CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 15

[Dunia] Cannes larang pakai baju renang ‘burkini’ di pantai

[Copy link]
Post time 14-8-2016 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Cannes larang pakai baju renang ‘burkini’ di pantai
FMT Reporters
| August 14, 2016

Peraturan itu berkuat kuasa sehingga akhir Ogos dan sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda AS$42.


PARIS: Sebuah resort di Cannes, di sini melarang pemakaian baju renang yang menutup seluruh badan dipakai ketika mandi di pantainya, dengan alasan keselamatan – langkah dianggap sebagai anti Islam dan diskriminasi yang hanya menambah kepada ketegangan antara agama.

Larangan kepada pemakaian ‘burkini’ ketika kemuncak musim percutian di French Riviera itu dibuat susulan serangan ekstremis Islam berhampiran Nice dan ke atas gereja Katolik di timur barat Perancis, baru-baru ini.

New York Times melaporkan, Datuk Bandar Cannes David Lisnard mengeluarkan ordinan lewat Julai lalu melarang pakaian pantai yang tidak menghormati “moral baik dan sekularisme”.

Beliau dipetik sebagai berkata pakaian renang burkini yang menutup seluruh tubuh itu “menunjukkan hubungan agama keterlaluan, ketika Perancis dan kawasannya menjadi sasaran serangan pengganas, boleh menyebabkan risiko atau menggugat ketenteraman awam”.

Pegawai Dewan Bandaraya berkata langkah itu, yang berkuat kuasa sehingga akhir Ogos, diguna pakai bagi pakaian renang gaya burkini. Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda AS$42.

Datuk bandar menggelar burkini sebagai “pakaian seragam ekstremis Islam, bukan agama Islam”.



Dalam satu temu bual diterbitkan pada Jumaat dalam akhbar Nice-Matin, Lisnard berkata langkah itu juga dikenakan kepada sari yang dipakai wanita India, kerana pakaian itu menyukarkan usaha penyelamat jika berlaku kecemasan.

Pengunjung pantai di Cannes mempunyai pandangan bercampur.

“Saya dari Mesir dan membesar dengan orang seperti ini,” kata Diana Bishay, yang kini tinggal di Paris, merujuk kepada wanita yang menutup tubuh mereka. “Tetapi saya terkejut ini berlaku di Cannes. Kita kena hormati masyarakat di mana kita tinggal.”

Larangan di pantai Cannes itu hanya salah satu daripada banyak lagi langkah diambil Perancis dalam mengasingkan Islam, agama kedua terbesar di negara itu, atas nama sekularisme rasmi.

Minggu lalu, datuk bandar Marseille melarang penganjuran hari berenang untuk wanita di sebuah taman tempatan, memetik risiko kepada ketenteraman awam kerana perenang diminta menutup tubuh dari dada hingga lutut.

Persatuan itu, Smile 13 menganjurkan acara itu untuk wanita, kanak-kanak perempuan dan lelaki, meminta perenang menghormati aurat yang ditetapkan Islam.

Undang-undang Perancis melarang pemakaian purdah di tempat awam, dan tudung di sekolah awam. Penyokong berkata undang-undang itu memelihara nilai sekular dan melindungi daripada tindasan agama. Tetapi pengkritik berkata mereka mendalamkan lagi jurang agama, dan ekstremis IS berkata undang-undang itu alasan untuk mereka menyerang Perancis.

Cawangan Liga Hak Asasi Manusia tempatan berkata larangan burkini di Cannes boleh menyebabkan Muslim di Perancis semakin terasing.

Gabungan menentang Islamfobia di Perancis berkata ia akan memfailkan tuntutan saman mencabar perundangan langkah Cannes. Ia menggesa toleransi, mengatakan kira-kira satu pertiga daripada 85 mangsa serangan lori di Nice ialah orang Islam.

Dua minggu selepas itu, susulan ekstremis membunuh paderi Katolik berhampiran Rouen, umat Islam seluruh Perancis menghadiri upacara agama di gereja sebagai solidariti dan kecaman terhadap keganasan.

FMT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2016 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan.muka lahanat semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 08:50 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 14-8-2016 07:42 PM
Padan.muka lahanat semua tu

Setuju.... Padan muka lahanat....


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka arab2 merempat kat perancis. Nak undang2 syariah? Please go back to your shit hole countries.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 08:59 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 14-8-2016 07:42 PM
Padan.muka lahanat semua tu

lu yang laknat..sefamili berbogel cam binatang.





Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:00 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-8-2016 08:50 PM
Setuju.... Padan muka lahanat....

lu ni sekor lagi keturunan berbogel seperti binatang...bongok tarak tahu anjing berpeluh punya bahlol.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2016 09:00 PM | Show all posts
Otaku85 replied at 14-8-2016 08:57 PM
Padan muka arab2 merempat kat perancis. Nak undang2 syariah? Please go back to your shit hole countr ...

lu ni lagi sekor bahlol jadi binatang hasil didikan binatang.





Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Demi seni berbogel boleh difahami, tutup aurat demi agama itu ekstrem. Bingai !!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2016 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aurat tu modesty yg ko nak buat tempat org macam tempat taliban ko tu buat apa lobainita?


Aku sokong datuk bandar ni kuatkuasakan undang2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kakiselit replied at 14-8-2016 09:06 PM
Demi seni berbogel boleh difahami, tutup aurat demi agama itu ekstrem. Bingai !!!

Ok la tu dari sex is best at 7.30am
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakar jah buritkuini..kalau basah still nampak juga alur cekpit dan benjolan nipple..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah.lagi test the water masa musim panas. Cuma sempat celup kaki masa musim bunga. Tu pun dah rasa sejuk dan pedih mcm jarum cucuk kaki. Pantai yg aku pegi tak cantik pun. Batu2 kerikil besar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lkick2113 replied at 14-8-2016 09:31 PM
Aurat tu modesty yg ko nak buat tempat org macam tempat taliban ko tu buat apa lobainita?



pemabuk todi mcm hang mana layak bagi pendapat. selayaknya di longkang tmpt hang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2016 11:46 PM | Show all posts
Muslim countries mandi pantai tak boleh berbogel.. Kat sana mandi pantai tak boleh ber burqini..  Ok lah tu. Adil dan saksama.. Kot gigih juga nak kawal aurat setiap sudut, sila menetap di malaysia darul aurat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
   kat peranchis, bukannya tanah ereb. takyah berbungkus lah  
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2016 07:44 AM | Show all posts
tahniah perancis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068069 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list