CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2366|Reply: 48

[Tempatan] Komitmen kepada islam dan palestin punca as campur tangan - Anuar Musa

[Copy link]
Post time 29-7-2016 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Komitmen negara kepada dunia Islam, sikap berkecuali kepada kuasa besare dan sokongan kepada Palestin didakwa menjadi punca mengapa Malaysia sentiasa diintai pihak tertentu untuk campur tangan, kata Tan Sri Annuar Musa.

Ketua penerangan Umno itu berkata perkembangan membabitkan perebutan wilayah di Laut China Selatan turut menjadikan "negara kita yang kecil ini" diperhatikan.

Mengulangi penerangannya mengenai serangan ditujukan ke atas kerajaan, Annuar berkata mereka juga memahami "keupayaan, pengalaman dan kepandaian" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam selok-belok konspirasi" menewaskan musuh politiknya.


Justeru Annuar mengajak ahli Umno dan pemimpin di semua peringkat meningkatkan perpaduan dan solidariti, selain berhati-hati dengan setiap perkembangan semasa.

"Yang pasti kita bersatu teguh dan beristiqamah di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kepimpinan Najib kian diperhatikan ekoran saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS untuk menyita 17 aset yang didakwa diperoleh melalui penyelewengan dana 1MDB.

Nilai aset itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion).

Dalam dokukmen setebal 136 halaman itu beberapa nama disebut, termasuk anak lelaki Datin Seri Rosman Mansor, Riza Aziz.

Dana itu, dakwa DOJ, digunakan untuk membeli pelbagai aset sepertilukisan Vincent van Gogh, serta membiayai kegiatan perjudian.

Seorang individu lain turut disebut tetapi tiada butiran mengenainya diberikan kecuali dia hanya dikenali sebagai Malaysian Official 1. (MO1) Setakat ini belum ada pengesahan siapakah MO1 yang disebut 36 kali dalam dokumen berkenaan.


Dr Mahathir buat apa saja
Annuar berkata Umno akan lebih berhati-hati meneliti setiap isu yang dibawa, terutama apabila ia datang dari negara luar yang memiliki rekod "suka campur tangan dalam hal ehwal negara lain".

"Kita sedar komitment kita kepada dunia Islam, sikap berkecuali terhadap kuasa besar, keakraban kita dengan negara seperti China dan Russia, serta pendirian teguh kita menyokong Palestin dan menolak Israel adalah antara punca negara kita yang kecil ini sentiasa diintai negara tertentu dan menunggu peluang masuk campur.

"Ini lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini membabitkan perebutan kuasa di Laut China Selatan," katanya.
Pada masa sama kata Annuar Umno menyedari kemampuan Dr Mahathir yang didakwanya berdendam selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir diketepikan daripada kedudukan tinggi dalam Umno.

Katanya, Dr Mahathir sanggup melakukan apa saja untuk mencapai hasratnya.

Justeru kata Annuar Umno perlu berhati-hati supaya tidak terperangkap dalam percaturan besar Dr Mahathir untuk merampas kuasa dalam Umno.

"Kita percaya kaedah matlamat menghalalkan cara yang menjadi trademark Dr Mahathir selama ini akan terus dipergunakannya.

"Dalam menangani episod terbaru berkaitan 1MDB yg kini melibatkan AS kita perlu meneliti the big picture (gambaran besar) dari semua sudut agar kita tidak terburu-buru dan terperangkap dalam usaha sengaja mencari salah dengan niat tertentu bagi membina persepsi dan prasangka buruk.

Perbuatan itu - walau amat dicela agama - merupakan satu kebiasaan apabila mereka ada agenda tertentu," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
haha hamboi... signifikn sgt ke sokongan mesia tu smpi terancam amerika
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:00 AM | Show all posts
podahhhh
cerita dengan macai boleh la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 09:00 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 29-7-2016 08:59 AM
haha hamboi... signifikn sgt ke sokongan mesia tu smpi terancam amerika

hahaha..hebat permainan puak puak ni..sendiri kaki songlap duit negara..bila didedah pihak luar..main sentimen agama plak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Butuh pak ang la...Nuor wehhh...bukan ko tak tau Jibun badut tu songlap dana awam...:zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2016 09:00 AM | Show all posts
renko replied at 29-7-2016 09:00 AM
podahhhh
cerita dengan macai boleh la

annuar musa dah boleh jadi tpm ni..kebelakangan ni zahid hamidi pun dah kurang membodek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-7-2016 09:02 AM | Show all posts
xy_daen replied at 29-7-2016 09:00 AM
Butuh pak ang la...Nuor wehhh...bukan ko tak tau Jibun badut tu songlap dana awam...:zz

baru ni kan annuar berjaya selesaikan hutang gaji player dengan berhutang katanya..boleh jadi najib yang salurkan bantuan tu..sebelum ni pun beberapa kali dah najib salurkan bantuan pada trw.. so nak balas jasa najib ni..annuar musa kena lah jack lebih sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:04 AM | Show all posts
kestabilan sosiopolitik dan ekonomi malaysia
yang berpanjangan juga menimbulkan perasaan hasad di
kalangan sesetengah pihak

kemakmuran dan keharmonian negara ini tidak sedikitpun terjejas
dengan tuduhan demi tuduhan yang dibuat sebelum ini, terutamanya
oleh kafir report, WSJ dan sebagainya

sebab itu mereka cuba mempergunakan FBI dan DOJ pula

jika tak jalan juga, tak mustahil agensi2 lain pula akan digunakan,
termasuk kuasa ketenteraan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Instead of berbaik2 dengan dua kuasa besar dunia sekarang Jibun dah jual Malaysia kepada Amerika dan China...bertabahlah rekyat Malaysia korang sayang Pee Emm sesangat kan...padan muka lah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
zekMR replied at 29-7-2016 09:04 AM
kestabilan sosiopolitik dan ekonomi malaysia
yang berpanjangan juga menimbulkan perasaan hasad di
...

Retorik ala BTN ko ni pi simpan tepi jelah...geli la nak baca... :zz
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2016 09:02 AM
baru ni kan annuar berjaya selesaikan hutang gaji player dengan berhutang katanya..boleh jadi naji ...


Dasat kan nengok org tua membodek demi sesuap nasi...jijik ya amat....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:10 AM | Show all posts
malaysia sentiasa berkecuali sejak mula merdeka

tiada mana2 kuasa besar ada kepentingan melampau di malaysia
sehingga boleh mengikat dan membataskan urusan diplomatik negara ini

dan kemampuan DS Najib dalam pentadbirannya semakin menimbulkan
kerisauan banyak musuh di dalam dan di luar akan hagemoni mereka
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:11 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2016 09:00 AM
annuar musa dah boleh jadi tpm ni..kebelakangan ni zahid hamidi pun dah kurang membodek..

zahid tgh tggu hari nak naik tu
manada sgt da menteri2 cap ayam bising2 g skang
nazri teksi pon sepi da

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:13 AM | Show all posts
xy_daen replied at 29-7-2016 09:08 AM
Retorik ala BTN ko ni pi simpan tepi jelah...geli la nak baca... :zz

macai2 dungu lain baca yela menghayati komen dungu tu

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:13 AM | Show all posts
memang biasa jika segala retorik kafir dipandang tinggi oleh certain individu
yang dah direncat oleh under siege mentality
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:14 AM | Show all posts
zekMR replied at 29-7-2016 09:10 AM
malaysia sentiasa berkecuali sejak mula merdeka

tiada mana2 kuasa besar ada kepentingan melampau  ...

syumul gila si pondan tu kan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2016 09:14 AM | Show all posts
renko replied at 29-7-2016 09:11 AM
zahid tgh tggu hari nak naik tu
manada sgt da menteri2 cap ayam bising2 g skang
nazri teksi pon  ...

annuar musa n rahman dahlan jer nampaknya masih duk bising bising ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:19 AM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 29-7-2016 09:14 AM
annuar musa n rahman dahlan jer nampaknya masih duk bising bising ni..

jgn lupa sorg g
saleh keruak mabuk tuak

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:21 AM | Show all posts
jika dinamakan M01, bukti tak ada dan terus DOJ akan dicop bodoh
dan penipu

jika tak dianamakan, baharula boleh timbulkan syak wasangka dan polemik
berpanjangandi malaysia

inilah tujuan sebenar pihak2 yang diyakini membayar duit
dan mengupah DOJ untuk print artikel daripada portal kafir report
dan baca di dalam sidang media

entah apa2 punya DOJ yang mudah dibeli dengan duit
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2016 09:30 AM | Show all posts
tak payah konar la
berjudi di las vegas
nak kata islam apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.353856 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list