CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3329|Reply: 20

[Tempatan] Datuk bertatu naga ditembak mati

[Copy link]
Post time 23-8-2016 01:19 AM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk terbunuh selepas ditembak sebanyak enam kali ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara pada awal pagi.

Mayat mangsa keturunan Cina itu hanya dijumpai pada pukul 7 malam pada Ahad, dan mangsa dipercayai dibunuh pada awal pagi Sabtu.

Dia ditemui di tempat duduk kenderaan Toyota Hilux, kira-kira 300 meter dari tempat tinggalnya di Taman Yulek, Cheras.

China Press melaporkan, sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dengan tulang rusuk kiri mangsa terkena empat peluru dan masing-masing sebutir peluru terkena tangan dan belakang tubuhnya.

Polis menyiasat kes itu daripada pelbagai aspek, tetapi tidak menolak kemungkinan pembunuhan adalah bermotifkan dendam.

Mangsa yang berbadan gemuk dan berkepala botak mempunyai tatu bermotif naga pada kedua-dua tangan manakala tatu berupa rama-rama dan pisau pada kaki. Dia dipercayai pernah terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

Mangsa juga dilaporkan mempunyai dua buah rumah teres bertingkat dua di jalan dan taman perumahan yang sama, dan dia dikhabarkan bersedudukan dengan teman wanitanya.

Rumah mangsa boleh dikatakan dikawal ketat dengan dua ekor anjing yang dipelihara dan kamera litar tertutup (CCTV) dipasang pada pintu pagar.

Menurut jiran, mangsa dikenali penduduk setempat sebagai "Datuk".

"Kami terdengar bunyi tembakan pada awal pagi Sabtu, tetapi menyangka ia adalah letupan mercun dan tidak memberi perhatian," kata seorang jiran.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Azman Mohd. Isa mengesahkan kes tersebut tetapi tidak mengulas lanjut.


http://malaysiagazette.com/ms/akhbar...-ditembak-mati



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 01:31 AM | Show all posts
selayak nya lah.
elohim itu maha adil.
terus bayar cash
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:01 AM | Show all posts
Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 23-8-2016 01:31 AM
selayak nya lah.
elohim itu maha adil.
terus bayar cash

Dah pulak sis ni........   cash terus.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:06 AM | Show all posts

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ignorant nya jiran.. Perbuatan biasa ke bakar mercun awal pagi sabtu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 07:49 AM | Show all posts
ermmmmm....ramai lagi tu....mmg tak heran pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:04 AM | Show all posts
kalau gengster cash la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana hari ahad baru jumpa? Org tak perasan ke keta tu tak bergerak dari pg sabtu?....


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:52 AM | Show all posts
syd takde gambar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:56 AM | Show all posts


jawapan yang langsung xleh ku terima...
sungguh xalert ini Jiran..

"Kami terdengar bunyi tembakan pada awal pagi Sabtu, tetapi menyangka ia adalah letupan mercun dan tidak memberi perhatian," kata seorang jiran


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:17 AM | Show all posts
rumah dikawal ketat
tunggu mangsa keluar rumah
tahan kereta dan tembak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:27 AM | Show all posts
ini Dragon la tuan ... Malik n  Jai kasik tanam, kasik jadi pocong
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:29 AM | Show all posts
jahat sangat kut.. tu jiran tak amik port
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:44 AM | Show all posts
Mangsa yang berbadan gemuk dan berkepala botak mempunyai tatu bermotif naga pada kedua-dua tangan manakala tatu berupa rama-rama dan pisau pada kaki. Dia dipercayai pernah terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

komen aku :
amboiii.. geram sgt ke wey sampai tulis berbadan gemuk? at least berbadan gempal.
kepala botak? perlu ke tulis?
jiran2 x ambik port.. maybe jahat sgt or tlalu blagak sampai org x ambik port bunyi apa..
x sempat booking tinted kalis peluru ke bang?
datuk ni datukship mana?
girlfriend dia dh kantoi kah bersekedudukan dgn Datuk ni, komen amoi rumah Datuk?

sekian komen dan persoalan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:55 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 23-8-2016 10:56 AM
jawapan yang langsung xleh ku terima...
sungguh xalert ini Jiran..

kalu kawasan tempat tinggal aku pun, mungkin aku macam jiran ni jugak kot,
aku tinggal kat kawasan cina, kerap sangat diorang main mercun , kadang2 sampai 3,4 pagi...

tak kira masa, bukan waktu perayaan saje diorang suka main mercun, birthday party ke, kenduri kawin ke , memang diorang suka main mercun..
agaknya, kalu kalu ada hari2 ada orang kena tembak  pun, aku akan ingat orang main mercun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 12:11 PM | Show all posts
Oh kongsi golap
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 12:48 PM | Show all posts
Takziah le ... once you're in, there's no way out
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 04:34 PM | Show all posts
Mcm mana boleh dpt status Datuk kalau dah bertatu bagai...takde filtering system ka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 04:38 PM | Show all posts
laaa korang salahkan jiran dah kenapa??

cuba korang di tempat jiran tu, korang buat ape???

kalo bangkem pon, bukannya hari2 dengar bunyi tembakan pistol, jadi otak bangkem akan secara sub-sedar anggap itu bunyi lain yang lebih familiar iaitu bunyi mercun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.098366 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list