Edited by Tapayana at 6-8-2016 04:20 PM
Harini TT ada baca berita tentang Al Hijrah yang sebelum ni beroperasi dekat dgn Masjid Negara tu dah beroperasi kat Cyberjaya. Dari laporan wartawan Utusan tu tulis,
“Dahulu ini merupakan premis KRU Studios. Walaupun terletak di pinggir bandar, tetapi lebih selesa dan kemudahan di sini pun mencukupi dari pelbagai sudut. Inilah langkah pertama yang perlu dilakukan bagi memastikan misi terlaksana dan berjalan lancar.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.u9y0KtlK.dpuf
Yang ini plak reporter Mynewshub
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian penyerahan studio rakaman itu dengan kontrak sewaan selama 12 tahun, antara Cyberview Sdn. Bhd. dan AlHijrah Media Corporation, di sini hari ini.
http://www.mynewshub.cc/2016/07/29/alhamdululkah-abs-sah-spot-islami-terkini-di-cyberjaya/
TT sesangat la terkejut sebab TT ingatkan KRU sewa kan ke Al-Hijrah Studio besar tu, rupanya under Cyberview Sdn Bhd. So sekarang KRU beroperasi kat mana ?? ada sesape tahu ??
2010 dulu KRU cakap diorang akan beroperasi di Cyberjaya sebab HQ diorang kat Setiawangsa nun terlalu kecil utk skala operasi diorang.
TT ber speku yang kewujudan Pinewood Studios nun jauh di selatan tanah air punca market sewa studio berskala besar ni buat KRU terpaksa let go studio ni.
Lagipun dulu kan diorang jugak pernah cakap studio paling besar pun ada kat Thailand sana, tu pasal diorang bukak studio kat Cyberjaya tu untuk mudahkan local production buat shooting. Tapi ku sangka panas sampai ke petang, rupanya pinewood studios muncul di tengah hari.
Al Hijrah Big Studio
KRU Studios yang tinggal kenangan
UPDATE !!!!!
KRU akan mula beroperasi di tempat baru Ipoh hasil kerjasama 3 tahun dengan PKNP
http://peraktoday.com.my/2016/04 ... -meterai-kerjasama/
“KRU Malaysia yang kini berada di Cyberjaya telah bersetuju untuk memindahkan studio penerbitan dan peralatan yang berada di Cyberjaya ke bangunan PINCER.
http://www.suaraperak.com/#!TPM- ... 9d40cf2dd6f7fc3bceb
Melalui kerjasama ini Kumpulan PKNP bersetuju untuk menyewakan studio dan peralatan yang terdapat di bangunan Perak Innovation and Creative Resources Center (PINCER) selama tiga tahun bermula Jun 2016. Sementara itu menurut Timbalan Ketua Eksekutif (Perkhidmatan Korporat) PKNP, Sayed Shariffuddin Sayed Shamshuddin, sasaran pihak PKNP agar KRU akan dapat melatih 300 animator di negeri Perak untuk tempoh tersebut. "PKNP akan melabur RM3.3 juta untuk kos menaiktaraf kos peralatan dan membaikpulih studio di PINCER untuk dijadikan sebagai Studio Kandungan Kreatif,’’ katanya.
|