Syria hilang pasport
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 OGOS 2016
http://www.sinarharian.com.my/se ... ng-pasport-1.552556
Alaa Al Fares (kanan) merayu bantuan orang ramai sekiranya terjumpa pasport dan kad pengenalan milik kedua ibu bapanya yang dipercayai tercicir di laluan Tanjung Lumpur ke pasar raya Giant.
KUANTAN - Sepasang suami isteri warga negara Syria merayu orang ramai agar memulangkan pasport mereka sekiranya terjumpa selepas dipercayai tercicir di bandar ini, semalam. Suami isteri tersebut berkunjung ke negara ini sejak Mei lalu bagi menziarahi anaknya yang juga merupakan seorang guru bahasa Arab di Maahad Tahfiz Negeri Pahang dekat Tanjung Lumpur. Pasport atas nama Ahmad Al Bakhoukh Mohamad bernombor N005941946 dan Asmahan Haj Asaad, N007904562 dikatakan diisi dalam sebuah beg bimbit kecil berserta kad pengenalan Syria tanpa sebarang wang tunai. Anak pasangan itu, Alaa Al Fares Ahmad Al Bakhoukh berkata, beg berkenaan dipercayai diletakkan di atas bumbung kereta sebelum memasuki kereta ketika keluar dari rumah di Tanjung Lumpur, pagi tadi. Menurutnya, mereka mahu ke Kuala Lumpur dan hanya menyedari ketiadaan beg tersebut ketika melalui hadapan sebuah pasar raya. "Selepas memberhentikan kenderaan, saya dapati beg kecil itu sudah tiada di atas bumbung kereta dan berkemungkinan ia tercicir di atas jalan.
"Saya percaya beg berkenaan terjatuh di laluan dari Maahad Tahfiz melalui jambatan Tanjung Lumpur ke pasar raya itu," katanya di Pejabat Sinar Harian Pahang, hari ini. Alaa Al Fares berkata, laporan dibuat di Balai Polis Kuantan sebelum memaklumkan kehilangan dua pengenalan diri itu ke Kedutaan Syria.
Menurutnya, kedutaan mencadangkan agar dia meminta bantuan orang ramai melalui siaran akhbar bagi mendapatkan semula barangan tersebut. "Syria sekarang masih dalam situasi bergolak dengan peperangan maka sangat sukar untuk memohon pasport baharu dalam masa singkat.
"Saya merayu agar orang ramai yang terjumpa beg berisi pasport dan kad pengenalan ini dapat memulangkan semula dengan menghubungi saya di talian 017-9256366," katanya.
|