CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17196|Reply: 170

[Tempatan] Pembantu Rosmah menulis mengenai air mata si ibu

[Copy link]
Post time 26-7-2016 01:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-7-2016 05:40 AM

Pembantu Rosmah menulis mengenai air mata si ibu

http://www.malaysiakini.com/news/349882

Hari ini, 7:52 pagi      Hari ini, 10:19 pagi

Tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB mendedahkan persengketaan dalam keluarga isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun apabila mengulas kritikan pedas dan tajam oleh anak perempuannya yang kini berpisah dengannya, Azrene Soraya Abdul Aziz di laman media sosial baru-baru ini, Rosmah hanya mampu bergenang air mata, kata pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor.

“Maka bertanyalah saya kepada si ibu...

“Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu... tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang..

“Apa yang dapat saya simpulkan, tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak..

Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan,” katanya dalam satu posting Facebook penuh emosi lewat malam semalam.

Bagaimanapun dalam posting itu, Rizal tidak membuat rujukan langsung kepada Azrene Soraya mahupun Rosmah tetapi sekadar menyebutnya sebagai "si anak" dan "si ibu".

Katanya, sejak lapan tahun mengenali Rosmah, beliau tidak pernah mendengar isteri Datuk Seri Najib Razak itu mengeluarkan kata-kata tidak elok berhubung anak perempuannya.

“(Oleh) kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka..

“Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.

“Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya. Sekarang si anak telah memilih jalan
hidupnya. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya,” tulisnya lagi.

Rizal Mansor14 jam · Kuala Lumpur ·
Maka bertanya lah saya kepada si ibu..
Tiada kata yang terbit daripada mulut si ibu.. tidak lama kemudian saya dapat melihat air matanya bergenang.. Apa yang dapat saya simpulkan.. tiada sedetik pun dibenak fikiran si ibu mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak elok buat si anak.. Dapat saya gambarkan perasaan ibu terhadap anak yang dikandung selama 9 bulan.
Sepanjang mengenali si ibu secara dekat hampir 8 tahun lamanya, tak pernah sekalipun mendengar si ibu menghamburkan kata-kata tidak enak terhadap anak-anaknya kerana kata-kata ibu adalah doa, jauh sekali mahu mengungkit kesakitan yang ditanggung waktu melahirkan juga menyusukan mereka.. Si ibu memilih untuk memendam sahaja perasaan daripada mengeluarkan kata-kata kerana kasih ibu tiada sempadan.
Tugas dan tanggungjawab ibu bapa membesarkan anak dan memberi pelajaran secukupnya.. Sekarang si anak telah memilih jalan hidupnya.. Didoakan si anak bahagia dengan dunianya..


"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya, seorang perunding imej.

DOJ memohon untuk merampas lebih AS$1 bilion aset termasuk keuntungan yang diperolehi oleh syarikat penerbitan filem milik Riza, Red Granite yang menghasilkan 'The Wolf of Wall Street' itu.

Aset-aset lain yang dinamakan dalam tindakan undang-undang itu termasuk hartanah kediaman mewah Riza di Beverly Hills, New York dan London.

Riza menafikan sebarang salah laku dan mendakwa wang yang diterimanya dan firmanya adalah "hadiah".


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry... this is too hillarious for me. Skrip utk maharaja lawak mega ke? *sekadar pertanyaan*
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke tuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:47 PM | Show all posts
or boleh je join stand up comedy

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:47 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 26-7-2016 01:43 PM
sorry... this is too hillarious for me. Skrip utk maharaja lawak mega ke? *sekadar pertanyaan*

Yup...  macam seolah2 penulis diberi script.... lawak sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:51 PM | Show all posts
Nenasketum replied at 26-7-2016 01:43 PM
sorry... this is too hillarious for me. Skrip utk maharaja lawak mega ke? *sekadar pertanyaan*

bygkan watak mak lampir tetiba jd snow white..... nanges....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
karangan djh 2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower replied at 26-7-2016 01:51 PM
bygkan watak mak lampir tetiba jd snow white..... nanges....

Xbaik dino ni..
Malas nak komen.. Yelah ibu.. Tapj memacam cter pasal rosmah dan azreen ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Air mata buaya

So pathetic
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 01:55 PM | Show all posts
wana89 replied at 26-7-2016 01:54 PM
Xbaik dino ni..
Malas nak komen.. Yelah ibu.. Tapj memacam cter pasal rosmah dan azreen ni..

wana... org yg pernah berkerja ngan ahkak ros mana ade pernah cite baik2....
tp iols taknak sebut aaa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:00 PM | Show all posts
sebenarnya masa baca petikan atas tu..cam ada rasa kesian gak kat kak ros, sebagai sorang ibu, aku rasa mesti dia tersentuh jgk dgn kata2 anak yg dikandungnya..TAPIIIIII lepas aku baca komen2 korang, terus hilang lak rasa kesian aku tuhhh kuikuikuikui...korang nih memang lahhh adoiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower replied at 26-7-2016 01:55 PM
wana... org yg pernah berkerja ngan ahkak ros mana ade pernah cite baik2....
tp iols taknak sebut ...

Ceciter??
Xyah ler.. Xmemasal surat lawyer sampai rumah
Tapi si azren ni memang jelmaan rosmah la.. Serupa juga  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada PA yg cerita buruk pasal boss dia.. Tambah pulak pulak boss yg ni

Bertabahlah duhai si ibu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:01 PM | Show all posts
Sebagai seorang PA yang berpengalaman selama 15 tahun, aku tau benor la bab2 personal ko nak tanya bos masa isu tengah panas... Inikan pulak Kak Mah... Betul ke ko tanya, atau bos yang suruh buat keje..??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
pokokbunga replied at 26-7-2016 02:00 PM
sebenarnya masa baca petikan atas tu..cam ada rasa kesian gak kat kak ros, sebagai sorang ibu, aku r ...

Yelah.. ibu kan.. Wana paham.. Anak dikandung.. Kesian juga dengan kak mah ni.. Mcm mana pun tetap anak dan mak walaupun dah kahwin kan :
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sobsobsob...sedihnya,tp imbas kembali tiap kali dgr apa polis escorts baby pinky ni cite,aku terus rasa mungkin tengah praktis buat lawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 02:06 PM | Show all posts
drama queen...........
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:12 PM | Show all posts
akak tu menitis air mata mgenang si anak ke mengenang si duit yang dirampas?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
memang la dia xpenah cite yg buruk
sebab dia buat kerja senyap senyap..itu pung dh cukup utk cover segalanya
..hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 02:13 PM | Show all posts
perlu kah bergenang air mata bagai???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.499587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list