guna jari anda.

Kredit : Brightside
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2016 11:36 PM | Show all posts
bersiul perlahan pon xreti apatah lagi yang kuat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.086424 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list