CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2079|Reply: 21

[Tempatan] Anak2 penguatkuasa tak menjadi: KL bukan kita punya, dipenuhi warga asing

[Copy link]
Post time 22-8-2016 05:12 PM | Show all posts |Read mode


KUALA Lumpur atau nama pendeknya KL, merupakan antara bandar raya terpenting di Asia Timur.

Bandar ini juga merupakan tempat terletaknya bangunan paling terkenal di seluruh dunia, iaitu KLCC. Bangunan pencakar langit setinggi 88 tingkat ini boleh dilihat di hampir keseluruhan KL, namun yang menjadi persoalan, sejauh manakah rakyat Malaysia memiliki metropolitan ini?

Pada sambutan Aidilfi tri lalu, pusat bandar Kuala Lumpur amat jelas telah dikuasai oleh warga asing untuk beberapa hari terutamanya sekitar KLCC, Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di hampir kesemua stesen bas Rapid,

Komuter KTM dan LRT dipenuhi oleh kelompok ini terutamanya dari Bangladesh.

Di KL Sentral, laluan ke arah Pelabuhan Klang dan Rawang, jumlah warga asing didapati jauh lebih ramai berbanding warga tempatan.

Pada hari bekerja sebelumnya pun jumlah mereka sudah ramai, apatah lagi pada musim cuti.

Kita juga dapat melihat kedai-kedai yang seakan-akan milik warga asing semakin membiak di sekitar ibu negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Malah, warga-warga asing ini semakin berani membuka gerai di tepi-tepi jalan seperti tiada penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka.

Dengan selamba mereka menjual beg, kasut, makanan, sirih dan rokok di kaki-kaki lima di Jalan Silang, Chow Kit dan kawasan-kawasan sekitarnya, sedangkan kita tahu warga asing tidak dibenarkan berniaga!

Jadi, bagaimana mereka ini dibenar menubuhkan syarikat dan berniaga tanpa sebarang sekatan serta pemantauan pihak berkuasa? Apa yang berlaku sebenarnya?

Dahulu mereka datang sebagai pekerja ladang dan buruh kasar. Tetapi sekarang, mereka meraih kekayaan berganda dengan membuka perniagaan.

Mereka berniaga macam-macam barang. Warga asing ini juga sudah berada dalam lot-lot kedai, pasar minggu dan pasar malam.

Mereka menguasai perniagaan borong dan runcit serta hidup senang-lenang. Daripada sekecilkecil perniagaan hingga sebesarbesarnya. Tinjaulah sendiri di sekitar KL.

Selepas menguasai jalan-jalan dan perniagaan, warga asing ini akan menarik ribuan lagi dari negara mereka sehingga mereka boleh mewujudkan koloni mereka sendiri di kawasan tertentu. Jumlah mereka terus membesar.

Sekarang kita tidak berasa seperti berada di Malaysia lagi jika berjalan kaki di banyak tempat di KL. Umpama berada di Dhaka, Islamabad, Yangoon atau Jakarta, kenapa perkara ini boleh terjadi.

Adakah berlakunya unsur rasuah di mana-mana? Melalui laporan khas Sinar Harian, pelbagai keluh kesah terutamanya pihak persatuan peniaga kecil dan penjaja KL didengari mengenai isu warga asing yang terus menguasai KL tanpa ada penyelesaiannya.

"Orang kita sendiri pun sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan, inikan pula warga asing'. Inilah yang sering bermain di fikiran, namun apa yang dilihat adalah sebaliknya.

Akhirnya, ribuan peniaga tempatan keluar dari ibu negara ini dan membiarkannya dikuasai warga asing kerana tidak tahan dengan persaingan dan kesal dengan apa yang berlaku.

Persoalannya, berapa juta sebenarnya warga asing di Malaysia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh punya katak. Warga asing sekadar jaguh menjaja di chow kit boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 05:50 PM | Show all posts
patutnya ko salahkan wak zahid komedi tempe, bukan anak penguatkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak maju sangat kan,itulah hasil yang kita dapat.
2020 konon...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Cash laaa... :zz
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 06:23 PM | Show all posts
rasuah merata2 dari atas sampai kebwah...cmna la anak cucu kita nanti, jahanam mesia di zaman ameno
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ameno pun bakal dipimpin oleh warga bangla. Itu iklan lori sampah sudah terbukti Chittagong mari
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak rohingya pon dah dpt ic..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2016 10:17 PM | Show all posts
selayaknya lah penuh Bangla bila ummah sendiri dah tak terbuat kerja.... dah tu ko nak expect ummah negara kokesen maju ka?....

Bangla pun lagi hensem dari Melayu hidung pesek cuma busuk sket ja sbb miskin. Ko tunggu lah bila mereka ada duit lebih sket nak beli perfume nanti.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlaa... biar laa.. fikir byk pun buat pening..mgkin warga australia pun sama rsa menyampah tgk muka asia sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:34 PM | Show all posts
Nak wat camane hrp melayu2 sume pemalas

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm isu di psar borong,warga asing bebas berniaga tepi2 kaki lima, bukan x leh letak penguatkuasa kt situ, tpi persoalanya knp x letak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:44 PM | Show all posts
biasa la macai peon

ujung2 heran nape kilang kat malaysia tutup dan beralih ke negara lain

peon la katakan.. peon
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2016 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut kata sorang kenalan yg buat biz parking lot, kawasan2 bandar ni mafia yg pegang regardless ada kelulusan or lesen dbkl ke apa..

Jadi sesapa nak berniaga kena bagi duit perlindungan dan mafia2 ni ex prisoner yg recruit junior2 ex prisoner jgk utk jaga kawasan...

Contoh jalan tar tu ada cawangan dia, cheras, dll lah.. kenalan ai tu kena 70% profit mafia tu ambik from biz parking.. ni mafia melayu yg kalau nk nego ajak pak imam masjid sekali..
Jadi pekerja2 asing ni dorang maintenance rendah, nak bayar mafia ni no hal.. drpd dorang bg tempat pada org tempatan yg tak mampu bayar, baik dorang bg perlindungan pd immigrants yg sah2 takut polis dan pasti akan bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:42 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-8-2016 04:51 PM

Sama je lah dengan manusia yang kat atas tu, kami mahu Malaysia dikenali sebagai negara Islam, tapi dalam masa yang sama kami suka corruption.

manusia kat bawah pula, kami mahu kl dikenali sebagai bandaraya metropolitan tapi kami tak mau warga asing!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:12 AM | Show all posts
camne pendatang haram berlambak kat malaya? sama je laa cam pendatang haram malaya kat negara2 maju.....

masuk dgn visa pelancong........ pastu overstay laa........

buat2 tak faham lak..... kasik sebat laa  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
milo_888 replied at 22-8-2016 10:45 PM
Mengikut kata sorang kenalan yg buat biz parking lot, kawasan2 bandar ni mafia yg pegang regardless  ...

Ini cerita yg sama budak dbkl pernah cerita, budak budak ni sampai takut nak saman sbb silap haribulan diorang yg masuk hospital.

Yg mafia ni pulak bela dbkl yg atas nun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 22-8-2016 10:20 PM
Entahlaa... biar laa.. fikir byk pun buat pening..mgkin warga australia pun sama rsa menyampah tgk m ...

Kan...aku pun terfikir benda yang sama

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:45 AM | Show all posts
indon dan bangla ok lagi...serumpun
kl ni paling teruk dengan awang hitamnya
ptui
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:46 AM | Show all posts
hasil dari pak munteri yang ko sayangi.....ahaks!!...hoorey
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.065189 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list