CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1336|Reply: 4

[Tempatan] Sedih tak you all tengok gambar kanak kanak Syrian yang cedera ni?

[Copy link]
Post time 20-8-2016 05:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-8-2016 12:10 AM

Gambar kanak-kanak Syria cedera dapat perhatian

18 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/gl ... -perhatian-1.553756



   Gambar Omran mula mendapat perhatian dunia selepas serangan udara di Aleppo.- Foto Daily Mail


SYRIA – Sekeping foto memaparkan kelibat seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian perang di perkampungan Aleppo sebelum ini telah mengejutkan banyak pihak.
Menerusi paparan foto tersebut, seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Omran Daqneesh dilihat sedang duduk di atas kerusi sebuah ambulans selepas serangan udara di kampung halamannya.
Selain daripada itu, muka Omran turut diselaputi debu akibat runtuhan berserta dengan kesan luka dan darah di dahinya.
Dalam pada itu, terdapat juga video dimuat naik oleh orang awam menunjukkan Omran sedang mengelap dahinya yang berdebu dengan menggunakan tangan sebelum menyedari terdapat pendarahan di kepalanya itu.
Walaupun mengalami luka agak teruk, Omran dilihat tidak menangis dan hanya menanti pasukan penyelamat yang meninggalkan ambulans tersebut bagi menyelamatkan nyawa empat lagi kanak-kanak lain untuk dibawa ke hospital.


Lebih memilukan, watak kartun CatDog yang pada t-shirt yang dipakai Omran juga hampir tidak kelihatan disebabkan oleh debu dan darah.
Foto dan video kanak-kanak malang itu mula menjadi viral selepas dimuat naik semalam sehingga menimbulkan reaksi terkejut kepada orang ramai susulan tragedi yang menimpa bandar tersebut.
Menurut laporan ABC, Omran mengalami luka di bahagian kepala apabila rumahnya di pinggir bandar timur yang dikuasai pemberontak Aleppo dilanda serangan udara.


Sukarelawan dari kumpulan Pertahanan Awam Syria yang dikenali sebagai White Helmets berjaya menyelamatkan Omran bersama dengan tiga kanak-kanak lain .
Kesemua mangsa dibawa ke Hospital M10 malah Omran turut dilaporkan telah menerima kebenaran untuk keluar dari hospital.


Namun begitu, doktor memaklumkan bahawa sehingga kini mereka masih tidak mengetahui di manakah lokasi ibu bapa kanak-kanak malang itu.- Daily Mail






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 06:05 AM | Show all posts
Kalau kanak Kanak israel Yang jadi mangsa pertemuran...adakah ko Akan sebut.." Padan muka apasal Tak mampos terus...kheeen?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 07:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:03 AM | Show all posts
i love this

courtesy of jihadist

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:51 AM | Show all posts
Scary jah macam hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.055145 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list