CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3580|Reply: 8

6 Tanda Sebenarnya Kita Sudah Curang Dengan Suami/Isteri

[Copy link]
Post time 28-7-2016 01:16 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Curang dengan suami atau isteri yang kita sayang adalah sesuatu diluar pemikiran. Namun mungkin kita tidak sedar akan setiap perbuatan kita dibelakang pasangan yang sebenarnya mengundang ke arah kecurangan.


Terdapat beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian yang boleh di katakan sebagai "curang ringan-ringan" atau "bunga-bunga curang". Jom periksa dibawah ini.


1. Menggatal di pejabat?
Jika anda rasa menggatal di pejabat itu adalah perkara biasa, cuba fikirkan lagi. Menggatal terbukti sentiasa menimbulkan masalah walaupun mungkin pada anda hanya suka-suka. Contohnya anda sering memuji kecantikan rakan sekerja dan sentiasa memberi senyuman gatal kepadanya. Jangan lupa, dari suka-suka lah boleh melahirkan satu rasa cinta.






2- Selalu borak dengan rakan berlainan jantina
Berkongsi cerita dengan rakan sekerja yang berlainan jantina juga boleh mengundang kepada curang. Bayangkan dari hal rumah tangga hingga ke bilik tidur pun nak dikongsikan. Mungkin perkara ini dianggap biasa bagi sesetengah orang. Kata orang, open minded. Tetapi jangan lupa, jika semua perkara nak dikongsikan tak mustahil anda dan si dia akan lebih "akrab".

3- Bersosial dengan rakan berlainan jantina
Mungkin bagi sesetengah orang, kerap keluar makan berdua dengan rakan berlainan jantina adalah perkara biasa. Lebih teruk hingga ada yang sanggup berbohong pada pasangan apabila ditanya. Ya, mungkin tujuan berbohong supaya pasangan anda tidak cemburu buta. Tetapi jangan lupa, bila duduk berdua pasti akan ada "orang ketika" iaitu syaitan.





4- Cerita keburukan pasangan
Kawan yang baik tidak akan pernah menceritakan keburukan kawannya kepada orang lain. Begitu lah juga dengan pasangan suami isteri yang seharusnya menjaga aib pasangan.





5- Gemar online chatting
Menurut kajian yang dilakukan oleh Beatriz Mileham dari Universiti Gainesville di Florida, Amerika Syarikat, online chatting telah menjadi pemicu utama kepada masalah dalam sebuah hubungan. Aktiviti internet seperti ini terbukti telah menjadi antara punca utama pergolakan rumah tangga di Amerika Syarikat.






6- Sudah kurang minat bersetubuh
Oleh kerana anda mula "minat" pada seseorang walaupun hanya suka-suka atau saja test market, aktiviti persetubuhan dengan pasangan pasti terganggu dan semakin berkurangan. Lebih teruk ada yang lebih gemar memuaskan nafsu dengan cara solo iaitu melakukan onani. Jika hubungan intim semakin kurang, pastinya keakraban anda dan pasangan akan semakin renggang.




Jika anda sedang melakukan salah satu dari enam tanda-tanda diatas, elakkan lah segera demi menjaga kebahagiaan rumah tangga anda. - CARI






Sumber - familyshare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita tentang keburukan pasangan tu paling hina. Memang berniat nak cari jantan lain tambah2 puji diri sendiri dan kutuk pasangan. Lepas tu memang melayan merindu jantan lain. Mintak jauh aku dapat bini hina macam ni. Bercerita sebelah pihak dia pada public jer betul.  Kesian laki dapat bini seperti ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 05:24 AM | Show all posts
COBBLERRRRRRRRR

MOMMYMONTERRRRRRR

MUMMYYYYYYYYYYYYYYYYYY

Awak kat mana???? Awak, awak  kat mana??????






Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 05:46 AM | Show all posts
Para isteri lebih mudah terlepas Dari kedudukan curang mereka  selagi mereka mendapat  redho  Dari suami masing masing....

Our FD counsellors, mommymonter,, mummy, cobbler...akan mengupas dgn lebih terperinci  Akan kenyataan  ini.......








Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahha kawrn dua bulan curang kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Euwww..kalau setakat bergaduh ngan manak dah dikatakan curang..euwwwww...yucks.....

Tapi manak ko lelaki ke?  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 05:51 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 31-7-2016 08:06 PM
Euwww..kalau setakat bergaduh ngan manak dah dikatakan curang..euwwwww...yucks.....

Tapi manak ko ...

bukan senang nak cari suami redho bila isterinya curang kan Mommy Kan,kan,kan??.

beruntung hang..........



Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 10:25 AM | Show all posts
Bolehlah diterima penyataan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2016 01:43 PM | Show all posts
lebih baik manjauhi perkara yg mendatangkan fitnah..berdosa tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.101447 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list