CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 816|Reply: 1

[Tempatan] Siasatan kes Datuk tembak lelaki disangka monyet dibuka.

[Copy link]
Post time 17-8-2016 06:17 AM | Show all posts |Read mode
Siasatan kes Datuk tembak lelaki disangka monyet dibuka

16 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/se ... yet-dibuka-1.552799



IPOH - Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang pesara kerajaan bergelar Datuk yang melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki yang disangkanya monyet, Khamis lepas.     
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Sum Chang Keong berkata kertas siasatan itu dibuka mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan akan disiapkan dalam rtempoh terdekat sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.   
"Pesara berkenaan yang memiliki lesen senjata api telah menyerahkan senjata tersebut kepada polis.   
"Polis juga telah mengambil keterangan daripada mangsa untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari itu, seorang lelaki yang berusia 63 tahun cedera di lengan akibat terkena tembakan yang dilepaskan oleh pesara berkenaan.
Kejadian berlaku semasa pesara berumur 64 tahun itu berehat di luar rumah abang iparnya di Kampung Chepor Dalam di sini sebelum melihat satu pergerakan di atas pokok rambutan yang terletak pada jarak kira-kira 50 meter.   


Lelaki tersebut yang menyangka objek di atas pokok itu adalah monyet kemudian melepaskan satu tembakan sebelum terdengar suara orang mengerang kesakitan.   
Pesara berkenaan kemudian membawa mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk rawatan lanjut dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pun di siasat
SOP kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.058844 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list