CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1852|Reply: 8

‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Sultan Johor

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:47 PM | Show all posts |Read mode


‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Sultan Johor

By editor July 26, 2016 : 1:07 pm

24ATU kejutan yang akan menjadi sejarah terindah kepada sekumpulan pelajar dari Sekolah Menengah (SMK) Kangkar Pulai di Johor Bahru apabila dapat bertemu dengan sultan kesayangan di negeri berkenaan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Kumpulan pelajar tersebut yang sedang menjalankan aktiviti kem motivasi di pantai berhampiran dengan Istana Sri Mersing di Sekakap pada Rabu, teruja apabila terserempak dengan kenderaan yang dipandu Tuanku.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Sultan Johor, kumpulan pelajar berkenaan dilihat dengan gembiranya mengejar dan melambai-lambai kenderaan yang dipandu Baginda itu sambil memanggil “Tuanku, Tuanku.”
Baginda yang memandu pacuan empat roda jenis Land Rover berwarna oren dengan bernombor pendaftaran ZZZ 1 dilihat memberhentikan kenderaan dan terus menanyakan khabar kepada kumpulan pelajar terbabit.
Kumpulan pelajar itu turut menjemput baginda ke Kem Pusat Kecemerlangan Pembangunan Islam Yayasan Pelajaran Johor di Sekakap, Mersing, di mana mereka sedang menghadiri kem motivasi namun tidak dapat ditunaikan atas komitmen lain tuanku.
‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Reaksi Spontan Sultan
‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Reaksi Spontan Sultan
‘Malam Nanti Saya Hantar KFC’ – Reaksi Spontan Sultan
“Makan sedap tak semua?” tanya Baginda.
“Kami belum makan,” ujar pelajar.
“Alahai kesian.. nak saya belanja makan?” yang disusuli reaksi mereka seakan tidak percaya dan serba salah hendak menjawab.
“Nanti saya suruh hantar KFC yer.. berapa orang semua,” kata Baginda.
Baginda kemudian bertanya berapa ramai pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam kem motivasi dan berapa lama mereka akan berada di situ.
Pada petang itu juga, sebanyak 150 bungkusan KFC telah dihantar ke pusat kem motivasi tersebut dengan pesanan daripada Baginda agar belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa menghormati ibu bapa dan guru-guru.


[backcolor=rgba(40, 40, 40, 0.952941)]SULTAN JOHOR BELANJA KFC - Cerita Viral Malaysia[via torchbrowser.com]




Play Video







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 08:37 AM | Show all posts
terbaik tuanku
semoga tuanku dikurniakan kesihatan yg baik
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 01:45 PM | Show all posts
Kennnntuckyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2016 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
baguslah tuanku sultan johor, sayang rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 03:34 PM | Show all posts
kalo aku jd sultan.. aku pon buat cam dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2016 03:15 PM | Show all posts
Sultan Perak pernah buat cenggini tak?
Pernah beramah mesra dgn rakyat?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2016 11:37 PM | Show all posts
yipppieee!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:20 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 9-9-2016 03:15 PM
Sultan Perak pernah buat cenggini tak?
Pernah beramah mesra dgn rakyat?

kenapa nak kena banding dgn sultan Nazrin? aku tak faham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 07:33 AM | Show all posts
watie_na replied at 15-9-2016 12:20 PM
kenapa nak kena banding dgn sultan Nazrin? aku tak faham.

Sebab Beliau paling sombong....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.199062 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list