CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4302|Reply: 13

Filem pengeluaran pada era 1956 itu telah dibaik pulih dengan teknologi 4K

[Copy link]
Post time 20-8-2016 07:03 PM | Show all posts |Read mode

Tiga Dara | Official Trailer #TigaDara4K

Filem legenda arahan pengarah Usmar Ismail, Tiga Dara, ditayangkan semula di layar lebar Tanah Air. Filem pengeluaran pada era 1956 itu telah dibaik pulih sehingga mempunyai kualiti gambar dan suara yang tajam, bersih, serta jernih.
Tiga Dara (1956) | Sebelum dan Sesudah Restorasi #TigaDara4K


Namun proses pemulihan filem yang telah berusia 60 tahun ini tidak mudah. Selain harus merogoh kocek yang tak sedikit, proses pemulihan Tiga Dara penuh cabaran. Apa saja yang menjadi cabaran yang paling sukar?

Pengurus Film Indonesia, Lintang Gitomartoyo, berkata perkara pertama yang dianggap jadi cabaran adalah ia belum pernah memperbaiki filem dalam bentuk fizikal celluloid. Ditambah lagi, ia menjadi orang pertama yang melakukan tahap pemulihan filem Tiga Dara di Bologna, Itali.

"Pembaikan ada dua tahap, yakni pemeriksaan dan pembaikan. Saya cek keadaannya, rakam, dan catat. Setelah itu, dilihat kerosakan fizikal, seperti calar atau kerosakan kimia, misalnya vinegar syndrome," ujarnya dalam satu sidang akhbar tontonan Tiga Dara di Plaza Indonesia, Jakarta Pusat, Rabu, 3 Ogos 2016.




Ia menjelaskan, vinegar syndrome-sejenis penyakit kanser pada filem-merupakan "penyakit" yang sering dialami di negara tropika, seperti Indonesia.

Sementara itu, Windra Benyamin, yang bertanggung jawab merestorasi audio filem, mencari cabaran berbeza. "Banyak yang rosak dari filem ini, mulai noise hingga terputusnya suara," tuturnya.

Ia menjelaskan, jika dialog dalam filem tak terdengar, beberapa alternatif yang boleh dilakukan ialah mengisi teks atau mengisi suara dengan proses dubbing. "Tapi itu tidak boleh dilakukan," katanya.

Proses pemulihan fizikal dan audio dilakukan di L'Immagine Ritrovata, Bologna, Itali. Proses ini memakan masa 8 bulan.

Tak hanya sampai pemulihan fizikal dan audio, Tiga Dara juga dibuat menjadi format digital. Proses ini dilakukan di Indonesia.

Ternyata proses penukaran bentuk digital juga tidak mudah. "Filem ini mempunyai 150 ribu frame. Setiap frame dikerjakan 2 jam agar menghasilkan format 4K dengan saiz file 53 GB. Jika di total, semuanya ada 12 terra," tutur Taufiq Marhaban, Pengarah PT Render Digital Indonesia.

Ia mendedahkan setiap frame mempunyai kerosakan daripada calar, coretan, sehingga bekas lem yang menguning. "Beruntungnya, setelah dibaik pulih, 50 peratus kerosakan hilang," katanya.

Tiga Dara berjaya dibaik pulih dan boleh dinikmati penonton mulai 11 Ogos 2016 di pawagam-pawagam Indonesia. Pada masanya, selain berjaya secara komersial, filem ini menjadi trend sosial dan budaya yang sangat berpengaruh terhadap kehidupan masyarakat Indonesia kala itu. Filem dibintangi pelakon Chitra Dewi, Mieke Widjaya, Indriati Iskak, dan Fifi Young, filem ini layak ditonton.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job. Harap ada inisiatif kerajaan atau ngo untuk guna teknologi utk repair filem2 dan dokumentari lama sejarah Malaysia dulu. Nak harap kan penerbit mcm Shaw brothers tu mmg takdala kan. Tau kutip royalti dengan hak penyiaran je.

  Kalau tgk video ni bahasa melayu indonesia dulu tak banyak sgt bezanya dengan bahasa melayu malaysia.

Aku teringin sangat nak tengok video atau gambar lama hitam putih yg versi berwarna. Mcm mn la suasana zaman dulu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
setakat ni filem kita yg berjaya buat restorasi filem "Bukit Kepong"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 03:54 PM | Show all posts
adm7 replied at 28-8-2016 10:37 AM
Good job. Harap ada inisiatif kerajaan atau ngo untuk guna teknologi utk repair filem2 dan dokumenta ...

betul...bahasa melayu malaysia sekarangpun nampak berbeza dengan bahasa melayu zaman P ramlee

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita hang tuah by p.ramlee da bekaler cuba buat 4k lak. confirm chantek
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2016 08:30 PM | Show all posts
good effort.

cun pelakon2 pompuan zaman ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 12-9-2016 08:30 PM
good effort.

cun pelakon2 pompuan zaman ni.

Kan ingat kan aku jea yg perasan..cantik2..lepas tue muka macam mat salleh sikit..maybe yg mix belanda kot..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ntah bila nk buat. Opsss rsanya filem lama kat malaysiabni xrosak. Berkualiti tggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh kagum kagum..sgt chantek hasilnyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 11-9-2016 03:33 AM
cerita hang tuah by p.ramlee da bekaler cuba buat 4k lak. confirm chantek

4k ada lcd atau monitor yang mesti dapat support baru cantik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 22-10-2016 09:38 PM
4k ada lcd atau monitor yang mesti dapat support baru cantik

kena tggu bape tahun lg ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 22-10-2016 04:31 PM
kena tggu bape tahun lg ??

dah ada dah. laptop 4k screen rm5000 lebih tv lcd berapa ribu ntah.

kat utube dah ada 4k trailer video. jangan cuba tgkk dengan data plan.

kalau tak mampu nak beli 4k cari FULL HD,1980X1080. jangan terkeliru dengan HD 1368 x768..,Nak tahu kualiti FULL HD  macam mana? gi kedai mamak tgk sport chanel astro. tu lah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 23-10-2016 01:05 AM
dah ada dah. laptop 4k screen rm5000 lebih tv lcd berapa ribu ntah.

kat utube dah ada 4k traile ...

haha, okay boss. tq
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 11:45 AM | Show all posts
mesia tlg baiki citer pontianak lakonan Dato Maria Menado
aku tingin nak tgk pontianak version dolu2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.075642 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list