CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3384|Reply: 28

[Dunia] Warga prihatin biayai kos perubatan rakyat Malaysia diserang strok di London

[Copy link]
Post time 30-7-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU: Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersetuju menanggung kos rawatan dan membawa pulang pegawainya, Mohamad Sahar Mhd Noor, 57 tahun yang diserang strok di London 4 Julai lalu.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya juga akan berusaha memenuhi syarat yang dikenakan bagi tujuan keselamatan pesakit.

Katanya, semua urusan melibatkan Mohammad Sahar yang diserang strok di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow akan diuruskan dengan teliti dan segera.

"Sekarang ini kita akan bawa dia (Mohamad Sahar Noor) balik dan pihak hospital London memberi pelepasan seawal 1 Ogos dengan syarat perlu ada doktor dan jururawat dalam pesawat tersebut," Datuk Seri Ismail berkata semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO bahagian Kuala Terengganu pada Sabtu.

Ketua kerani di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, KKTM Negeri Sembilan, Mohamad Sahar dilaporkan ke London untuk menghadiri majlis graduasi anak perempuannya, Amirah Mohamad Sahar di Universiti Brunel di Uxbridge.

Bagaimanapun, Mohamad Sahar diserang angin ahmar setibanya di Heathrow.

Bil rawatannya juga mencecah RM200 ribu selepas hampir sebulan menerima rawatan di Charing Cross Hospital, London termasuk tiga minggu di unit rawatan rapi ICU.

Sehingga hari ini, menerusi laman gofundme.com/saharnoor, sejumlah RM269,207.27 dana sudah dikumpul dari lebih 1,800 orang dalam masa tiga hari.

Jumlah itu melepasi sasaran RM133,131.21 yang ditetapkan oleh anaknya Amirah Sahar yang menggunakan platform gofundme.com tersebut untuk mendapatkan sumbangan dana khusus untuk membantu bapanya.
Penderitaan Mohamad Sahar mula menarik perhatian beberapa pihak dari Malaysia dan luar negara dengan bantuan kewangan tidak putus-putus disalurkan bagi meringankan beban beliau.

Tinjauan Astro AWANI di gofundme.com menunjukkan keprihatinan masyarakat dunia untuk menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan. Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohamad Sahar (gambar) diserang angin ahmar setibanya di Lapangan Terbang Heathrow, United Kingdom

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2016 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut lama gofundme.com oleh anak Mohamad Sahar bagi meringankan beban keluarga membiayai kos perubatan Mohammad Sahar di London.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya...pengajaran utk yg lain lenkali beli la insurance travel..x mahal mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawalah balik.. hospital kerajaan murah je.. jenuh jatuh sakit kt oberc..

Mujur rakyat dipaksa byr gst... Bolehlah tolong sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2016 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuala Terengganu: Ketua Kerani Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Negeri Sembilan, Mohamad Sahar Md Noor, 57, yang diserang angin ahmar dan terpaksa dirawat di Charing Cross Hospital, West London sejak 4 Julai lalu dijangka dapat dibawa pulang ke negara ini seawal-awalnya pada 1 Ogos ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak hospital sudah beri pelepasan untuk bawanya pulang tetapi ada beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi.

Menurutnya, pihak hospital menetapkan supaya ada doktor, jururawat dan peralatan sama yang diterima seperti berada di hospital sepanjang penerbangan membawanya balik nanti.




"Kita akan bincang dengan pihak penerbangan untuk tujuan itu dan buat masa ini MARA akan menampung kos rawatan dan membawanya pulang itu.

"MARA juga akan tanggung kos doktor, jururawat yang mengiringinya dan peralatan yang dibawa bersamanya," katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Kuala Terengganu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2016 10:20 PM | Show all posts
Erk... xda amik insurance travel ka nk g oversea. X mahal pun, unt kes2 mcm ni ler. Tetiba sakit kat oversea boleh gak insurance cover. Treatment cost kat oversea mmg mahal sbb everything u hv to pay...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
utk apa prgi smpi overseas?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pkck ni
Agaknya dah menghidap darah tinggi
Insurance tak terima kot
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 30-7-2016 10:24 PM
utk apa prgi smpi overseas?

Anak dia graduate dr U kat sana. Silapnya tak beli travel insuran. Klu ada travel insuran sedikit sebanyak dpt membantu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:00 PM | Show all posts
soalan bimbo.. kat mana nak beli travel insurance yg bagus?
setiap kali nak travel baru beli insurance tu ke apa?
aku tak pernah beli travel insurance tatkala travel selama ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize replied at 30-7-2016 11:00 PM
soalan bimbo.. kat mana nak beli travel insurance yg bagus?
setiap kali nak travel baru beli insura ...

Byk tempat. AIG ada, AIA ada. Prudential ada. Ko kena buat byk2 research utk tgk jenis2 travel insuran & apa yg di cover. Aku selalu amik dgn AIG. Takdelah mahal sgt. Yg gi Europe last year tu dlm RM250 per person kena byr. Jumlah kena byr bergantung pd negara mana ko lawat & number of travelling days
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:24 PM | Show all posts
pelik jugak anak dia pandai2. graduate oversea belaka tp x tau bapa perlukan travel insurance. bukan 1st time dia dtg london pun...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:30 PM | Show all posts
Edited by mesmerize at 30-7-2016 11:32 PM
Peterpan17 replied at 30-7-2016 11:05 PM
Byk tempat. AIG ada, AIA ada. Prudential ada. Ko kena buat byk2 research utk tgk jenis2 travel ins ...

oh thanks uols.. ai tengah browse AIG punya travel insurance ni.. kalau nak pegi iceland seminggu contohnya.. RM122 untuk Deluxe package .. cover up to 1 million utk medical expenses . siap ada daily hospitalization income 7K.. unlimited medical emergency evacuation. next time travel kena beli ni. selama ni confident je pegi dengan takde coverage. cuma kalau ikut tour group dari malaysia mcm pototravel n apple holidays mmg wajib beli insurance yg diorang sertakan sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:35 PM | Show all posts
kesiannya. semoga cepat sembuh, pakcik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kalu kita nak bawak parent warga mas umur lebeh 65 tahun holiday ke overc  mcm mane dgn medical insuren ni.ada mana2 compani insuren yg boleh ofer ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 30-7-2016 10:24 PM
utk apa prgi smpi overseas?

G konvo anak katanya...baru2 smpi epot dah kena strok..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 30-7-2016 11:53 PM
G konvo anak katanya...baru2 smpi epot dah kena strok..

Malang tidak berbau....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MarryPottet at 31-7-2016 01:05 AM

syafakallah pakcik

tapikan, bukan ker ada lebihan >rm100k frm public donation tu
so patut guna duit tu lah kan utk medical cost plus all oth expenses bg urusan bawak balik pesakit termasuk kos utk dr & jururawat pengiring sekali tanpa perlu usik duit MARA (read: duit pembayar cukai)
itulah tujuan penderma tu semua bg duit, bukan suruh simpan lebihannya buat harta pusaka
lagipun dia pergi sana atas urusan peribadi, bukan urusan yg di assign oleh mara
atau ada sesapa yg kat mara tu nampak ini peluang utk rembat duit mara bagi expenses/claim yg tak wujud sbb sebenarnya all expenses are paid by fundme generous donors???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli la insurance, ni masalah yg berlaku kalau x der insurance
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082416 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list