CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1804|Reply: 8

Hi Sis, Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan 2016

[Copy link]
Post time 25-8-2016 05:00 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Pengiktirafan ke atas peranan wanita telah mendorong persetujuan PBB pada tahun 1975 untuk menetapkan bahawa tanggal 8 Mac setiap tahun itu sebagai tarikh rasmi bagi sambutan Hari Wanita Antarabangsa (HWA).


Di peringkat negara kita sendiri, Hari Wanita Antarabangsa (HWA) telah disambut kali pertamanya pada tahun 1975. Pada masa yang sama terdapat satu lagi tarikh untuk Sambutan Hari Wanita di peringkat kebangsaan (Malaysia) iaitu pada tanggal 25 Ogos setiap tahun.


Sepadu Usaha Tiada Wanita Ketinggalan dipilih sebagai tema sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini, seiring dengan komitmen Malaysia untuk memastikan penglibatan semua pihak ke arah kemajuan wanita dan kesaksamaan gender.


Dirasmikan Perdana Menteri, sambutan peringkat kebangsaan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya bakal menyaksikan perhimpunan wanita dari bermacam latar belakang yang terbabit menjadi tenaga kerja di negara ini.


Bagi merealisasikan sambutan yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) ini KPWKM dibantu agensi di kementerian iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM), Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara-Negara Berkecuali (NIEW) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) selain agensi- luar, pihak IPTS, sektor korporat dan swasta.


Antara aktiviti sempena sambutan yang telah dirangka adalah Sesi wawancara bersama ahli panel yang akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan masing-masing untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita umumnya, penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat Agenda 30 Peratus dan Pelancaran Program Mamacare.


Seramai 3,000 peserta yang terdiri daripada golongan muda dan profesional yang mewakili pelbagai Kumpulan Sasar dan NGO telahpun dijemput bagi memeriahkan acara sambutan.





“Saya mewakili Kementerian berpesan kepada wanita Malaysia bahawa anda mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan negara sekiranya pengamalan budaya yang cemerlang, ketepatan, berilmu, tabah, berintegriti, setia, bijaksana serta berinovasi diamalkan dalam apa jua lapangan yang diceburi.

“Saya juga berharap supaya sambutan kali ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi menghargai wanita dan meneruskan legasi kecemerlangan wanita di negara ini,” ujar Rohani.



Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia yang bergelar wanita. - CARI




Sumber - mynewshub
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
owh..  hari wanita hari nie...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menyambut hari wanita..kepada semua wanita...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 09:56 PM | Show all posts
Happy Women's Day

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2016 10:22 PM | Show all posts
Selamat Hari Wanita!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:25 AM | Show all posts
Tiada apa-apa yang special hari wanita nih sebab ia tiada dalam kategori hari besar, sama dgn hari ibu, hari bapa dan hari pekerja serta hari kekasih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2016 08:44 AM | Show all posts
wartawan cari pun bersis sis bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2016 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari cikki acik acik sekalian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2017 03:05 PM | Show all posts
happy women day
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.058265 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list