CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2741|Reply: 15

19 Negara Dengan Reputasi Terbaik Di Dunia, Malaysia?

[Copy link]
Post time 18-8-2016 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ

Kota Gothenburg, Swedia (Pixabay / mammela)





Sesebuah negara yang aman, maju dari segi ekonomi dan mempunyai reputasi terbaik akan menjadi pilihan utama para pelancong dan juga pelabur asing.


Jadi dalam banyak-banyak negara dalam dunia ini, negara manakah agaknya yang mempunyai reputasi terbaik untuk dikunjungi?


Reputation Institute mengumumkan 19 negara yang dianggap mempunyai reputasi baik dalam Country Reptrak Index.


Menurut laporan Business Insider, pemberian ranking ini berdasarkan pada kestabilan ekonomi, politik, standard hidup, toleransi, kecantikan dan juga keamanan.


Dalam senarai tersebut, negara-negara Eropah mendominasi, khususnya negara-negara kecil yang memiliki keseimbangan ekonomi yang kuat dan kualiti hidup yang tinggi.


Berikut ini adalah lima dari 19 negara yang menjadi negara dengan reputasi terbaik:


1. Sweden
Sweden memiliki semua standard untuk hidup dengan nyaman. Mulai dari kualiti eksport yang baik, toleransi tinggi, angka jenayah yang rendah, kota-kota indah untuk dikunjungi dan juga standard hidup yang tinggi.


2. Kanada
Kanada menjadi negara pilihan ramai kerana budaya toleransi yang tinggi, ekonomi yang kukuh serta jaminan kesihatan yang tinggi.


3. Swiss
Swiss dikenali sebagai bank kelas dunia. Negara ini memiliki standard hidup yang tinggi. Selain itu, ramai pelancong yang datang untuk bermain ski di pegunungan Alpen.


4. Australia
Dengan ekonomi yang hebat dan iklim yang bagus, tidak hairan bila Australia menjadi pilihan negara kegemaran untuk dikunjungi oleh orang luar.


5. Norway
Norway memiliki kekuatan untuk menghasilkan sumber daya alam yang hebat. Selain itu negara ini juga menjadi negara paling digemari oleh para pelacong seluruh dunia di masa kini.


telegraph.co.uk





6. Finland
7. New zealand
8. Denmark
9. Ireland
10. Netherlands
11. Austria
12. Itali
13. United Kingdom
14. Jepun
15. Perancis
16. Belgium
17. Sepanyol
18. Jerman
19. Portugal



Amat mendukacitakan, nampaknya tiada satu negara Asia Tenggara pun yang tersenarai dalam senarai negara-negara yang mempunyai reputasi terbaik didunia. - CARI








Sumber - CNN Indonesia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt boleh pindah Sweden kalau tt nak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 01:48 PM | Show all posts
Jepun tu bukan Aisa ke TT?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 01:50 PM | Show all posts
nak pindah sweden
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:23 PM | Show all posts
Teringin nk pi sweden n switz
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:15 PM | Show all posts
TT mabuk ketum ka??? Japan bkn asia ka??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-8-2016 04:28 PM | Show all posts
aduhaiya replied at 18-8-2016 01:48 PM
Jepun tu bukan Aisa ke TT?



Maaf salah tulis. Nak tulis Asia Tenggara sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 04:41 PM | Show all posts
ahahahhaha.. malaysia no 20..skittt lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 05:10 PM | Show all posts
biase laaaa... bagi dorg negara kita ibarat negara bangladesh, myanmar, nepal, indonesia yg kedua... hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 06:07 PM | Show all posts
Jepun je wakil tunggal asia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 10:05 PM | Show all posts
rio xdak?

kesian warga ausie yang sering di rompak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 10:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
aduhaiya replied at 18-8-2016 01:48 PM
Jepun tu bukan Aisa ke TT?

Baru nk comment ... ingat iols buta geography
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2016 07:06 PM | Show all posts
Banyak benda lagi Malaysia kena perbaiki kalau nak tersenarai sebagai salah satu negara dengan reputasi terbaik dunia.

Kebanyakannya merupakan negara2 maju. Asia Tenggara mostly still developing.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:56 AM | Show all posts
Semua yg tersenarai adalah negara yg mempunyai 4 musim............
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:58 PM | Show all posts
highcastle replied at 22-8-2016 11:56 AM
Semua yg tersenarai adalah negara yg mempunyai 4 musim............

itu la aku pn nampak sume 4 musim je yg cantik hahahaa
mesia tu cantik cume jenayah byk sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.082631 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list