CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1820|Reply: 11

[Jenayah] Pencuri Ditangkap Dengan Teknik Memegang Kemas Dahi Beliyau

[Copy link]
Post time 26-7-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Curi duit cuba lari KL
Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my
Kuala Krai: Cubaan seorang lelaki melarikan diri selepas mencuri wang tunai dan barang kemas gagal apabila berjaya ditangkap orang ramai di dalam sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Tias di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, suspek berusia 42 tahun itu dipercayai memecah masuk sebuah rumah serta melarikan wang tunai berjumlah RM1,500 dan barang kemas.

Difahamkan, penduduk kampung mengenali suspek cuba mengesannya sebelum menemuinya di dalam sebuah bas ekspres menghala ke Kuala Lumpur di sebuah stesen bas di sini.


Suspek kemudian dibawa keluar dan dibelasah oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, suspek diserahkan ke Balai Polis Laloh oleh orang ramai bersama barang dicuri.

“Ketika ditahan, wang tunai berjumlah RM323 dan barangan kemas dipercayai dicuri suspek turut ditemui. Malah, ketika siasatan dibuat, suspek mengaku terbabit dalam kejadian pecah masuk berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 26 Julai 2016 @ 9:50 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 07:49 PM | Show all posts
bongok la..

mencuri,pas2 gi naik pengangkutan awam,

memang kena lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
umo 42 tp apesal nampak tua yg amat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tua pun bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu bukan dahi daaaa.. Aku beria imajin pegang dahi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:51 PM | Show all posts
teknik baru menangkap pencuri..memegang dahi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2016 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik2 tak nak mampos, dah besar sampai tua asyik menyusahkan orang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 10:37 PM | Show all posts
biar betik umur 42thn?? sebaya dgn leo dicaprio kot.
pencurik nih kertu giler dengan uban  satu kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
@Syd, awak ada clear yang tak blur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 09:07 AM | Show all posts
udah tua2 mohon insaf la pakcik..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 12:45 PM | Show all posts
Tekanan la tu ekonomi semakin merosot... Positif kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:52 PM | Show all posts
dah tua baru nak menceburi bidang pencurian ke pakcik? ke belajar dari MO1?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.075834 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list