CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3011|Reply: 9

[Tempatan] Sungai buluh: kemalangan maut, lori hantu tanah dibakar penduduk

[Copy link]
Post time 28-8-2016 04:29 AM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x524.


Waris mangsa yang sebak di lokasi kejadian.

Sungai Buloh: Lori tanah dibakar kerana dikatakan terbabit kemalangan sehingga menyebabkan pembonceng motosikal maut, dalam kejadian di depan tapak pembinaan di Puncak Bestari 2, di sini, hari ini.

Difahamkan, lori terbabit dibakar selepas sekumpulan penduduk terbabit tidak berpuas hati dan menganggap kemalangan berpunca kecuaian pemandu kenderaan berat itu, pada 2.30 petang.

Kejadian menyebabkan tiga lori lain di kawasan tapak pembinaan berkenaan turut dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian, pada 7.30 malam.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan membabitkan lori tanah dan Honda Wave.

"Kejadian menyebabkan remaja lelaki berusia 19 tahun yang membonceng motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera.

"Siasatan awal mendapati selepas kemalangan, sekumpulan penduduk datang dan membakar lori dan memecahkan cermin tiga lori lain di kawasan itu.

"Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Menurut, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kejadian membakar lori itu.


http://www.hmetro.com.my/node/162282


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 06:20 AM | Show all posts
elok sangat tu
jenis driver lori tanah ni kurang ajar
main redah je bwk
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jagendas replied at 28-8-2016 06:20 AM
elok sangat tu
jenis driver lori tanah ni kurang ajar
main redah je bwk

Tapi kdg2 yg bawak motor ni pun sama je naik hmmm lagi2 yg budak2 remaja ni.. Takziah utk budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 10:58 AM | Show all posts
elok bakor skali dgn drebar lebih afdal
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:08 AM | Show all posts
mohon pihak lori jawab.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Driver pon byk warga asing yg tak berlesen..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2016 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dreba lori cam babeee sekarang ni.. Bawak lori duk cucuk2 dekat.. Masa tgh banyak kereta dlm speed 50-70 camtu jarak tak sampai satu kereta pon lori ni bawak.. Kalau emergency mampos keter depan yang brek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 11:25 AM | Show all posts
lori tanah memang antara lori yang paling aku benci atas jalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2016 12:36 PM | Show all posts
tapi selalunya bebudak kampung yang bawak moto pun agak macam sial jugak cara bawanya. tapi mamat dalam kes ni mungkin bawak elok persis nabilah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 01:01 PM | Show all posts
bakar lori tidak mejejaskan pemandu sebab:

1. Diorg boleh claim dgn insuran dan beli lori  baru.
2. tindakan yang diorg tidak boleh claim baru betul
3. Tapi untuk puashati tu ok la...
apaun takziah terhadap mangsa..segelintir  pemandu lori memang cam celaka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.072041 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list