CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 4

[Dunia] Remaja retak tulang: Bukan semua orang layak bergelar atlet

[Copy link]
Post time 18-8-2016 10:46 PM | Show all posts |Read mode








Remaja China tercedera selepas meniru aksi terjun atlet Olimpik

JINGXI, CHINA - Bukan semua orang layak bergelar atlet. Kenyataan itu terbukti selepas seorang remaja dikejarkan ke hospital kerana meniru aksi terjun atlet olimpik di sebatang sungai.

China Press melaporkan, remaja dari wilayah Jingxi, China itu yang menerima inspirasi daripada atlet terjun air Olimpik bertindak terjun dari sebuah jambatan setinggi 25 meter ke dalam Sungai Xin pada Jumaat lalu.

Namun aksi berani mati oleh Xiao Yu itu ternyata mengundang padah apabila dia mengalami keretakan tulang rusuk dan dikejarkan ke hospital.

Kecederaan itu berlaku berpunca daripada gaya terjunan yang silap.

Sebelum melakukan terjunan, rakannya yang bertanggungjawab merakam 'aksi bersejarah" itu meminta dia berfikir secara mendalam, tetapi remaja tersebut berkeras mahu melakukannya.

Selepas melakukan senaman memanas badan yang ringkas serta diiringi sorakan daripada kawan, remaja itu terjun ke dalam sungai.

Namun sorakan gembira bertukar kejutan apabila hidung Xiao Yu berdarah tanpa henti selepas mendarat.

Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan mengalami keretakan tulang pada dada, rusuk selain kecederaan peparu.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...bergelar-atlet
__________________




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Olimpik pon terjun 10 m paling tinggi..sndiri cari penyakit..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash on the spot sis
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 18-8-2016 11:09 PM
Olimpik pon terjun 10 m paling tinggi..sndiri cari penyakit..

Mungkin dia nak pecah buku rekod,tapi sayang tulang dia yang pecah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 08:17 AM | Show all posts
amboi2..mentang2 amoi2 korang menang emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.339605 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list