CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96489|Reply: 1302

[Tempatan] Lagi... Pencabulan seks di maahad tahfiz penceramah tersohor disiasat

[Copy link]
Post time 24-8-2016 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dizzzek at 24-8-2016 05:59 PM

sila rujuk di FB memasing:
syed azmi 'Insiden Maahad Tahfiz Neraka'


Pencabulan seks di maahad tahfiz penceramah tersohor disiasat




IPOH, 24 Ogos — Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai dakwaan pencabulan seksual di sebuah maahad tahfiz di sini yang dimiliki seorang penceramah bebas terkemuka.

Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.

“Memang ada laporan dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan melengkapkannya secepat mungkin.

“Dalam hal ini kita kena berhati-hati dan teliti serta menjaga semua aspek,” katanya kepada pemberita pada majlis Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia Negeri Perak.

Abdul Rahim diminta mengulas mengenai viral menerusi WhatsApp baru-baru ini mengenai beberapa pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain berlaku seks luar tabii.

Menurut Abdul Rahim, kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin berkata pihaknya telah membuat lawatan ke mahaad tahfiz berkenaan beberapa hari lalu.

“Dalam lawatan itu, pegawai JAIPk telah menemuramah beberapa pelajar,” katanya.

Menurut Mohd Yusop walaupun berdaftar dengan JAIPk, segala urusan pentadbiran termasuk pengambilan pelajar dikendalikan sepenuhnya oleh maahad tahfiz berkenaan kerana ia merupakan institusi swasta. — Bernama

themalaymailonline




Berita mengenai dakwaan salah laku seksual membabitkan mangsa pelajar pusat tahfiz itu menjadi viral melalui media sosial terutama Facebook sejak semalam dengan tajuk 'Insiden Maahad Tahfiz Neraka'.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2016 04:00 PM | Show all posts
Polis siasat kes cubaan cabul pelajar maahad tahfiz


RABU, 24 OGOS 2016 @ 2:02 PM
Oleh Farah Suhaidah Othman
bhnews@bh.com.my

IPOH: Polis menerima laporan berhubung kes seorang pelajar sebuah sekolah maahad tahfiz, di sini yang mendakwa dirinya mengalami gangguan seksual sehingga kejadian itu menjadi viral di laman sosial semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata , susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi bagi membantu siasatan.

"Ada laporan dibuat dan polis sedang menjalankan siasatan termasuk merakam keterangan 10 individu termasuk pelajar dan pengadu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan secepat mungkin bagi menyelesaikan perkara itu. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 377 (e) Kanun Keseksaan kerana merangsang kanak-kanak melakukan perbuatan kelucahan terlampau.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:00 PM | Show all posts
Abdullah Khairi??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:05 PM | Show all posts
sape penceramah bebas yg ade maahad?
keji la sikap cmtu..contoh puak menunggang agama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni nak tutup kes tipu beli bas tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zameyla replied at 24-8-2016 04:00 PM
Abdullah Khairi??

Maahad dia kat penang..bukan perak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2016 04:10 PM | Show all posts
katanya ustaz celebrity ada title
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:11 PM | Show all posts
zeed replied at 24-8-2016 04:09 PM
Maahad dia kat penang..bukan perak..

oooooo...hehe...kalau gitu Kazim la kan...
Kalau Kazim, bukan yg abang dia punya ka? Yang buat bawah pencawang TNB tu...
Bahaya, tp dapat kelulusan sbb abg dia somebody kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Org alim suka berselindung balik agama buat jahat sebab nnti kalau berita pasal dia terhebah sorg pun tak kan percaya.malah yg dicabul dikatakan memfitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:40 PM | Show all posts
kalau DUKE kat Ipoh tu la..
tapi x taula maahad ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:45 PM | Show all posts
keturunan nabi Luth
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:49 PM | Show all posts
Finally! Lama aku tunggu ada org bukak benang ni!
Kejam sangat okay, pihak berkuasa sila pastikan tokey maahad tak terlepas!
Jangan sebab dia konon2 ustaz semua buat kelabu mata tak nampak kesalahan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 04:50 PM | Show all posts
caramellatte replied at 24-8-2016 04:49 PM
Finally! Lama aku tunggu ada org bukak benang ni!
Kejam sangat okay, pihak berkuasa sila pastikan t ...

ustaz ka paderi ka sami ka
semua kalau buat jenayah layak kena cash double daripada manusia biasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:51 PM | Show all posts
Hantar anak mengaji kat Maahad pun tak selamat.
Kesian betul mak bapak sekarang.
Jaga je anak sendiri, biar anak membesar depan mata.
Jangan lepas tangan,  hantar anak ke asrama semata2 nak bersenang lenang di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:52 PM | Show all posts
nuralisa replied at 24-8-2016 04:40 PM
kalau DUKE kat Ipoh tu la..
tapi x taula maahad ke apa

Mengarah ke situ kan? Ipoh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2016 04:56 PM | Show all posts
si mbhcsf krik krik krik krik je la
ataupun
tanya sumber dari mana
ataupun
kata paderi pun ada rogol
ataupun
tanya kenapa tiada thread tentang isu palestin

ptui
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2016 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kipaslaju00 at 24-8-2016 05:42 PM

Pemilik maahad penceramah terkenal.
Yg buat gangguan ni sapa? Di kalangan pelajar situ ke atau tenaga pengajar atau pemilik?
Faham kan bebetul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 04:58 PM | Show all posts
puiiiii sangat maahad tahfiz pendera seks anak2....babi punye manusia...kalau ade depan timah...mau timah hetak dengan tukul....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 05:00 PM | Show all posts
Betul tu..
tuduhan bukan ke atas pemilik dia a.k.a penceramah selebriti tersebut (sapa2 pun lah kan)

Yang pencabul tu mungkin dikalangan pengajar di situ.. (nak tulis ustaz pun tak sedap)
Takkan ahh yang mengajo ke warden ke yang cabul ustaz tu kena tempias??
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2016 05:10 PM | Show all posts
fuhh...berdebar menunggu siapakah ustaz itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.121252 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list