CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2424|Reply: 10

[Tempatan] Hati-Hati!Majalah DABIQ dan Penthouse Adalah 2 Majalah Yang Berbeza

[Copy link]
Post time 12-8-2016 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Peringatan Ayob Khan: Jangan tertipu kandungan Dabiq
Bernama
| August 11, 2016

Katanya, Dabiq ialah majalah digital berbahasa Melayu yang membawa propaganda kumpulan militan IS.


KUALA LUMPUR: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman hari ini mengulangi nasihatnya kepada orang ramai khususnya golongan remaja supaya tidak mudah terpedaya dengan majalah “Dabiq”, iaitu antara propaganda kumpulan militan IS.

Ketua penolong pengarah bahagian berkenaan, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata penerbitan majalah digital itu dalam bahasa Melayu menunjukkan militan IS semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka.

Tinjauan di Internet mendapati majalah itu diterbitkan sebanyak 15 siri dalam bahasa Inggeris, dengan 10 edisi daripadanya diterjemahkan ke bahasa Melayu menggunakan format e-book.

Isi kandungan majalah itu juga dilihat cuba memesongkan akidah umat Islam dengan menanam ideologi militan dan keganasan sekali gus merekrut ahli baru dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Selain itu, katanya majalah kumpulan IS itu juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ayob Khan berkata majalah itu menggunakan kualiti grafik yang tinggi hampir menyerupai kualiti majalah lain di pasaran.

“Daripada segi artikel dan gambarnya, majalah itu dipercayai ditulis orang berpengalaman dengan gambar serta grafik digunakan memang menarik perhatian pembaca dan boleh menyelewengkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya kalau kita tiada asas agama,” katanya.

<iframe name="google_ads_iframe_/26812591/FMT_ROS_InContent_300x250_0__hidden__" width="0" height="0" title="" id="google_ads_iframe_/26812591/FMT_ROS_InContent_300x250_0__hidden__" src="javascript:&quot;&quot;" frameborder="0" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" style="border: 0px currentColor; border-image: none; vertical-align: bottom; display: none; visibility: hidden;">


Beliau berkata majalah Dabiq banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangan beliau melabelkan aliran dipegang majoriti umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka.

“Mereka juga melabelkan amalan umat Islam seperti perayaan Maulid Nabi, berzikir, bertahlil, berselawat, membaca Yasin dan menziarahi kubur sebagai syirik dan murtad serta wajib dibunuh.

“Pandangan ekstrem IS ini selari dengan pandangan golongan tertentu di negara ini yang mengelar diri mereka sebagai ‘salaf’ dan kononnya hanya memegang Al-Quran dan Sunnah tetapi menolak Ijmak atau qias,” katanya.

Ijmak ialah kesepakatan pendapat antara ulama berhubung sesuatu masalah dengan berdasarkan Al-Quran, hadis atau qias.

Qias ialah penetapan hukum dibuat dengan membandingkan keadaan sesuatu hal dengan hukum dasar yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.
Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang baru bagi polis kerana hasil soal siasat ke atas suspek IS yang ditangkap dan buku dirampas juga
membuktikan kebanyakan mereka ini merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah dalam menjustifikasikan setiap tindakan ganas dilakukan.

Ayob Khan berkata dalam menangani perkara itu, pihaknya sentiasa memantau penyebaran terbitan IS dari semasa ke semasa bagi mengelak ia memasuki negara ini.

“Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang boleh mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini,” kata Ayob Khan.

Sebelum ini, sebuah akhbar digital IS iaitu Al-Fatihin juga berbahasa Melayu tersebar di pelayar Internet Malaysia, bagaimanapun tindakan pantas diambil SKMM bagi menyekat akhbar tersebut.

FMT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 05:53 PM | Show all posts
tak pernah tahu ada  majalah dabiq. aku baca elle, cosmopolitan je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
teringin plak nk baca  DABIQ  
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 08:56 PM | Show all posts
Dafuqqqqqqq
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan dapig tadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapig cuba untuk recruit ahli moslem ka? @zekMR
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2016 11:03 PM | Show all posts
Kat mana blh dapat ni?? Nak juga tgk isi kandung majalah cuci otak jd extremis ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 11:13 PM | Show all posts
hunters replied at 12-8-2016 08:49 PM
teringin plak nk baca  DABIQ

Ko tgk ni, aku jumpa link ni

https://www.clarionproject.org/docs/Dabiq-Issue-14.pdf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2016 11:14 PM | Show all posts
Peterpan17 replied at 12-8-2016 11:13 PM
Ko tgk ni, aku jumpa link ni

https://www.clarionproject.org/docs/Dabiq-Issue-14.pdf

kasi bini lu bunting dulu la bahlol woiiii...


Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Teroknye agama nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2016 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
usaha memburukkan agama.  mereka memang wajar dihukum...  

mohon pdrm berkas semua yang terlibat dengan pengganas yg mengancam manusia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.429613 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list