CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1891|Reply: 4

Fakta : 'Ice Bucket Challenge' Bukan Cabaran Sia-sia

[Copy link]
Post time 16-8-2016 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ada yang berpendapat, Ice Bucket Challenge atau cabaran Ice Bucket hanya cabaran yang suka-suka dan membazir. Ia menjadi trending apabila ramai yang membuat cabaran ini secara 'prank' untuk mengenakan teman rapat. Tetapi, sebenarnya tidak. Ice Bucket Challenge sangat terkesan bagi kajian untuk merawat penyakit.

Kempen Ice Bucket Challenge telah menarik perhatian netizen, dengan lebih berbelas juta video dimuat naik ke pelbagai platform laman sosial.


Foto : www.splashscore.com



Dua tahun lalu, kempen Cabaran Ice Bucket atau Ice Bucket Challenge mendominasi media sosial, dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk selebriti. Di mana, peserta menerima cabaran untuk 'dimandikan' dengan sebaldi ais.

Semua itu nyata tidak sia-sia, apabila dana yang diterima daripada kempen itu digunakan untuk menampung kos satu kajian yang dijangka memberi jawapan kepada banyak persoalan tentang penyakit ALS. di mana p

The ALS Association yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat, mengumumkan kempen berkenaan berjaya membantu mengesan gen yang menjadi penyumbang utama kepada penyakit itu.


Foto : tms ice bucket



Kejayaan mengesan gen yang dikenali sebagai NEK1 itu sekaligus berjaya membantu saintis, diketuai Dr. John Landers dari Sekolah Perubatan Universiti Massachussetts, untuk mencipta teknik rawatan terapi yang bersesuaian untuk pesakit.

Ia sebahagian daripada kempen kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS, iaitu sejenis penyakit di mana fungsi sistem saraf merosot sekaligus mengganggu sistem saraf tunjang. - CARI Infonet

Sumber : Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 09:20 AM | Show all posts
tak silap kat russia pada musim winter diaorg akan mandi dalam ais dah jadi sebahagian dari acara pun.sebab katanya mandian dalam ais ni akan kuatkan tubuh badan,putin ni pun suka berenang dalam air yang sejuk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 01:21 PM | Show all posts
jadi samalah dengan mandi ais tu kan?
pernah dengar ada rawatan dgn berendam dalam ais...

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
me tak bole mndi air ais/air panas sebab kulit trlalu kering..so tgk org buat ice bucket challenge je la
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:20 PM | Show all posts
tq for info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30120 Replies : 180
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194621 Replies : 4518
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7039 Replies : 36
PELIZ BE CAREFUL.
5-zaLPELIZ BE CAREFUL.
Views : 4677 Replies : 24
Bila bbnu bercinta #6
BoomibulatBila bbnu bercinta #6
Views : 8329 Replies : 53
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10702 Replies : 54
i love u husband
vanilla_velli love u husband
Views : 6724 Replies : 42
Doktor yang suruh...
epuepyDoktor yang suruh...
Views : 7095 Replies : 39
Atm dah ada drive thru
riena3321Atm dah ada drive thru
Views : 6318 Replies : 50
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10316 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054892 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list