CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 944|Reply: 1

[Tempatan] {2} MARDI ketuai kajian madu kelulut!

[Copy link]
Post time 17-8-2016 06:59 AM | Show all posts |Read mode


ORANG RAMAI diminta berhati-hati ketika membeli madu kerana banyak produk tiruan didapati dijual di pasaran. - Gambar hiasan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2016 07:00 AM | Show all posts
17 Ogos 2016

SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai kajian bagi menentukan piawaian dan khasiat madu kelulut di negara ini.

Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi berkata, kajian itu dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan sekali gus mengatasi masalah kewujudan produk tiruan madu kelulut yang banyak dijual di pasaran.

Beliau berkata, antara agensi lain terlibat dalam kajian ber­kenaan ialah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Genome Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, SIRIM Bhd. (SIRIM), Jabatan Pertanian Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

“Walaupun terdapat Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985, maklumat mengenai khasiat madu jenis kelulut sa­ngat kurang kerana akta tersebut lebih menjurus kepada madu lebah biasa.

“Justeru, hasil kajian yang dijalankan oleh MARDI, UMT dan agensi terlibat akan digunakan untuk menetapkan piawaian madu kelulut negara sekali gus boleh mengatasi kepincangan yang terdapat dalam industri ketika ini,” kata­nya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 5.htm#ixzz4HXU8gJ3G
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.079230 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list