CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7892|Reply: 94

[Jenayah] Dapur gred C: Keracunan makanan di MCKK

[Copy link]
Post time 22-8-2016 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Star_el at 22-8-2016 11:34 AM

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani | Ogos 19, 2016 22:54 MYT



Dalam kes keracunan di MCKK tersebut, siasatan awal mendapati perkakasan seperti dulang, penapis air, mangkuk dan pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna. - Foto Wikipedia

KUALA KANGSAR: Seramai 56 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan dan tiga daripadanya dirujuk kepada Hospital Kuala Kangsar, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Juita Ghazali, berkata, laporan diterima kira-kira 11.20 malam kelmarin melibatkan beberpa pelajar.

Menurutnya, semalam tiga pelajar dirujuk ke hospital tersebut manakala pelajar lain dirawat sebagai pesakit luar.

Tambah beliau, kes awal mula dikesan sekitar jam 3 petang melibatkan empat pelajar pada Rabu lepas.

Kemudian, 38 lagi pelajar dilaporkan mengalami gejala sama kira-kira jam 7 petang kelmarin.

"Pelajar-pelajar mengalami simptom seperti muntah, loya, demam, pening dan sakit perut. Keputusan untuk ujian makmal masih belum diperolehi.

"Kebersihan dapur juga dilihat menunjukkan tahap kebersihan menurun. Pemeriksaan yang dilakukan pada 7 Ogos lepas, tahap kebersihan adalah 90.81 peratus.

"Manakala tahap kebersihan hanya 68.96 peratus semasa pemeriksaan dilakukan semalam. Makanan yang disyaki tercemar masih dalam siasatan," katanya kepada Astro AWANI pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan antara faktor menyebabkan berlaku keracunan adalah disebabkan penggunaan perkakas yang kotor semasa menyediakan makanan.

Siasatan awal mendapati perkakasan seperti dulang, penapis air, mangkuk dan pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.
"Malah, van yang digunakan untuk mengangkut makanan dari dapur ke dewan makan juga didapati dalam keadaan kotor.

"Kakitangan ada menjumpai ulat sampah dalam van tersebut. Buat masa ini, dapur asrama ditutup mengikut Akta CDC 1988," ujarnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Star_el replied at 22-8-2016 11:32 AM
Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani |  Ogos 19, 2016 22:54 MYT



euwwwww
lahanat kau...bukan nak jaga kebersihan
habes hadek hadek harapan negara keracunan tau x:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2016 11:50 AM | Show all posts
shernazz replied at 22-8-2016 11:39 AM
euwwwww
lahanat kau...bukan nak jaga kebersihan
habes hadek hadek harapan negara keracunan tau x ...

MCKK pulak tu kan, lagilah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2016 11:54 AM | Show all posts
Kontrak pengendali kantin dihenti jika berlaku keracunan makanan
Diterbitkan pada Ogos 22, 2016 07:20 MYT


GOPENG: Kontrak syarikat penyedia dan pengendali makanan di kantin atau dewan makan asrama sekolah akan ditamatkan serta merta jika berlaku kes keracunan dalam kalangan pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata tindakan itu perlu diambil memandangkan langkah memberi amaran beberapa kali kepada pihak berkenaan sebelum ini didapati tidak berkesan.

"Keracunan makanan di sekolah merupakan sesuatu yang serius sebab itu kita (kementerian) tidak mahu lagi memberikan amaran.

"Amaran akan dimasukkan sebagai terma tambahan baharu dalam kontrak pelantikan pengendali atau penyedia makanan, saya akan kajinya," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas kes keracunan makanan di sekolah yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.

Kes terbaharu melihat kes keracunan ke atas 53 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) setelah menikmati hidangan yang disediakan pengendali makanan di dewan makan kolej berkenaan Rabu lepas.

Didapati van yang digunakan untuk mengangkut makanan tersebut kotor selain perkakasan seperti dulang makan, jag, dispenser air, mangkuk, pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.
Di Perak, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata 10 kes keracunan makanan di sekolah direkod sepanjang bulan ini.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 11:55 AM | Show all posts
Star_el replied at 22-8-2016 11:50 AM
MCKK pulak tu kan, lagilah...

bkn kena monitor ke kantin tu seme.....
mmg diakui penat jd pengusaha kantin ni..... breakfast, lunch, minum petang... mkn mlm lg... supper lg....
tu asrama dulu kena keracunan gak.... masuk tv bagai gak time tuh.... kes roti sardin... sardin tak msk ke apa....
aku dulu tak lalu nak mkn kantin ni.... klau ikan hanyir gile kot....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2016 12:02 PM | Show all posts
dinopower replied at 22-8-2016 11:55 AM
bkn kena monitor ke kantin tu seme.....
mmg diakui penat jd pengusaha kantin ni..... breakfast,  ...

Duduk asrama takde option, makan utk survival je
Nnt berderet lettew cerita keracunan makanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2016 12:02 PM | Show all posts
ni sekolah lama wa ni...sekolah budak2 outstanding dalam semua hal..

dulu wa kapten rugby kat sini.

sekarang wa ahli mcoba..






Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:10 PM | Show all posts
lavario replied at 22-8-2016 12:02 PM
ni sekolah lama wa ni...sekolah budak2 outstanding dalam semua hal..

dulu wa kapten rugby kat sin ...

apa nama kedai pau tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 12:12 PM | Show all posts
dulu pernah kena. adoi masa tu tengah percubaan upsr. yang pasti makanan asrama sebab budak asrama je yang kena keracunan. budak luar tak kena pun. jawab exam pun tak selesa asyik nak mencirit je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:16 PM | Show all posts

pi cek internet la...google memang dibuat tuk samdol cam lu.


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 22-8-2016 04:10 AM
apa nama kedai pau tu?

Haha..bijak2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:24 PM | Show all posts

hahahaha kantoiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:25 PM | Show all posts
teringat kenangan dok asrama dulu..
tengah makan sekali kuis nasik, sekor lalat besar tengah terlentang baek..
entah-entah ada yang dah terkunyah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower replied at 22-8-2016 11:55 AM
bkn kena monitor ke kantin tu seme.....
mmg diakui penat jd pengusaha kantin ni..... breakfast,  ...

Ko dak mckk ka dolu?bukan spesis cekodok ke haper la dolu?
Actually kalo dapur tu well managed takde la asyik letih jek ngemas....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:45 PM | Show all posts
bab2 keracunan makanan ni.. hmm...

mmg kotor la kalau sampai kena keracunan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:52 PM | Show all posts
ermmm...ulat sampah dalam van menghantar mknan???mmg kotor lah 2...kesian budak2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 22-8-2016 12:10 PM
apa nama kedai pau tu?

Woohoo..bull's eye
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:54 PM | Show all posts
ngeri betul bila kena keracunan makan ni.
kadang2 makan di kedai nampak bersih pun, balik2 sakit perut. husband dgn anak2 relax je. perut sendiri je yg sensitif agaknya.
sekarang ni stand by pil arang je di rumah dengan kalau pergi bercuti.
agak2 dah start sakit perut, terus makan pil arang. lega sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AnBulisia replied at 22-8-2016 12:10 PM
apa nama kedai pau tu?

Namanya lavapauKontolgedik
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 22-8-2016 12:40 PM
Ko dak mckk ka dolu?bukan spesis cekodok ke haper la dolu?
Actually kalo dapur tu well managed ta ...

bkn la aku cite bab kantin asrama....
keadaan depa gitu la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.063194 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list