CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6640|Reply: 77

[Jenayah] syabas public bank enggan bersekongkol dengan tauke kondo lembu

[Copy link]
Post time 23-8-2016 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 23-8-2016 08:51 AM

terima kasih pegawai bank
terima kasih rafizi
disuruh bela lembu tapi pergi beli kondo


ISNIN, 22 OGOS 2016 @ 2:34 PM

Pengerusi Eksekutif NFCorp, Public Bank gagal capai penyelesaian




KUALA LUMPUR: Perbadanan Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFCorp), Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan tiga pihak lagi gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan tindakan perundangan mereka terhadap Public Bank Berhad berhubung kebocoran maklumat sulit akaun bank.

Peguam Syed Ismat Syed Muhammad mewakili NFCorp, berkata terma yang dicadangkan bagi penyelesaian itu tidak dipersetujui Public Bank. Beliau berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 21 Oktober ini untuk Mohamad Salleh memberi keterangan pada pendengaran kes saman itu.

Syed Ismat ditemui pemberita selepas bertemu Hakim Datuk John Louis O'hara di dalam kamar hari ini dengan kehadiran peguam mewakili bank berkenaan, Yoong Sin Min, yang mengesahkan bahawa tiada penyelesaian dicapai.

Pada 22 Mei 2012, NFCorp, tiga subsidinya -- National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Real Food Company Sdn Bhd -- serta Mohamad Salleh, memfailkan saman terhadap Public Bank berhubung pelanggaran kontrak untuk melindungi maklumat sulit akaun bank mereka.

Plaintif mendakwa reputasi dan kredibiliti perniagaan mereka terjejas berikutan pelanggaran Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) itu.

Plaintif turut mendakwa maklumat bank akaun mereka yang dibocorkan itu digunakan oleh Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli untuk menyokong dakwaan bahawa plaintif telah mempengaruhi pinjaman kerajaan untuk membeli lapan hartanah KL Eco City. - BERNAMA

bharian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 08:48 AM | Show all posts
kalau salah tak kemana....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Reputs dan kredibiliti perniagaan lembu dalam condo Marina Bay lagi penting dari isu amik duit rakyat? Only in Malaysia and Zimbabww
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:01 AM | Show all posts
kenapa kondo KL Eco City?

bukan ke aritu nama kondonya lain?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:07 AM | Show all posts
bodo mana la p create undang2 melindungi jenayah ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:09 AM | Show all posts
ada byk kondo dibelinya
syabas suami Wanita UMNO
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni suing the bank atas dasar bank's negligence kan. Bafia not involved kalau aku tak silap. Some nerves some people have :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 10:18 AM | Show all posts
alzan replied at 23-8-2016 10:01 AM
kenapa kondo KL Eco City?

bukan ke aritu nama kondonya lain?

ada banyak hartanah dibeli
bukan satu kondo sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, John O'Hara dah jadi hakim yer?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhir nya cina jugak disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:59 PM | Show all posts
Ini salah dapig ka cai?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
alzan replied at 23-8-2016 10:01 AM
kenapa kondo KL Eco City?

bukan ke aritu nama kondonya lain?

Ada banyak kondo. Dapat 250juta bai. Takkan beli sebiji dkt one menerung tu je
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 03:39 PM | Show all posts
nikaido replied at 23-8-2016 03:11 PM
Ada banyak kondo. Dapat 250juta bai. Takkan beli sebiji dkt one menerung tu je

kena pelbagaikan bisnes, jika harapkan perniagaan teras aje, jika harga jatuh, syarikat juga yg rugi,

Syarikat2 lain juga telah lama buat seperti yg NFC buat. tiada yg pelik sebenarnya. Buat apa duit beku dlm bank, jika ianya belum lagi nak digunakan untuk perniagaan teras syarikat. lebih baik dilaburkan untuk menambah keuntungan syarikat.
Cuma syarikat lain penerajunya tiada yg kaitan dgn org politik, tiada yg isteri atau suaminya ahli politik. jadi taklah dipolitikkan.

Seperti jugak syarikat2 perladangan lain, tidak perlu mengharapkan hasil dari sawit aje, kena pelbagai bisnes seperti hartanah, hopitality dll.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 04:05 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-8-2016 03:39 PM
kena pelbagaikan bisnes, jika harapkan perniagaan teras aje, jika harga jatuh, syarikat juga yg ru ...

bai, ini NFC bukan kedai milik bapak atau tokwan si salleh
bukan boleh suka hati nak beli atau invest ikut suka hatinya
kena ikut visi dan misi yang ditetapkan oleh kerajaan

tahu tak apa maksud fidlot bai?



The Pusat Fidlot Nasional (PFN) or National Feedlot Centre (NFC) was set up by the Government as a concept zone to meet the goals and objectives in accordance with the National Meat Policy (Ruminant Sector) 2006.


They include to develop the National Feedlot Centre concept for commercial and integrated cattle feedlot farming; to establish a beef production system through contract farming with a sustainable and integrated chain of product marketing throughout Malaysia; and to establish an integrated supply chain for beef production involving downstream and upstream activities through companies such as National Feedlot Corporation Sdn Bhd.


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 04:20 PM | Show all posts
dizzzek replied at 23-8-2016 04:05 PM
bai, ini NFC bukan kedai milik bapak atau tokwan si salleh
bukan boleh suka hati nak beli atau in ...





Betullah tu, NFC memang bukan milik Datuk Salleh... Sebab itu dia tak boleh buat sesukahati.
Keputusan yg dibuat termasuk membeli kondo mengikut  peraturan dan prosedur Syarikat NFC yg perlu ditentukan
sama ada melalui mesyuarat Lembaga Pengarah atau Mesyuarat Agung Tahunan.











































Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 04:23 PM | Show all posts

so ertinya si salleh salahguna kuasanya dan salahguna dana NFC la
selayaknya dihukum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 04:56 PM | Show all posts
dizzzek replied at 23-8-2016 04:23 PM
so ertinya si salleh salahguna kuasanya dan salahguna dana NFC la
selayaknya dihukum

maknanya tak ada salahlaku dan memang patutlah dia dibebaskan, dia mengikut prosedur syarikat, kondo yg dibeli pun bukan miliknya, itu milik NFC.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 04:58 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-8-2016 04:56 PM
maknanya tak ada salahlaku dan memang patutlah dia dibebaskan, dia mengikut prosedur syarikat, kon ...

kau rujuk mana kata dia tak bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 05:20 PM | Show all posts
dizzzek replied at 23-8-2016 04:58 PM
kau rujuk mana kata dia tak bersalah?



Selasa, 24 November 2015 @ 12:12 PM   
Mohamad Salleh dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah      
            
     


     





Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, melepas dan membebaskan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, untuk melepas dan membebaskan Mohamad Salleh mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah, sebentar tadi.
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh didakwa melakukan pecah amanah RM9,758,140 untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium dan memindahkan RM40 juta ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd pada 2009.
Sementara itu Bernama melaporkan, Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir tidak membantah permohonan itu.
Mohamad Salleh yang berada dalam kandang tertuduh meraup mukanya tanda syukur selepas mahkamah membebaskannya daripada keempat-empat pertuduhan.
Muhammad Shafee turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pendakwaan yang mempertimbangkan permohonan anak guamnya dan kepada mahkamah kerana memberi laluan dan ruang kepada anak guamnya.
Isteri Mohamad Salleh, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO dilihat memeluk suaminya selepas selesai prosiding.
Terdahulu, Syed Faisal memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu selepas meneliti surat representasi yang dikemukakan peguam pada 4 Nov lepas.
Muhammad Shafee bagaimanapun berhujah anak guamnya sepatutnya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan bukan dilepas tanpa dibebaskan seperti yang diputuskan oleh jabatan tersebut.
"Kami berharap bagi perintah dibebaskan dan bukannya dilepas tanpa dibebaskan kerana semua pertuduhan terhadap beliau (Mohamad Salleh) adalah tergantung di awang-awangan," katanya.
Perbicaraan kes itu bermula pada 23 Jun 2014 dengan saksi pertama pihak pendakwaan memberi keterangan, bagaimanapun perbicaraan ditangguhkan selepas Mohamad Salleh mengemukakan permohonan bagi membatalkan dua pertuduhan pecah amanah itu.
Pada 28 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan kes Mohamad Salleh diteruskan dengan perbicaraan di Mahkamah Sesyen selepas menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan pecah amanah itu.
Pada 12 Mac 2012, Mohamad Salleh, 66, yang juga pengarah NFCorp mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.
Mohamad Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Kedua-dua pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mohamad Salleh juga menghadapi dua lagi pertuduhan berkaitan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan syarikat untuk membuat sebahagian daripada pembayaran bagi pembelian unit-unit kondominium.
Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM30,000.
Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita berkata permohonan pihak pendakwaan supaya Mohamad Salleh dilepas tanpa dibebaskan tidak sesuai kerana perbicaraan kes itu telah bermula.
Mohamad Salleh juga melahirkan rasa kesyukuran atas keputusan mahkamah hari ini.
"Syukur kepada Allah yang merahmati dengan keadilan ini. Allah amat mengasihani," katanya




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 05:23 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-8-2016 05:20 PM
Selasa, 24 November 2015 @ 12:12 PM   
Mohamad Salleh dibebaskan daripada tuduhan pecah aman ...

bai, kes belum habis lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071329 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list