CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 731|Reply: 1

[Dunia] Di China, Berkhemah di tebing berketinggian 1,700 meter disediakan WiFi

[Copy link]
Post time 23-8-2016 07:26 AM | Show all posts |Read mode


HENAN - CHINA. Bagi yang inginkan cabaran, pasti aktiviti berkhemah di tebing gunung adalah aktiviti yang anda inginkan.

Buat pertama kalinya, satu aktiviti berkhemah di tebing gunung di laluan pejalan kaki yang sempit di tebing gunung Laojun di wilayah Henan, China dianjurkan.

Salah seorang penganjur aktiviti itu, Xu Lei berkata, mereka membenarkan sekitar 100 pengembara tidur di kaki gunung berkenaan dan berpeluang melihat pemandangan matahari terbit yang menakjubkan.

"Kami mula mendaki pada petang Jumaat dan mula memasang khemah di sepanjang laluan pejalan kaki berkayu pada ketinggian 1,700 meter," kata Xu.

Kawasan perkhemahan tersebut terletak di laluan pejalan kaki di belakang gunung berkenaan dengan angin yang perlahan dan tidak dibuka kepada pelancong biasa.

"Ia adalah tempat yang agak selesa untuk peserta," ujarnya

Tambah Xu lagi, peserta berpeluang menikmati  pemandangan lautan awam yang boleh dilihat pada jam 10 malam pada Jumaat dan berterusan sehingga jam 5.00 petang pada hari berikutnya.

"Ia memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan kelihatan seolah-olah berada di tengah-tengah lautan.

"Jangan bimbang, pagar turut di pasang bagi mengelakkan peserta terjatuh ketika tidur pada waktu malam," katanya.

Pihak pengajur turut meletakkan tandas mudah alih dan lampu suluh untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

'Ia adalah sangat mendebarkan untuk melakukan yoga pada ketinggian 2000 meter, " kata pemandu pelancong berusia 28 tahun, Qu Wei.

Katanya, lokasi tersebut turut dilengkapi rangkaian Wifi dan membolehkan pelancong berkongsi pengalaman mereka di rangkaian media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 08:02 AM | Show all posts
  


kalau ribut tiba2 masa tgk tido, mcmana agak nya..  atau setiap pelawat telah ada safety belt yg di pakaikan seiap masa...  



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.077253 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list