View: 3164|Reply: 56
|
[Tempatan]
Dakwa hina Islam: Polis buka kertas siasatan video Namawee#46
[Copy link]
|
|
Edited by GhostWalking at 3-8-2016 03:09 AM
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung sebuah video lagu penyanyi dan pengarah tempatan, Namawee yang menjadi viral kerana didakwa menghina agama Islam.
Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ekoran video klip lagu 'Oh My God' itu, pihaknya menerima beberapa laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis akan memanggil Namawee untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.
"Berdasarkan siasatan awal, sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan di Masjid Terapung di Tanjung Bungah dan laporan polis pertama yang diterima ialah pada 27 Julai oleh jawatankuasa masjid berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Video klip memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral sejak semalam dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata perbuatan empat lelaki dalam video klip berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati orang Islam kerana mencemar imej masjid, sebagai tempat beribadat.
"Menurut pengerusi Masjid Terapung yang membuat laporan polis berhubung video itu, beliau memaklumkan rakaman yang dipercayai dilakukan di masjid tersebut memaparkan mereka berkelakuan tidak senonoh dengan menari dan menyanyi di dalam masjid.
"Tindakan empat lelaki itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara," katanya.
Mior Faridalatrash berkata selain itu, mereka turut menjadikan beberapa rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja dipercayai di sekitar negeri ini sebagai tempat rakaman nyanyian dan tarian dalam video berkenaan.
Katanya selain Namawee, polis juga akan memanggil beberapa individu termasuk mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, katanya.Awani |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 06:15 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Menurut polis berdasarkan siasatan awal, sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan di Masjid Terapung di Tanjung Bungah. - Gambar fail |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ini sotong nak kena pukul ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 07:56 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nak tengok videonya xde pun kat utube.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 08:11 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Lagu ada.la.semua.jenis tuhan dia sebut |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 09:00 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Attention seeker mamat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Wa ingat bila mau berlaku kes peniaga cinobeng low yat menipu ummah suchi lagi, mana tau video ini pulak keluar.
biasalah, ummah mudah sentap sikit2 terhina, orang menari di luar mesjid pun sentap, steady lah. penganut lain steady aje. |
|
|
|
|
|
|
|
I mmg menyampah namewee babi ni.. tp lagu tu bg i xda unsur hinaan sgt pun..
Lebih mcm perli ummah perasan suci dlm tiap agama je.. 4 agama utama kt msia..
Semoga dia kna pukul dgn pentaksub agama sekalian.. baru padan muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni paling kurang ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sampai ada yang bayar penembak upahan sampai ahbeng kurang ajar tu ditembak 18 das sewaktu dalam kereta macam kes baru2 ni dah la
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku xberapa faham lirik lagu tp adakah lagu tu bertujuan menyindir penunggang2 agama? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 07:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cHimo replied at 30-7-2016 10:57 AM
https://youtu.be/RyztNtFvrus
@GhostWalking
Baru dapat kau punya tagged.hahahhaha kelakar je weh tak teruk mana pun.dia sindir empat2 agama sekaligus.yg paling nampak taoist.Kalau yg nak marah2 patutnya pun penganut taoist.
Memang betul le ada orang yang konon suci beragama tapi kemain lagi berlakon kuat kat depan orang seolah2 alim kekdahnya.Ujung2 hati busuk.Goshhhh.
Mcm kenal je kan pengkritik jujur tuh noks
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 07:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
nikaido replied at 30-7-2016 11:33 AM
Aku xberapa faham lirik lagu tp adakah lagu tu bertujuan menyindir penunggang2 agama?
Aah betul penunggang agama.kalau ikut agama buddha pun ada restriction.tapi ramai yang tak ikut |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 07:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sejak bila la pula buddhism menggalakkan bunuh orang.mintak baca pasal 5 precepts. |
|
|
|
|
|
|
| |
|