CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4070|Reply: 46

[Tempatan] Felda, ATM & PDRM tidak patut ada pasukan bola sepak- tmj

[Copy link]
Post time 29-7-2016 05:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
"Felda, ATM & PDRM tidak patut ada pasukan bola sepak" - TMJ

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai TMJ, telah mendakwa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membazirkan duit rakyat dengan menubuhkan pasukan bola sepak dalam satu kenyataan di saat Felda United sedang bersaing rapat dengan Johor Darul Ta’azim merebut gelaran Liga Super Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Darul Ta’azim, Johor Southern Tigers, beliau berkata: “Felda telah ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk membasmi kemiskinan. Walau bagaimanapun, pada hari ini, wang yang sepatutnya digunakan oleh peneroka telah dibelanjakan secara sewenang-wenangnya untuk kontraktor tertentu dalam Felda dan juga membolehkan beberapa individu yang memegang jawatan tinggi dalam Felda membuat wang. Ini adalah kes yang jelas penyelewengan dana yang diperuntukkan untuk golongan miskin. Pada saya, PDRM dan ATM pun tidak patut ada pasukan bolasepak kerana pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan.”

Selain itu, beliau juga memberi komen sinis terhadap persaingan di antara JDT dan Felda United dalam Liga Super: “Saya rasa ia akan menjadi persaingan yang sengit tetapi mereka ada peluang yang baik dan kelebihan. Mana saya boleh lawan, ini pasukan Dato Sri Najib. Gurau…. JDT pasukan yang kecil sahaja. Jadi saya rasa Felda mempunyai peluang yang sangat baik. Walau bagaimanapun, saya bangga kerana saya tidak menggunakan wang kerajaan yang sepatutnya milik rakyat untuk membina sebuah kelab bola sepak. Saya tidak membina stadium menggunakan wang peneroka atau wang dari kontraktor yang melobi bagi mendapatkan projek didalam Felda.”

JDT kini berada di tangga teratas Liga Super dengan 39 mata, dua mata mendahului pasukan Felda United yang menewaskan Selangor 2-1 di Shah Alam untuk terus memberi tekanan kepada pasukan dari Selatan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2016 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sah mabuk ketum..macam lah jdt xmembazir..bubar jer liga malaysia senang..baru xde pembaziran..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ouchhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 05:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Panazzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ada betul nya...ini kali aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Love hate tul dgn tmj ni.but i have to agree with u tmj
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu JDT tu guna duit siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:16 AM | Show all posts
dockers replied at 29-7-2016 07:13 AM
Habis tu JDT tu guna duit siapa?

JDT guna duit dari poket beliyau sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 29-7-2016 07:16 AM
JDT guna duit dari poket beliyau sendiri

Hahahaha    , ini sarkastik ke memang betul?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hidup tmj! Hidup jowo! Haters tmj sila berambus
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut JDT tu kalau jd juara mana2 kejohanan , x perlu la ada cuti umum bagai sbb x de kena mengena pun ngan kerajaan Johor...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2016 05:13 AM
Sah mabuk ketum..macam lah jdt xmembazir..bubar jer liga malaysia senang..baru xde pembaziran..

Haahaa, aku tgu komen ko bro dlm isu ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mmgla
semua duit rakyat kecuali johor
bolehla ko main sorang2..takpun join liga singapore. nyibuk je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
point dia mcm bdk kecik bgaduh.tp fun jgk dia ni

kasi org ats pening sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 08:43 AM | Show all posts
noraidil_06 replied at 29-7-2016 06:21 AM
Love hate tul dgn tmj ni.but i have to agree with u tmj

dari awal pun aku memang penyokong jdt..mana-mana pasukan pun sebenarnya tidak membazir..tapi bila dia mula kritik orang lain yang wat benda yang sama..aku pun mula jadi annoy dengan dia ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 08:46 AM | Show all posts
azman1 replied at 29-7-2016 07:48 AM
Patut JDT tu kalau jd juara mana2 kejohanan , x perlu la ada cuti umum bagai sbb x de kena mengena p ...

kan..selama beberapa tahun guna duit kerajaan negeri untuk bangunkan johor fa n johor fc..dengan mudahnya dia memilikperibadikan segala milik kerajaan negeri johor tersebut..bukan setakat johor fa n johor fc jer dimilikperibadikan..bahkan pasukan bawah 19 bawah 17 n segala bagai pasukan lain dah jadi milik peribadi beliau..

eloklah sekiranya kerajaan negeri johor minta pampasan dari beliau..duit itu boleh wat team johor fa n johor fc yang baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2016 08:47 AM | Show all posts
axl_bach replied at 29-7-2016 07:51 AM
Haahaa, aku tgu komen ko bro dlm isu ni

hahaha..xder komen dah aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 08:48 AM | Show all posts
sofiazara replied at 29-7-2016 07:54 AM
mmgla
semua duit rakyat kecuali johor
bolehla ko main sorang2..takpun join liga singapore. ny ...

duit jcorp tu bukan duit rakyat agaknya kan..duit jual tanah kepada pelabur cina tu bukan duit rakyat juga..sebab tanah di johor bawah kuasa sultan iaitu ayahanda beliau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 08:49 AM | Show all posts
cupu replied at 29-7-2016 08:02 AM
point dia mcm bdk kecik bgaduh.tp fun jgk dia ni

kasi org ats pening sikit..

setakat ni xder lagi orang atas kritik dasar memilikperibadikan jdt dan menjual tanah untuk dapatkan penajaan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 08:51 AM | Show all posts
Felda no komen tp PDRM & ATM tu aku setuju.. Takde byk keje kot tu yg boleh dok main kejar2 bola..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.675772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list