View: 1912|Reply: 20
|
[Tempatan]
Anak2 penguatkuasa tak menjadi: KL kini dibanjiri ribuan pelacur
[Copy link]
|
|
ULASAN Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengingatkan pihak berkuasa Kuala Lumpur (KL) tidak menjadikan bandar raya KL menjadi bandar yang dikenali sebagai bandar raya maksiat.
Cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara, membuka ruang pemilik lesen rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.
Malaysia kini menduduki tangga ke-8 di dunia dalam nisbah pelacur iaitu 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk berbanding Thailand yang menduduki tangga ke-10 iaitu 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.
Industri pelacuran di Malaysia sudah mencecah nilai lebih RM3.6 bilion.
Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.
Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota.
Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiar bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan sehingga ratusan rumah urut yang sedia ada cenderung untuk menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.
Pihak berkuasa tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.
Kami amat khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.
Adalah lebih wajar rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia oleh pihak berkuasa.
MOHD AZMI ABDUL HAMID presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam perancis pun ada kena tangkap arituh |
|
|
|
|
|
|
|
Bidang kerja paling tertua dalam dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
sama juga dgn politikus, pope & para lobai & hujatul isle
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari-hari buat tangkapan dan serbuan pun belum tentu boleh hapuskan kegiatan pelacuran ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai_Atheist replied at 29-8-2016 02:39 AM
sama juga dgn politikus, pope & para lobai & hujatul isle
Patung budha buncit tak masukkan sekali ker dik... buncit pun puja... |
|
|
|
|
|
|
|
duit kopi punya pasai....kasi itu tutup mulut haa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak.
Oang tak percaya tuhan jauh lagi lama wujud sebelum datangnya nabi-nabi.
Atau lebih tepat, dorang (yakni habilis dan seangkatan dengannya) wujud selepas pupusnya zaman kegemilangan dinasour.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu beratur di farmasi belakang 2 org perempuan.
Gaya macam cikcur.
Bila dah sampai kaunter, memang benar sangkaan.
Dua2 membayar kondom kotak besar.
Sakit mata betul, sudahlah busuk.
Pun ada yang hadap nak bersenggama.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak ada permintaan, tak ada penawaran der. kita kan banyak tourist..kena la jaga hati kekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia berjaya mengatasi thai..tahniah... |
|
|
|
|
|
|
|
Pelacur bukannya kacau korang pon..
Lain la lobai jihadist yang letup2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 29-8-2016 08:11 AM
Pelacur bukannya kacau korang pon..
Lain la lobai jihadist yang letup2 tu
Logik gak |
|
|
|
|
|
|
|
acong "advanced" bertepuk gumbira kerana makin ramai ummah isele ramai jd ayam
takbirrr !! |
|
|
|
|
|
|
|
byk permintaan dan persaingan |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun org tau akibat kerja2 mcm ni tapi still ramai je yg nak kerja gni |
|
|
|
|
|
|
|
di mana ade demand, di situ ade supply...pelanggannya sudah pasti ramai org melayu..
anak2 PBT ramai tak menjadi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|