CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20278|Reply: 392

[Tempatan] Gaji besar cecah RM5,000 belum tentu hidup selesa di KL

[Copy link]
Post time 23-8-2016 01:10 PM | Show all posts |Read mode


23 Ogos 2016
Kuala Lumpur       

"Wahhh...orang KL dah balik, boleh la kita mintak orang KL belanja...orang KL kan kaya-kaya..." - Itulah ungkapan yang biasa kita dengar bila mereka yang kerja dan tinggal di Kuala Lumpur ataupun Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Label 'orang kaya', 'geng berduit' dan sebagainya sering digambarkan kepada golongan warga kota itu.

Namun, realitinya jauh berbeza. Masih ramai orang di kota yang 'kaya' tapi 'miskin'. Bergaji mencecah RM5,000 belum tentu boleh hidup mewah di kota raya. Bermacam-macam hutang dan bil perlu dibereskan. Apatah lagi dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang melonjak sejak kebelakangan ini sehingga memaksa ada orang KL yang terpaksa ikat perut.

Sinar Harian mengupas realiti hidup warga kota dan memaparkan luahan rasa serta kesukaran mereka menguruskan kewangan demi kelangsungan hidup.

KISAH 1- Baki pendapatan hanya 'cukup-cukup makan'

Harga barangan yang melonjak naik selepas pelaksanaan GST menyebabkan rakyat termasuk golongan masih bujang rasa terhimpit menjalani rutin harian tinggal di kawasan bandar.

Peniaga makanan, Muhammad Aidil Zailani, 23 berkata, meskipun pendapatan diperoleh hampir RM3,000 sebulan, namun setelah ditolak perbelanjaan dan kos keperluan lain, baki yang tinggal hanya ‘cukup-cukup’ makan untuknya bertahan hingga ke bulan seterusnya.

Anak sulung daripada lima beradik ini berkata, dia yang masih bujang perlu menanggung seorang adiknya yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Katanya, hanya dia seorang bekerja dan tidak boleh bergantung harap kepada ibu dan bapanya berikutan kedua-duanya perlu menanggung tiga lagi adik yang masih bersekolah.

“Ikutkan saya boleh dapat lebih kurang RM3,000 sebulan, tapi itu belum tolak ansuran pinjaman kereta, petrol, bil telefon, api dan air serta peruntukan wang saku adiknya.

“Kalau dikira-kira, kadang-kadang memang tak cukup wang yang diperoleh, jadi saya terpaksa membuat kerja sampingan berniaga gajet alat komunikasi dan sebagainya untuk cari wang lebih,” katanya.

Muhammad Aidil berkata, kos sara hidup menjadi tinggi apabila barangan keperluan dibeli naik mendadak sejak kerajaan melaksanakan GST.

Katanya, sebagai peniaga, dia juga perlu menanggung GST, sebagaimana yang ditanggung pengguna akhir.

Lebih membebankan dia yang tinggal di Puchong terpaksa menanggung kos tol sekiranya ada urusan di luar Puchong.

“Bila nak urus kewangan memang saya akan dahulukan mana yang perlu dulu, kalau terdesak sangat barulah pinjam daripada ahli keluarga.

“Cuma saya agak bernasib baik kerana tak perlu tanggung kos rumah sewa kerana tinggal bersama keluarga,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 01:27 PM | Show all posts
berbelanja lah mengikut keperluan dn gaji


Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:29 PM | Show all posts
gaji 5K, kalau anak 5, kat celah spenda mana besarnya tuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:31 PM | Show all posts
5 ribu besar mehh..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:34 PM | Show all posts
belanja ikut duit, bukan duit ikut belanja
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 23-8-2016 01:29 PM
gaji 5K, kalau anak 5, kat celah spenda mana besarnya tuh

Anak itu kan rezeki...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 01:47 PM | Show all posts
gaji 5K x kira besar la .... apa daaaaa ........
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 01:48 PM | Show all posts
5K tu besar la woiii.....

Kawal la jumlah anak tu..... 3 orang cukup dah..... Rumah tu pun, kalau boleh cari la landed yang medium cost.... Kereta pun, pakai Saga FLX pon dah ok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 02:07 PM | Show all posts

Org2 mcm gini gaji RM10,000 oso tak kan cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ok ape 5k tu...me bujang  dulu duk kl gaji 1.5k je
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:13 PM | Show all posts
nk murah rezeki...rjin2 la sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu single bleh la kata 'mewah sket'... tp klu yg berkeluarga tu...bertabah lah... asal ckup mkn pkai blaja n kesihatan baik bersyukurr lah okeh kwn2
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:16 PM | Show all posts
gaji 5k ni pojaan trisna berkerak tu jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:18 PM | Show all posts
fifie_olin replied at 23-8-2016 02:13 PM
nk murah rezeki...rjin2 la sedekah

keh keh keh

sedekah sebab mahu murah rezeki meh?
niat itu sedekah kena tukar meh:
"sahaja aku sedekah kerana mahu dapat rezeki lebih"

keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
gaji rm5,000 mesti la nk pakai honda, mesti nk umah semi d. nafsu beb nafsu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:22 PM | Show all posts
Ah_Kwan replied at 23-8-2016 02:18 PM
keh keh keh

sedekah sebab mahu murah rezeki meh?

pundek ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2016 02:31 PM | Show all posts
aechae replied at 23-8-2016 02:14 PM
Klu single bleh la kata 'mewah sket'... tp klu yg berkeluarga tu...bertabah lah... asal ckup mkn pka ...

keh keh keh

bila seolang..rezki seolang
bila dua olang..rezki 2 olang
bila 3 orang..rezki 3 olang

hanya mereka yang tiada percaya kepada Allah sahaja yang tiada percaya pada rezeki yang Allah beri..

tetapi syarat berdoa meminta tetap pertama...
diturut usaha sudahlah pasti...
tiada boleh hanya lopong menanti...
sudah usaha...serahlah kembali
baru benar pegangan hakiki

"kami tidak meminta rezeki dari kamu, malah kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu"

keh keh keh

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:32 PM | Show all posts
gaji besar pon hidup atas bantuan kredit card juga, gali sini kambus sana
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Thats why sbelum jolok cekpit pikir masak2 sis..kalau sbelum membiak pon hidup ikat perut..apa kau ingt lepas mengakang membiak trus kuasa sihir ajaib saktu muncul bagi dulang emas??? Choi la sis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2016 02:38 PM | Show all posts
Berapa tangga jagi baji level manager?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.652325 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list