CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 0

Azmin Langgar Pendirian Wan Azizah?

[Copy link]
Post time 28-7-2016 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Azmin Langgar Pendirian Wan Azizah?

By Samurai Biru


Pengumuman pembentukan parti dan gabungan pembangkang baru yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini, terus mendapat pelbagai ulasan daripada pemimpin pembangkang. Ini ditambah lagi dengan sikap tunggu dan lihat oleh semua pemimpin utama pembangkang berhubung idealogi dan kemampuan parti yang bakal ditubuhkan oleh Tun M ini.
Paling menarik untuk disaksikan, bagaimana reaksi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengumuman ini. Pada perjumpaan yang dilakukan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya minggu lalu, PKR hanya diwakili oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar. Tiada kelibat Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dalam perjumpaan berkenaan walaupun Lim Kit Siang dan Mat Sabu menghadirkan diri.

Sebaik sahaja pengumuman berkenaan dibuat, dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh Wan Azizah, beliau dilaporkan berkata, beliau mengambil pendekatan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya yang akan dibawa oleh Tun M. Malah, beliau enggan mengulas samada mahu atau tidak menerima penggabungan dengan Tun M seperti yang diumumkan oleh Tun M.
Namun, lain pula halnya dengan Azmin. Beliau dilihat menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Tun M. Malah beliau secara terbuka mahu semua pihak menghormati apa jua keputusan yang akan dibuat nanti. Walaupun beliau ada menyatakan mahu melihat dahulu perkembangan yang mahu dibawa oleh Tun M, namun kehadiran beliau dalam perjumpaan berkenaan jelas sekali menampakkan beliau telah melanggar pendirian Wan Azizah.
Ini menampakkan bahawa didalam PKR itu sendiri sudah terpecah kepada dua puak yang masing-masing diketuai oleh Wan Azizah dan Azmin. Polemik yang membabitkan Tun M jelas mengganggu keharmonian parti berkenaan dimana Wan Azizah lebih berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin dan Azmin pula lebih cenderung kepada apa yang mahu dibawa oleh Tun M.
Dapat dilihat, didalam PKR sendiri terdapat gerakan mahu menjatuhkan antara satu sama lain. Malah, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri menyifatkan, apa yang berlaku didalam PKR sekarang tidak ubah seperti retak menanti belah. Mungkin dalam hal ini, individu yang paling tidak sabar untuk membetulkan semula keadaan ini adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau pasti tidak mahu, parti yang baru berusia belasan tahun ini terkubur disebabkan oleh cadangan dan seruan daripada musuh lamanya dalam arus politik. Paling ketara sehingga kini, keutuhan PKR sedang diuji dengan gerakan mahu menjatuhkan antara satu sama lain dan perbezaan idealogi akan menjerumuskan PKR kedalam masalah yang jauh lebih besar pada masa hadapan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.055914 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list