CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6302|Reply: 68

[Tempatan] Akak cute di isythihar muflis kerana pembelian kereta yang tidak pernah dibeli

[Copy link]
Post time 23-8-2016 01:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 22-8-2016 05:33 PM


Balkhis mengharapkan kesulitan yang dihadapinya mendapat pembelaan


KOTA BHARU - Seorang wanita terkilan setelah dirinya diisytiharkan muflis disebabkan tunggakan pinjaman pembelian kereta sedangkan dakwanya dia tidak pernah menandatangani perjanjian atas urusan tersebut.


Balkhis Alias, 44, berkata, pada tahun 1999 dia membuat pinjaman kira-kira RM20,000 dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk pembelian perabot di pejabatnya di Kuantan, Pahang dengan dua penjamin.

Balkhis mengakui sebelum ini dia ada berkaitan pinjaman perabot namun dakwanya usaha untuk mendapatkan dokumen sah berkaitan hutangnya dan perjanjian asal daripada jabatan itu tidak diserahkannya kepadanya sebagaimana permohonannya untuk menjelaskan pembayaran.

“Setelah itu, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan saya didapati tidak bersalah kerana saya bukanlah pemilik kereta, tetapi kepunyaan jabatan tersebut. Saya lega sebab kes ini selesai,” dakwanya kepada Sinar Harian.

Namun katanya, kegembiraan tersebut tidak panjang, apabila sekali lagi jabatan berkenaan telah sekali lagi membawa kes tersebut ke mahkamah.

Lebih mengejutkan pada tahun lalu dia menerima notis tunjuk sebab dan meminta penjelasan daripada pihak berwajib berkaitan hutangnya dengan jabatan tersebut, namun surat tersebut lewat diterimanya.

Rentetan daripada itu, dia terkejut apabila pada penghujung bulan lalu segala transaksi kewangannya sudah disekat dan lebih menyedihkannya apabila syarikatnya juga terpaksa ditutup.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ini melibatkan maruah saya. Lagilah pekerja saya hilang pendapatan sekelip mata. Saya beli perabot bukan kereta.

“Saya bukan tidak mahu bayar hutang perabot, saya boleh bayar, tapi bila minta dokumen perjanjian asal banyak kerenah dan banyak maklumat yang tidak betul,” dakwanya.

Balkhis berkata, dia meluahkan masalah dihadapinya itu kerana bimbangkan dua lagi penjaminnya bakal menerima nasib sama sepertinya, terpaksa menanggung derita atas perkara yang bukan dilakukannya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...ereta-1.554432


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
blur sekejap nak hadam kes akak ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 06:29 AM | Show all posts
aku berkali kali baca.... .... still tak paham.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:07 AM | Show all posts
bingung pulak lps baca artikel...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan mara kuantan beli kete guna nama akak ni? Xphm dan x munasabah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan ni belajar takat manalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat aku sorang yang tak paham2 cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Balkhis ni lawyer lulusan uia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 07:51 AM | Show all posts
Susah ai nak hadam kes akak cute ni. Ini semua salah wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:58 AM | Show all posts
dia cuma buat pinjaman beli perabot
tp hutang atas nama beli kereta...gitu ker,kereta tu atas nama jabatan..
jabatan apa pulak...
boleh ke gitu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:09 AM | Show all posts
aku paham mcm neh

dia utang mara 20ribu beli perabot tapi dia tak dpt dokumen asal perjanjian utang dari mara so dia tak bayaq utang tuh

masuk court then dia menang.

tapi ada orjabatn berhantu sudah guna nama dia beli keta tak bayaq so court bg dia muflis

so takat tuh yg aku paham

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:20 AM | Show all posts
peguam bermasalah
siapa tak kenal dia kat kuantan ni?
muflis pun bukan sebab yg dia jaja dalam paper tu
muflis sebab lain
sudah2 la drama
meluat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk je jabatan beli barang2 claim company guna nama stafff...yg biasa aku handle ...sekolah beli utk pejabat tapi guna nama staff...kalau gomen plak...beli barang utk kegunaan pegawai atasan guna nama staff...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:29 AM | Show all posts
bangsat betul saper yg tulis berita ni.....pening kepala aku nak hadam
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:29 AM | Show all posts
wartawan ni masa srp buat karangan pun tak lepas gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:31 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 23-8-2016 08:20 AM
peguam bermasalah
siapa tak kenal dia kat kuantan ni?
muflis pun bukan sebab yg dia jaja dal ...

awat sis??macam ada memory luka dgn akak loyer neh ja ...story sket sis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 08:40 AM | Show all posts
saviour_09 replied at 23-8-2016 08:20 AM
peguam bermasalah
siapa tak kenal dia kat kuantan ni?
muflis pun bukan sebab yg dia jaja dal ...

cuba cerita apakah kisahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:43 AM | Show all posts
muahahahaaa
memory luka takde
tapi siapa yg kenal tau la
takpe la let it be as a lesson je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 08:51 AM | Show all posts
mujur bukan aku je yg blurr baca kisah akak cute nih..

wartawan ni skolah dulu BM dia gred apa?

mohon porumer yg suka bg Gred dtg mcemar duli.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 09:05 AM | Show all posts
cmner tu...xfhm ler cite nya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.081641 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list