CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12132|Reply: 65

Goh Liu Ying: Ini kisah Olimpik saya

[Copy link]
Post time 20-8-2016 08:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 20-8-2016 03:31 PM

I'm Goh Liu Ying and this is my Olympic story

oh mai gad..pipinya

Pingat Olimpik, bagi saya, adalah satu impian yang jauh. Untuk dapat berdiri di atas podium Olimpik adalah satu fantasi.

Saya adalah kumpulan pertama pasukan beregu campuran Malaysia. Sebelum ini, pasukan beregu campuran Malaysia dibentuk tanpa persediaan dan perancangan yang sebenar.

Ketika itu, tumpuan negara hanya pada perseorangan lelaki dan pasukan beregu lelaki. Rakyat juga hanya berminat dengan pemain badminton lelaki.

Dua tahun lalu, semata-mata untuk beraksi di Sukan Olimpik, saya menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan di kedua-dua lutut.

Titisan air mata

Pada awalnya, matlamat kami hanya untuk mempamerkan persembahan yang membanggakan di peringkat kumpulan. Kemudian, apabila kami berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir, saya fikir kami ada peluang untuk mendapatkan pingat gangsa.

Apabila kami menang dalam perlawanan separuh akhir, saya rasakan seperti dalam mimpi.

Adakah saya benar-benar menang? Adakah ini bukan mimpi? Saya banyak kali bermimpi bagaimana betapa hebatnya jika dapat berdiri di atas podium.

Pada perlawanan akhir, kami berdepan dengan pasukan Indonesia yang begitu mantap, dan kami kami tidak bermain seperti yang dijangkakan.

Ramai yang mengharapkan kami boleh mendapatkan pingat emas Sukan Olimpik pertama untuk Malaysia tetapi malangnya, kami gagal mempamerkan perlawanan yang baik.

Berdiri di atas podium dan ketika bendera negara kita dinaikkan, titisan air mata saya mula berguguran.

Sebelum ini saya hanya boleh impikan saat berkenaan dan langsung tidak terlintas di fikiran saya ini akan menjadi kenyataan.

Ranking kami di Sukan Olimpik adalah di tempat kelapan dan ada begitu banyak pesaing yang lebih baik.

Saya hanya Goh Liu Ying. Saya tidak mempunyai pencapaian luar biasa seperti seperti pasukan China, saya tidak mempunyai prestasi mantap pasukan Korea, saya tidak mempunyai strategi taktikal pasukan Eropah dan saya juga tidak mempunyai pengalaman seperti pasukan Indonesia.

Saya hanya Goh Liu Ying.

Saya tidak dilahirkan dengan susuk tubuh seorang olahragawan. Ketika orang lain menamatkan latihan yang ditetapkan oleh jurulatih kami, saya hanya mampu melengkapkan separuh latihan sahaja.
Saya tidak dapat membina otot seperti atlet lain. Dengan otot yang lebih kecil, perlindungan menjadi kurang dan saya terdedah kepada kecederaan.

Oleh kerana baru menjalani pembedahan, saya juga tidak dapat berlatih terlalu keras. Kedua-dua kaki saya tidak sekuat mana berbanding pemain lain.

Saya Goh Liu Ying. Saya adalah pemenang pingat perak beregu campuran badminton Sukan Olimpik Rio. Ini adalah kebanggaan seumur hidup saya.























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
new malaysian's sweetheart
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 08:54 AM | Show all posts
comelnya sheols..tak lama lagi ramai la bujang terlajak forum buat DP muka GLY
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Saja nk pancing kemarahan dijek ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 09:25 AM | Show all posts
yes you are goh liu ying..and i heart you!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
small is cute goh liu ying..
we love you.. kipidap the good effort..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2016 10:15 AM | Show all posts
CHAN pebg soon tu sengal.. org tnya sape idola

goh : federer
chan : highway. federal highway.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:32 AM | Show all posts
ntah2 bf dia si chan peng soon tu biasa player badminton ni bertemu jodoh sesama dorang je mcm LCW n LD
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah GYL...
Dalam tak sempat membina otot Perak Olimpik telah kau gengam.

Mohon  bina otot dik...  moga emas menjadi milikmu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 20-8-2016 10:32 AM
ntah2 bf dia si chan peng soon tu biasa player badminton ni bertemu jodoh sesama dorang je mcm LCW n ...

Cps dah kahwin la..2 anak lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:37 AM | Show all posts
idril replied at 20-8-2016 10:32 AM
ntah2 bf dia si chan peng soon tu biasa player badminton ni bertemu jodoh sesama dorang je mcm LCW n ...

tak la...CPS tu dah kawin
GLY tu pun dah ada bf
kat #tanyaje dorang ada tanya bf GLY tu tak jeles ke
lawak ok CPS tu!

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia mcm cine2 kampung yg baik je,so traditional face and classic chinese feature, congrats girl!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 10:42 AM | Show all posts
Glass_shoes replied at 20-8-2016 08:59 AM
Saja nk pancing kemarahan dijek ni

maybe marah, aku rasa lebih kepada kecewa lah....

jangan kita salah kan beliau. sepatutnya kita kesian...

kepada rakyat malaysia yang lain, teruskan meraikan kemenangan ini. Kemenangan dari berbagai segi.



Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Walopun sesama asal imigran, dan meminati goh

Belum tentu goh suka pada ahbeng macai dapigs yang buka thread ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2016 11:13 AM | Show all posts
zekMR replied at 20-8-2016 11:10 AM
Walopun sesama asal imigran, dan meminati goh

Belum tentu goh suka pada ahbeng macai dapigs yang  ...

hasad dengki la cacai
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 11:14 AM | Show all posts
Tahniah diatas kemenangan anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2016 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Djek sebab kerjayannya kuhnon menghencap dapigs red bean army. Jadi x kirala cina sepet buat baik ka buat jahat ka semua dia kasik hantamla kalau tidak mana mau makan dedak. Nanti cuma kais dedak pagi makan dedak malam shj. Sikalang mau makan dedak sampai muncitpun tilak apala punya
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kasi bilajat men badminton lulu la ahbeng

Balu boley cuba ngolat2 itu ahmoi miya

Hohh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 11:18 AM | Show all posts
dia buat acl repair ke? dua2 belah lutut tu. masa operation tak sakit mana tapi masa recovery tu  la makan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2016 11:30 AM | Show all posts
lazim replied at 20-8-2016 10:15 AM
CHAN pebg soon tu sengal.. org tnya sape idola

goh : federer

tgok kt mne? ad kt utube tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.104369 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list