CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1910|Reply: 7

[Tempatan] Seorang wanita melayu seiras Dato Lee Chong Wei

 Close [Copy link]
Post time 23-8-2016 04:53 AM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1280x459.



Kagum dengan raut wajah yang sama, status dan gambar Ika dikongsi berkali-kali oleh pengguna Facebook yang turut mahu mengenalinya secara peribadi.

KUALA LUMPUR - Wajah dan paras rupa wanita bernama Ika Syazwani yang menyerupai rupa wira badminton negara, Datuk Lee Cong Wei menjadikannya ‘bintang’ laman sosial apabila dia dibanjiri dengan permintaan untuk menjadi rakan di Facebook.

Ia ekoran ucapan tahniah yang diutuskan Ika, pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berusia 24 tahun, kepada Chong Wei di Facebooknya sempena acara sukan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Tahniah kepada kembar saya! #DatoLCW,” tulisnya yang turut disertakan dengan gambar dirinya dan Chong Wei bersebelahan.

Kagum dengan raut wajah yang sama, status dan gambar tersebut dikongsi berkali-kali oleh pengguna Facebook yang turut mahu mengenali Ika secara peribadi.

“Siapa sangka ada orang yang merasakan wajah saya mirip Datuk Lee Chong Wei. Mungkin kerana kami mempunyai struktur muka yang sama,” kata Ika seperti yang dipetik The Star Online.

Ia salah satu daripada beberapa siri status yang dimuatnaik dengan menggelarkan dirinya sebagai kembar Chong Wei.

Gambar Ika pernah diviralkan pada tahun 2013 juga atas sebab yang sama kini kembali popular pada acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Saya sentiasa tergelak memikirkannya kerana bagi saya ia amat melucukan. Saya tidak pernah menyangka ia akan menjadi viral, ” katanya, menjelaskan ia mungkin kerana neneknya berbangsa Cina.

Selaku peminat Chong Wei, Ika menonton semua siaran langsung perlawanan beliau di Sukan Olimpik Rio dan terus mengemaskini status perlawanan di Facebook miliknya.

“Datuk Lee sangat hebat. Saya begitu teruja sehingga pernah berasa untuk ke Rio. Ia lebih mengujakan apabila Datuk Lee mara ke peringkat akhir. Saya sangat bangga,” katanya.

“Semasa perlawanan akhir, dia kelihatan letih. Mungkin tidak mendapat rehat yang cukup selepas perlawanan separuh akhir.

“Secara keseluruhan, Datuk Lee adalah yang terbaik. Walaupun beliau memenangi pingat perak, tetapi kita semua tahu beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Tahniah sekali lagi, ” katanya.

Selain sukan badminton, Ika juga berminat dalam sukan automotif seperti perlumbaan drag dan drifting.


http://www.freemalaysiatoday.com/cat...-laman-sosial/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak simpati....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 05:15 AM | Show all posts

Kenapa akak simpati?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la buat menumpang famous sekejap
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 06:54 AM | Show all posts
dari dulu dah viral ni
jodoh mereka kuat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 07:06 AM | Show all posts
mmg cop yg sama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 22-8-2016 09:11 PM
Akak simpati....

Khennn....kakak pun simpati dgn kehazaban wajah cikki ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074356 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list