CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 2

[Tempatan] Tindakan Khairul Azwan bukan pendirian Pemuda - Khairy

[Copy link]
Post time 30-7-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BATU PAHAT: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan wujudnya konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan perdana menteri adalah tindakan individu.

Demikian kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menegaskan bahawa laporan berhubung dakwaan konspirasi itu bukan pendirian Pemuda UMNO.

Justeru, beliau menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

"Beliau (Khairul Azwan) membuat laporan polis sebagai seorang individu. Beliau berkata mempunyai maklumat tertentu yang telahpun dikongsi bersama polis dalam keterangannya.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan lanjut sebab laporan polis dibuat atas kapasiti beliau sebagai seorang individu," katanya selepas melancarkan Fit Malaysia Fasa Dua di Stadium Batu Pahat, Johor.

Pada Jumaat, polis mengambil keterangan daripada Khairul Azwan berhubung laporan polis yang dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan perdana menteri dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor berkata keterangan Khairul Azwan diambil Bukit Aman dan siasatan masih diteruskan berhubung perkara itu.
Pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Jumaat, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menjelaskan tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu bersifat peribadi dan bukannya mewakili parti.Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2016 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Khairy Jamaluddin (gambar) menegaskan laporan berhubung dakwaan konspirasi itu bukan pendirian Pemuda UMNO.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2016 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde harapan menang dlm court letewww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067942 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list