CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3480|Reply: 9

GIWA KACAU SANGAT-SANGAT

[Copy link]
Post time 22-8-2016 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Slm. Nak syer kat sini harap dengan baca pendapat dr para lelaki dan perempuan meby ada sedikit jalan keluar.

Aku janda umur 35 th, ada anak girl dah umo 12 th. dah 9 th bercerai dgn bekas suami dan 1 sen pon x hb tak pernah bg nafkah, anak pon die dah tak pernah datang tengok. Alhamdulillah aku ada kerja yg baik, tapi gaji cukup2 makan je sbb terpaksa bayar hutang yg di buat utk bantu bisnes bekas suami dulu.

Di pejabat aku sangat rapat dgn anak bos aku, seorang lelaki muda baru umur 34 th dan telah berkahwin hampir 10 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Disebabkan banyak masa kami habiskan bersama atas urusan kerja, dan dia pula sangat2 ambil berat pasal aku. Terus terang aku mengaku aku sangat2 sayangkan dia dalam diam, sentiasa mimpikan dia. Pakej lengkap sebagai seorang lelaki idaman, kuat pegangan agama, berkereta mewah, berjawatan, hensem dan sgt bergaya. Ramai anak dara pon tergila-gilakan dia, dan dia juga boleh tahan suka melayan. Aku tak pernah tgk dia tinggal solat di office ataupon ketika kami kerja di luar, puasa penuh termasuk puasa enam. Sangat penyabar dgn sikap aku yg panas baran dan menghormati perempuan, belum pernah dia sentuh tangan aku pon walaupon kami sentiasa bersama kemana-mana. Hubungan kami mcm tu je, dia tak pernah mengaku suka pd aku, walaupon selalu nampak dia mcm cemburu bila aku bercakap dgn lelaki.

Bulan puasa baru2 ni, adik perempuan mak tiri aku meninggal dunia. Mak tiri dan tok tiri aku sangat2 sedih krn arwah meninggal ketika tidur tanpa ada sakit kronik. Sekarang tok tiri (82 th) hanya tinggal seorang anak sahaja lg yg masih hidup iaitu mak tiri aku, dan tiada langsung cucu. Krn arwah juga tiada anak. (Ayah aku baru 1 th kawin dgn mak tiri yg merupakan anak dara tua umo 57 th selepas 1 th ibu aku meninggal dunia).

Baru 40 hari arwah meninggal dunia, tok tiri aku bagi cadangan supaya aku dikahwinkan dgn menantu dia bg mengantikan tempat anak dia yg telah meninggal dunia. Umur M (suami arwah) aku rasa dlm awal 50an, tp bila aku tanya mak tiri aku, umo sebenar adalah 58 th.


Ayah dgn adik aku suruh aku setuju je, sbb die org cakap dah jenuh aku hidup susah dan tak senang mana sepanjang 14 th keje kat KL, harta pon tak de. Yg nampak kereta, tu pon asik sangkut bayar. family tok tiri aku ni org berada di kg, menantu die tu (M) pon byk harta - 5 buah rumah, shop lot 2-3 pintu dan perniagaan yg kukuh di kg.


Kalau kawin dgn die aku pon kena pindah la dok kt kg. Adik aku memandai letak hantaran 15 K pon die relaks je, lg pon die tak de anak. Tok tiri aku cakap kalau aku kawin dgn M, aku tak perlu duduk di rumah M masa hidup dgn arwah. M akan bagi sebuah rumah baru utk aku.


Aku cerita semua ni kat anak bos aku, dia sangat2 menghalang aku drpd kawin. Tapi tak de la pulak dia kata die nak kawin dgn aku. Hari2 dia brain wash aku supaya tolak lamaran tu. Pening kepala aku fikir pasal ni.


tolong la bg pendapat ...... jiwa aku kacau sgt2.









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 12:01 PM | Show all posts
Awak sanggup bermadu ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:18 PM | Show all posts
orang tua2 selalu buat kite dalam dilema bila dia cakap
ikot hati mati
ikot rasa binasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 02:25 PM | Show all posts

tak sanggup dah rasanya makan hati berulam jantung...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:34 PM | Show all posts
QISPINK replied at 23-8-2016 06:25 AM
tak sanggup dah rasanya makan hati berulam jantung...

Kalau begitu anda tidaklah berpeluang dengan anak bos anda 34 tahun sudah berkahwin. Pada masa yang sama, anda tidak berminat kepada yang 58 tahun. Tapi mungkin awak akan terima yang 58 tahun disebabkan oleh keluarga dan anak serta kehidupan yang lebih baik. (berkorban)

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2016 12:57 PM | Show all posts
Maaf la sis.ak bc pun naik pening bc situasi ko ni.

My advice is:
1) Confront anak bos tuh and tnya betul perasaan dia terhadap ko.tp kalo sis x sanggup bermadu,well forget it.

2)kalo rasa bole dpt lg bagus dr si M baik sis bersabar dan terus berusaha mencari.

3)kalo x tahan sgt dr pressure family.terus kan ajer.mayb jodoh sis di situ.mana tau bakal hubby bg satu platinum kad utk blanja.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2016 02:26 PM | Show all posts
my advice.. bersamalah dgn org yg syg kita dan kita syg jugak kt org tu..tapi biar dia syg lebih dari kita.. memandangkan u mmg tak nak poligami so lupakan je anak bos u tu.. dgn yg duda tu pun u tak nak jgk..tapi klu u rasa u dah takde pilihan lain ..terima jelah lamaran duda tu..sbb dia serba serbi mampu tanggung u dan anak.. sebaik baiknya solat istikharah minta petunjuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 02:38 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Tetiba hari ni aku buka balik post ni, dah setahun pon. Terima kasih banyak kpd rakan2 yang tinggalkan nasihat dan pandangan. Aku doakan u all sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT dan murah rezeki.

Imbau semula kenangan lalu, aku solat istikharah waktu malam. Bangun pagi aku murung je... waktu tu aku terlibat dgn program menteri. Anak bos aku pon sama. Tp sbb bz dgn tugas masing2 aku tak jumpa pon dia. Allah nak tunjuk cepat sungguh.... petang tu aku ternampak anak bos aku dok tengah date dgn sorang perempuan. Dia tak nampak aku, pd masa yg sama dia dok wsp aku, tanya dah mkn ke belum, kalau letih balik bilik (hotel) rehat, nak makan apa nanti dia belikan n hantar ke bilik.

Baik nye la.... hakikatnya dok tgh memadu kasih. ceh....  Aku terus pergi kat dia, tekejut beruk dia. aku buat mcm x de apa2. tapi hati aku meletup kat dalam. Dia usaha terangkan kat aku yg dia tgh bincang hal kerja dgn girl tu.

Aku balik bilik, mlm td baru buat solat isthikarah, hr ni dah nampak depan mata. Aku col adik aku, aku cakap buat je la apa yg family rasa terbaik utk aku. aku akan ikut je. Hakikatnya aku sgt2 kecewa dgn anak bos aku tu.

Lepas kejadian tu hubungan aku dgn anak bos aku mcm biasa semula. Dia langsung tak tahu yg persiapan perkahwinan aku tgh berjalan kat kg aku. Semua family aku yg uruskan, aku hanya buat pemeriksaan kesihatan saringan HIV tu je.

28 Sept 2016, aku edar kad jemputan perkahwinan aku kat office, semua sgt2 terkejut sbb die org semua nampak yg aku rapat sgt dgn ank bos aku tu, so die org ingat yg kami akan kawin.

Ank bos paling terkejut, pucat muka dia. Dia kata sampai hati tak bg tahu dia awal2.

1 Okt 2016, majlis akad nikah aku dgn M. Duduk atas pelamin dgn org yg aku tak berapa kenal. Adik aku cakap muka aku nampak blur gila. huhu....

Alhamdulillah... sekarang dah hampir setahun aku jd isteri M. Aku dah tukar tempat kerja di utara tanah air, tinggal bersama suami. Anak aku sekolah swasta dan tinggal di asrama. Hubungan aku dgn anak bos aku dah putus. lepas nikah terus perasaan suka kat dia hilang. Aku terima kekurangan suami aku mcm mana dia terima kekurangan aku.

Walaupon sehingga kini belum wujud perasaan cinta terhadap suami aku, tapi kebaikan dia buat aku rasa rindu.

Suami aku masak setiap hari, aku cuma masak kalau aku rasa nak masak, tu pon jarang2 sgt. Aku hanya belanja utk keperluan anak aku sahaja, semua keperluan rumah semua suami aku dah sediakan.

Walaupon baru setahun berkahwin, dah 5 kali pergi bercuti. Belum masuk perancangan bercuti utk hujung tahun ni. Anak aku seronok sgt, sbb sebelum ni nak bercuti sekali setahun pon susah.

Kehidupan aku sekarang betul2 tenang.... Alhamdulillah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2017 04:02 PM | Show all posts
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:12 AM | Show all posts
QISPINK replied at 12-9-2017 02:38 PM
Assalamualaikum...

Tetiba hari ni aku buka balik post ni, dah setahun pon. Terima kasih banyak kp ...

Waalaikumsalam,

Tahniah sis, berkat solat istikharah, cepat je dpt petunjuk. Hope berbuah la perasaan syg sis pd hubby. In Shaa Allah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.067749 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list