Edited by Syd at 24-8-2016 07:29 AM
Polis temui mayat kanak-kanak dipercayai Noor Amila Edrus
18/08/2016 4:46pm
AMPANG JAYA - Polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun petang tadi dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan Perumahan Jinjang Utara, Kepong sejak Khamis lalu.
Mayat kanak-kanak yang dipercayai Noor Amila Edrus Norsham itu ditemui kira-kira pukul 2 petang tadi di sebuah sungai di Kampung Kemensah, Ulu Kelang berhampiran Zoo Negara.
Difahamkan, penemuan mayat kanak-kanak itu adalah hasil daripada tangkapan seorang suspek yang merupakan abang ipar tiri kepada mangsa. - K! ONLINE
|