View: 794|Reply: 1
|
[Tempatan]
{1} Letupan kuat gemparkan penduduk!
[Copy link]
|
|
KEBAKARAN di sebuah kilang di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Seberang Perai kelmarin menghasilkan bunyi letupan yang kuat hingga membuatkan para penduduk sekitar berasa takut.
|
|
|
|
|
|
|
|
19 Ogos 2016
SEBERANG PERAI – Penduduk sekitar sebuah kilang pembuatan kertas di Jalan Tasek, Simpang Ampat, Nibong Tebal di sini gempar apabila premis berkeluasan kira-kira 46,080 meter persegi itu hangus dijilat api kelmarin.
Saksi mendakwa, bunyi letupan daripada kebakaran yang bermula kira-kira pukul 10.20 malam itu turut didengari sehingga beberapa kilometer dari tempat kejadian ketika api sedang marak.
Terdapat saksi yang turut mendakwa kebakaran itu dapat dilihat dari bangunan tinggi di daerah ini iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian berikutan saiz kebakaran yang berskala besar.
Hampir 20 buah jentera bomba termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) seluruh negeri bertungkus-lumus memadamkan kebakaran itu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 6.htm#ixzz4Hj7DUV8P
Hakcipta terpelihara
|
|
|
|
|
|
|
| |
|