View: 1351|Reply: 8
|
[Jenayah]
Anggota Polis Maut, Rakan Setugas Tertembak Secara Tidak Sengaja
[Copy link]
|
|
SERDANG: Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut selepas terkena tembakan secara tidak sengaja oleh rakan setugasnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini, Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun mengalami cedera parah di kepala selepas terkena tembakan daripada anggota berpangkat Lans Koperal berusia 32 tahun dari dalam bilik stor senjata di IPD Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin Megat Alias berkata, anggota yang bertugas di stor berkenaan menarik picu pistol jenis 'Walther PPK' sebagai prosedur biasa memeriksa pistol.
"Anggota berkenaan tidak menyangka terdapat satu lagi peluru di dalam pistol berkenaan.
"Peluru pistol itu menembusi tingkap di bilik berkenaan dan terkena mangsa yang berada di luar," katanya dalam sidang media di sini, Jumaat.
Beliau berkata, mangsa dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Serdang itu berada kira-kira 70 meter dari bilik berkenaan.
"Ketika itu mangsa sedang memeriksa enjin kereta sebuah kenderaan MPV di kawasan luar," katanya.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 3.45 petang.
Megat Mohd Aminuddin berkata, pihaknya telah mengambil keterangan anggota itu dan menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Scroll du tiga kali awat kisah lain gamba lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah..malang tak berbau |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 08:37 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
arasham replied at 30-7-2016 12:20 PM
Scroll du tiga kali awat kisah lain gamba lain?
Eh eh alamakkkk kahkahkahkah sorryyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
lans koperal kne tukar daerah laa ye
mcm kes tertembak kwn masa berburu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia buat kerja ikut prosedur, tak kena tukar daerah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-7-2016 10:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
| |
|