CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1092|Reply: 5

[Dunia] Atlet Judo Mesir DiHantar Pulang Krerana enggan bersalam atlet Judo israel

[Copy link]
Post time 17-8-2016 06:28 AM | Show all posts |Read mode



16 OGOS 2016


http://www.sinarharian.com.my/su ... ggan-salam-1.553019





El Shehaby dihantar pulang selepas enggan bersalaman dengan atlet Israel.- Foto BBC


ATLET Judo Mesir, Islam El Shehaby dihantar pulang dari temasya Sukan Olimpik Rio 2016 selepas beliau enggan untuk berjabat tangan dengan lawannya dari Israel, Or Sasson selepas tamat perlawanan.
Tindakan atlet berusia 34 tahun itu ditegur oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas berdepan kekalahan pada pusingan pertama perlawanan Jumaat lalu.
IOC berkata, kelakuan El Shehaby itu adalah bertentangan dengan semangat kesukanan dan persahabatan yang terkandung dalam nilai-nilai Olimpik.
Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Mesir turut mengutuk tindakan El Shehaby dan mengambil tindakan untuk menghantarnya pulang.


Ekoran kejadian itu, El Shehaby diejek oleh orang ramai dan dia turut dipanggil semula ke pentas perlawanan untuk tunduk kepada lawannya kerana melanggar peraturan judo.
Sasson turut mendedahkan bahawa jurulatihnya telah memberi peringatan bahawa El Shehaby berkemungkinan tidak akan bersalaman dengannya ketika perlawanan itu.
Difahamkan, Mesir telah menerima tekanan daripada suara-suara konservatif di negara berkenaan sebelum ini untuk menarik diri daripada pertarungan tersebut.- BBC




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Atlet korea selatan dan korea utara pon bersalaman..

Ni la yang jadi kalau jumud dan taksub sangat dalam beragama.. atheist sepet korea lagi mulia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dan ada orang yg bermimpi mahu Malaysia menjadi hos bersama sukan olimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 07:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Waktu  di bawa ke Rio,dia disimpan di dalam kotak.
Waktu perlawanan barulah dia di keluarkan.
Dan bila dia lihat orang yang berada di depannya adalah orang Israel, dia sungguh terkejut.
Tu yang buat dia terpinga-pinga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2016 07:10 AM | Show all posts
ultra78 replied at 16-8-2016 10:54 PM
Dan ada orang yg bermimpi mahu Malaysia menjadi hos bersama sukan olimpik.

Habislah sentap lobai wannabe Malaya sebab Yahudi datang Malaysia.


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-8-2016 07:10 AM
Habislah sentap lobai wannabe Malaya sebab Yahudi datang Malaysia.

Ada orang berkata cabaran utama ada kos penganjuran. Bagi aku yg utama adalah tahap pemikiran rakyat dan undang-undang negara itu sendiri. Kalau nak halang orang dari sesetengah negara masuk negara ni, baik lupakan sahaja event antarabangsa yg besar mcm Olimpik ni.  Baik anjur sukan SEA atau komanwel sahaja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.483950 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list