CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 12

(Coming SoonD'Academy Asia) 23 Oktober hingga 27 Disember..!!!

[Copy link]
Post time 21-7-2016 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by danang_pondan at 21-7-2016 09:31 PM

Cari Peserta D'Academy Asia
Pak Ngah akan mengadakan uji bakat pilih wakil negara pada 5 Ogos ini..

SELEPAS diundang sebagai komentator untuk D’Academy Asia atau Dangdut Academy Asia (DAA), komposer Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau mesra dengan panggilan Pak Ngah, 58, melihat program itu boleh dijadikan platform untuk memperkayakan lagi khazanah seni tanah air.
Jelasnya, DAA bukan program yang boleh dipandang mudah kerana setiap peserta yang terpilih untuk menyertai program yang mendapat rating tinggi sewaktu peringkat akhir harus berkebolehan mendendangkan lagu-lagu dangdut dalam pelbagai rentak.
“Ramai yang sering salah anggap bahawa irama dangdut tu untuk orang kampung. Sebenarnya irama dangdut ni bukan sembarangan orang yang boleh nyanyi. Dangdut ni bukan satu jalur sahaja kerana ia ada dangdut nuansa Arab seperti lagu Nirmala atau Ghazal Untuk Rabiah. Jangan tak tahu ada juga dangdut nuansa Hindi seperti lagu Iwan, Yang Sedang-Sedang Saja.
“Sebenarnya dangdut ini pelbagai rentak termasuklah dangdut irama Malaysia. Bukan semua orang boleh menyanyi irama sebegini. Untuk menyertai program ini peserta perlu kuat dari segi mental dan fizikal. Kita beruntung kerana ada Shiha Zikir menyertai program DAA musim pertama kerana dia boleh mendendangkan lagu-lagu yang dipilih dengan baik sekali dan berjaya menduduki tempat ketiga,” jelas Pak Ngah yang sekali lagi diundang untuk menjadi komentator bersama Mas Idayu untuk musim kedua.
DAA musim kedua yang dijangka bermula pada 23 Oktober hingga 27 Disember depan, kata Pak Ngah, akan dikembangkan lagi kepada peserta dari Thailand dan dia dipertanggungjawabkan untuk mengadakan uji bakat bagi peserta dari sana bersama wakil DAA.
“Uji bakat untuk peserta dari Thailand akan diadakan pada 2 Ogos ini di Hatyai. Saya dan wakil dari DAA akan memilih peserta mewakili Thailand, warganegara itu. Waktu saya beritahu yang di Thailand pun ada irama dangdut, orang DAA terkejut dan untuk memeriahkan lagi acara itu, pihak produksi DAA buat keputusan untuk cari wakil dari Thailand.
“Orang Thailand, terutamanya orang dari Pattani kalau nyanyi lenggok macam orang Kelantan. Saya boleh faham, mungkin nanti kita perlu ada penterjemah untuk DAA nanti. Saya yakin untuk musim kedua nanti, saingan lebih hebat,” katanya yang turut menghasilkan lagu Bidadari Jiwa untuk Dandang Pradama Dieva sebagai juara dan Zapin Melayu untuk Lesti yang menduduki tempat kedua.
Selain Thailand, peserta lain yang kekal bertanding dalam program yang disiarkan di saluran Indosiar itu ialah dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.
Tambah Pak Ngah, setakat ini sudah ramai yang berminat untuk menyertai uji bakat yang bakal dilakukan di studio miliknya yang terletak di 30-1, Jalan Prima Setapak 3, Prima Setapak Kuala Lumpur.
“Uji bakat ini terbuka kepada profesional dan yang bukan profesional, janji dia berminat dan berkebolehan mendendangkan lagu-lagu dangdut dalam pelbagai rentak. Saya nak buat uji bakat untuk 50 orang sahaja, yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.
“Masa datang uji bakat nanti, saya nak lihat mereka mendendangkan empat buah lagu dan sila bawa minus one sendiri berserta gambar berukuran 4R dan tidak ketinggalan juga pasport. Uji bakat akan bermula pada pukul 2 petang hingga 9 malam, 5 Ogos ini,” jelasnya.
Katanya, peserta mesti bersiap sedia dengan beberapa buah lagu kerana sewaktu pertandingan, ada komentator yang minta peserta mendendangkan lagu secara spontan untuk melihat keupayaan mereka.
Bercerita mengenai pengalamannya menjadi komentator untuk DAA, dia yang awalnya disukai kerana memberi kelainan setiap kali muncul di kaca televisyen, bagaimanapun mula dipandang ‘jahat’ oleh penonton Indonesia kerana menyingkirkan Evi, peserta negara itu pada peringkat separuh akhir.
“Awal-awal dalam program saya jadi pujaan kerana setiap kali muncul saya akan tunjuk budaya kita seperti tepak sirih atau sebagainya. Bila saya memberi markah terendah kepada Evi, terus kecintaan kepada saya bertukar menjadi kebencian. Penonton tidak tahu bahawa dalam setiap pertandingan, peserta mesti hafal lagu dan paling pantang jangan lupa lirik.
“Bagaimanapun mereka tidak nampak, dua kesilapan yang dilakukan oleh Evi. Tidak dinafikan suara dia memang hebat tapi dua kesalahan yang dilakukannya itu sewaktu pertandingan tidak dapat dimaafkan. Sepanjang saya memberi komen tidak pernah saya mengamalkan sikap pilih kasih, bagi saya semua peserta sama tanpa melihat dari negara mana mereka wakili,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.oeruCJhH.dpuf

Dandang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2016 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang thailand kenal musik dangdut?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:28 AM | Show all posts
tahun lepas acara nya 2 bulan juga ya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:30 AM | Show all posts
keren replied at 22-7-2016 06:07 AM
Orang thailand kenal musik dangdut?


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:59 AM | Show all posts
kalau ada 6 negara, mau show ni habis jam 3 pagi.

lagi satu kalau start bulan 10 akan clash dgn Gegarvaganza 3.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:15 AM | Show all posts
mohon adik wani join
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2016 11:19 AM | Show all posts
Rhyno replied at 22-7-2016 10:59 AM
kalau ada 6 negara, mau show ni habis jam 3 pagi.

lagi satu kalau start bulan 10 akan clash dgn ...

matik laa berjaga..hari2 pi keje mata panda.

(abis la laki hakak @sepitsiput makan kedai hari2)
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:19 AM | Show all posts

ahahaha.. tersedak aku mkn roti jala ni...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2016 11:49 AM | Show all posts
bideo maroh selalu tuh lejen
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:09 PM | Show all posts


wakil tuan rumah Indonesia.



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
danang_pondan replied at 21-7-2016 02:28 PM
Cari Peserta D'Academy Asia
Pak Ngah akan mengadakan uji bakat pilih wakil negara pada 5 Ogos ini.. ...

penah dak tengok dandang tempat masak nasik atau jerang air?



"@dandang_pondan"
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 07:38 PM | Show all posts
omg....
tapi abang ipul tader tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal jd lama plak daa ni? Dulu mcm sebulan lebih je.. Tp bang ipul xda.. Dia lah penyeri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.071908 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list